Lebih Baik Allah Bankruptkan Saja Bisnes Kalian - Saiful Islam Kepada FAREEDA.

 On Tuesday, April 5, 2016  

Lebih Baik Allah Bankruptkan Saja Bisnes Kalian - Saiful Islam Kepada FAREEDA.

Lebih Baik Allah Bankruptkan Saja Bisnes Kalian - Saiful Islam Kepada FAREEDA.

Pedas. Teguran Ustaz Hasrizal aka Saiful Islam kepada Fizo Omar dan Mawar yang bertanggungjawab menguruskan perniagaan tudung berjenama FAREEDA.
Satu lagi, rupa2nya si Mawar neh dah kantoi.
Tengokla ;
Memang sejak dari awal lagi mereka nak sangat agent2 jualan mereka memaparkan sikap ganas dalam membeli tudung2 jualan mereka yang kononnya sedang sale. 
Lepas dah kena kutuk kaw-kaw, padam posting.
Apa punya manusia la neh. Itu tak heran sangat. Yang peliknya sanggup pula agent2 jualan FAREEDA menjadi ganas demi tudung FAREEDA..
Macam takde maruah.. 
Berikut teguran panas Ustaz Hasrizal kepada pemilik perniagaan tudung FAREEDA ;
Sebagai suami dan bapa kepada anak perempuan, saya tidak mengizinkan mana-mana perempuan di bawah tanggungjawab saya memakai tudung Fareeda. Ia adalah satu perniagaan yang tidak berakhlaq dan memfitnah agama.
Mustahil Allah dan Rasulullah SAW redha dengan strategi perniagaan sebegini. Ditambah pula dengan keangkuhan admin halaman Facebook Fareeda yang sarkastik dengan semua teguran tanpa ada sedikit pun rasa bertanggungjawab terhadap ikhtilat ekstrim yang memalukan baru-baru ini.
Mawar dan Fizo Omar, andai terbaca mesej ini, bertaubatlah kepada Allah dan perbaiki modus operandi perniagaan antum. Saya bukan sesiapa, hanya hamba Allah yang berharap agama tidak dimanipulasikan oleh bisnes dalam bentuk sebegini.
Jangan dipersalahkan pelanggan kalian yang mereka juga perlu bertanggungjawab atas perbuatan mereka sendiri di hadapan Allah. Sebaliknya kalian ada kuasa untuk mencegah perkara ini berlaku.
Rusuh merusuh yang berlaku itu memang disengajakan dan iklan bermula 1 April diikuti dengan provokasi demi provokasi menunjukkan ia terjadi sebagai strategi perniagaan yang disengajakan. Disinilah kemuncak salah etikanya.
Jika nasihat Mufti dan pelbagai pihak tidak diendahkan, lebih baik Allah bangkrapkan sahaja bisnes kalian daripada masyarakat ini ‘bangkrap’ akhlaq. Ittaqullah! – Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

Ulang siar entri Lebih Baik Allah Bankruptkan Saja Bisnes Kalian - Saiful Islam Kepada FAREEDA. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Lebih Baik Allah Bankruptkan Saja Bisnes Kalian - Saiful Islam Kepada FAREEDA. 4.5 5 Unknown Tuesday, April 5, 2016 Lebih Baik Allah Bankruptkan Saja Bisnes Kalian - Saiful Islam Kepada FAREEDA. Pedas. Teguran Ustaz Hasrizal aka Saiful Islam kepada ...


No comments:

Post a Comment