Program MyBeras Ditangguh.

 On Thursday, March 3, 2016  

Program MyBeras Ditangguh.

Program MyBeras Ditangguh.


Program MyBeras yang memberikan 20 kilogram beras percuma kepada golongan miskin tegar setiap bulan yang dijadualkan bermula Februari ini, kini ditangguhkan lapor Malaysiakini.

Memetik laporan portal berkenaan, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, program yang membabitkan peruntukan antara RM100 hingga RM120 juta itu akan bermula pada Mei ini berbanding dilaksanakan pada bulan februari seperti perancangan asal.
 

Penangguhan itu dibuat atas alasan membolehkan kerajaan mengenal pasti golongan sasar bagi memastikan tiada keluarga yang layak tercicir menerima bantuan berkenaan.

“Kementerian memerlukan sedikit lagi masa bagi menyemak senarai penerima untuk memastikan hanya yang layak menerima bantuan.

“Kita menyasarkan kira-kira 100,000 orang akan menerima bantuan ini,” kata Ahmad Shabery.

Program MyBeras, iaitu bantuan beras kepada golongan miskin diperkenalkan pada 26 Januari lalu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa ucapan pengubahsuaian Bajet 2016. Program itu diperkenalkan selepas pemahsuhan subsidi beras pukal pada 1 Jan 2016.


Dan sehingga kini bagaimana kerajaan mengenalpasti golongan miskin tegar tidak didedahkan secara terperinci. - Sozcyili.

Ulang siar entri Program MyBeras Ditangguh. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Program MyBeras Ditangguh. 4.5 5 Unknown Thursday, March 3, 2016 Program MyBeras Ditangguh. Program MyBeras yang memberikan 20 kilogram beras percuma kepada golongan miskin tegar setiap bulan yang ...


No comments:

Post a Comment