Simpan Je La Serban & Jubah Tu - Anina Sound Hadi Awang.

 On Saturday, March 26, 2016  

Simpan Je La Serban & Jubah Tu - Anina Sound Hadi Awang.

Simpan Je La Serban & Jubah Tu - Anina Sound Hadi Awang.


Bekas ahli UMNO, Anina Saadudin menyindir Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana takut untuk bercakap benar.
Katanya, adalah sesuatu yang sia-sia dalam menggunakan nikmat yang diberikan Allah sekiranya menjadi pemimpin yang takut berkata benar demi menjaga pangkat dan kuasa.

“Jika anda berada dalam kerajaan, parti pemerintah atau menjadi Presiden Parti Islam tetapi anda takut berkata benar demi pangkat, kuasa, kemasyhuran, maka sia-sialah nikmat Allah kepada anda.

“Jangan kemukakan alasan kepada saya, tetapi jawablah di hadapan Ya Rabbul Jalil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Anina menegaskan dia tidak takut kepada pemimpin UMNO termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Baginya, dia hanya takut kepada Allah dan tidak akan sesekali berundur daripada perjuangannya demi bangsa, agama dan negara.

“Simpan sahaja sijil dari Mesir, Madinah, Morocco, Harvard, Oxford atau dari bulan sekalipun. Simpan sahaja pengalaman dalam Parlimen walau berpuluh tahun anda mereput di dalamnya.

“Simpan sahaja pangkat Tan Sri, Datuk Seri, Datuk, Puan Sri, Datin Seri, jangan bangga di hadapan saya jika anda pendusta dan pengecut untuk tanahair sendiri.

“Simpan sahaja jubah, serban, tudung beribu ringgit mahupun janggut jika anda mendustai tanahair sendiri,” ujarnya.

Sebelum ini, Hadi menolak Deklarasi Rakyat yang bertujuan menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Hadi berpandangan tindakan kumpulan yang mengadakan Deklarasi Rakyat bagi menyingkirkan Perdana Menteri baru-baru ini sebagai sia-sia.

Menurutnya, untuk menjatuhkan seseorang Perdana Menteri, proses demokrasi diperlukan iaitu melalui pilihan raya atau usul undi tidak percaya.

Hadi pernah dilaporkan sebagai berkata PAS bersedia bertindak sebagai penasihat membantu BN mentadbir negara. - FMT.

Ulang siar entri Simpan Je La Serban & Jubah Tu - Anina Sound Hadi Awang. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Simpan Je La Serban & Jubah Tu - Anina Sound Hadi Awang. 4.5 5 Unknown Saturday, March 26, 2016 Simpan Je La Serban & Jubah Tu - Anina Sound Hadi Awang. Bekas ahli UMNO, Anina Saadudin menyindir Presiden PAS, Datuk Seri Abdu...


Related Post:

  • Majikan Halang Bersolat, Ini Hak Pekerja Yang Anda Patut Tahu. Majikan Halang Bersolat, Ini Hak Pekerja Yang Anda Patut Tahu. SOSMED | Pada 22 Mac lepas, terdapat satu rakaman video yang tular di laman sosial. Rakaman video itu merujuk kepada seorang lelaki melayu yang meluahkan ketidakpuasan hatinya kerana… Read More
  • Apalah Nasib AJK Surau Baru Ini Agaknya.. Apalah Nasib AJK Surau Baru Ini Agaknya.. Oleh : SALKUKHAIRI ABD SUKOR KESIAN AJK SURAU NI. APALAH NASIB MEREKA NANTI AGAKNYA. Baru-baru ni Surau Tabul Al-Hajj ada masalah sikit. Banyak barang-barang lama di surau tersebut dah tak boleh digunak… Read More
  • Iklan Jawatan Pereka Grafik IKEA Batu Kawan Dituduh Meminggirkan Melayu Dan India. Iklan Jawatan Pereka Grafik IKEA Batu Kawan Dituduh Meminggirkan Melayu Dan India. SOSMED | Nampaknya IKEA Batu Kawan yang baru sahaja dibuka pada minggu lalu menerima kecaman negatif segilintir netizens yang bengang kerana iklan jawatan kosong… Read More
  • Kisah Di Page KRT Rekaan Ataupun Benar? Kisah Di Page KRT Rekaan Ataupun Benar? SOSMED | Beberapa hari lepas admin page Kisah Rumah Tangga (KRT) telah menularkan kisah seorang isteri yang enggan membuat laporan polis meskipun anak kandungnya mengalami gangguan seksual. Anaknya itu m… Read More
  • Kisah-Kisah Asnaf Miskin Tetapi Pemalas.. Kisah-Kisah Asnaf Miskin Tetapi Pemalas.. Tahukah anda sesetengah orang yang menjadi miskin adalah kerana sikap malasnya? Oleh : Faisal Rahim   Aku nak kongsi beberapa kisah asnaf ringkas dan minta korang bagi cadangan camne lagi nak bantu … Read More

No comments:

Post a Comment