Krisis Dalaman - Search Akhirnya Umum Batal Konsert 35 Tahun.

 On Friday, May 20, 2016  

Krisis Dalaman - Search Akhirnya Umum Batal Konsert 35 Tahun.

Krisis Dalaman - Search Akhirnya Umum Batal Konsert 35 Tahun.


Kumpulan rock Search hari ini mengumumkan konsert ulang tahun ke-35 pada Ogos ini dengan sokongan tajaan AFJets Sdn Bhd dibatalkan.

Vokalisnya Amy berkata bagaimanapun konsert itu dapat dijalankan jika ada penganjur baharu yang berminat untuk memberikan kerjasama.

“Buat masa ini tidak jadi tetapi kalau ada penganjur di luar sana rasa hendak buat juga, kita boleh mula semula. Yang tidak jadi itu konsert 35 tahun dengan penganjur AFJets.

“Minta maaf kepada yang sudah beli tiket dan AFJets bertanggungjawab dengan apa yang terjadi,” kata Amy, nama glamor Suhaimi Abdul Rahman, pada satu sidang media di sini petang ini. 

Syarikat sewaan pesawat itu tidak selesa dengan Search selepas muncul kontroversi “pecah amanah” wang pendahuluan konsert seperti didakwa anggotanya Yazit Ahmad. 

Pada 15 Mei lalu, AFJets menyatakan ia semakin tawar hati untuk meneruskan konsert 30 Ogos ini walau sudah melaburkan jumlah wang yang banyak kerana Search dilanda kontroversi.

“Terus terang saya semakin tawar hati untuk teruskan penganjuran yang sepatutnya berlangsung pada Ogos depan. “Kami sudah menghabiskan sebanyak RM125,000 untuk membayar deposit kepada bukan sahaja anggota Search, tetapi juga krew yang lain.

“Walau bagaimanapun keadaan semakin tidak bagus apabila pertelagahan pula yang menjadi perhatian orang ketika ini, berbanding cerita konsert itu sendiri,” kata ketua pegawai eksekutifnya Amrul Mizar.-TheMalayMail

Ulang siar entri Krisis Dalaman - Search Akhirnya Umum Batal Konsert 35 Tahun. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Krisis Dalaman - Search Akhirnya Umum Batal Konsert 35 Tahun. 4.5 5 Unknown Friday, May 20, 2016 Krisis Dalaman - Search Akhirnya Umum Batal Konsert 35 Tahun. Kumpulan rock Search hari ini mengumumkan konsert ulang tahun ke-35 pa...


Related Post:

No comments:

Post a Comment