Kesilapan Lampau Mahathir Urusan Dia DGN Tuhan Kata Tian Chua.

 On Tuesday, March 29, 2016  

Kesilapan Lampau Mahathir Urusan Dia DGN Tuhan Kata Tian Chua.

Kesilapan Lampau Mahathir Urusan Dia DGN Tuhan Kata Tian Chua.

 
Dosa dan kesalahan lampau yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mentadbir negara selama 22 tahun merupakan urusan beliau dengan Tuhan, kata Naib Presiden PKR, Tian Chua lapor Free Malaysia Today.
 
Beliau berkata, pembangkang mahu melupakan peristiwa lampau dan memberi fokus kepada masa depan negara menerusi usaha menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Katanya, keutamaan pembangkang ketika ini ialah memastikan kejayaan Deklarasi Rakyat.
 
“Bukan Mahathir yang penjarakan saya tetapi sistem yang dipanggil Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA), satu sistem yang menekan kita. Oleh kerana itulah kita sering melaungkan tukar sistem bukan tukar orang.

“Ini semua bukan soal Dr Mahathir. Jika anda kata beliau seorang yang jahat, sekarang beliau sudah letak jawatan. Sepatutnya keadaan negara menjadi lebih baik tetapi ia tidak berlaku.
 
“Sekurang-kurangnya orang tua ini mendengar suara rakyat untuk berundur. Beliau mengaku pernah membuat salah tetapi itu adalah urusan beliau dengan Tuhan,” katanya lagi.
 
Tian Chua berkata, pembangkang mahu Najib berundur dan menukar sistem kerana Perdana Menteri itu bertanggungjawab dalam banyak skandal dan telah merosakan nama negara di mata dunia.
 
Ahli Parlimen Batu itu menjelaskan, serangan terhadap Najib bukan peribadi tetapi Najib telah melakukan banyak kesilapan dan perlu berundur untuk kebaikan negara.
 
Sementara itu, Ahli Parlimen Sepang dari AMANAH, Hanipa Maidin berkata, fokus pembangkang sekarang bukan kepada Dr Mahathir kerana beliau tidak lagi berkuasa.
 
“Lebih penting sekarang ini beliau sedia bekerjasama dengan pembangkang untuk Selamatkan Malaysia dan menyingkirkan Najib. Ini lebih penting,” katanya.

Ulang siar entri Kesilapan Lampau Mahathir Urusan Dia DGN Tuhan Kata Tian Chua. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Kesilapan Lampau Mahathir Urusan Dia DGN Tuhan Kata Tian Chua. 4.5 5 Unknown Tuesday, March 29, 2016 Kesilapan Lampau Mahathir Urusan Dia DGN Tuhan Kata Tian Chua.   Dosa dan kesalahan lampau yang dilakukan oleh bekas Perdana Ment...


No comments:

Post a Comment