Program MyBeras Tangguh Kali Kedua - Apakah Kerajaan Tiada Duit Kerana Tanggung Hutang 1MDB?

 On Thursday, June 2, 2016  

Program MyBeras Tangguh Kali Kedua - Apakah Kerajaan Tiada Duit Kerana Tanggung Hutang 1MDB?

Program MyBeras Tangguh Kali Kedua - Apakah Kerajaan Tiada Duit Kerana Tanggung Hutang 1MDB?


Penangguhan program MyBeras yang sepatutnya bermula semalam (1 Jun) bertujuan memastikan tiada isi rumah yang layak tercicir daripada menerima bantuan berkenaan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata penangguhan tersebut dibuat berikutan terdapatnya laporan isi rumah yang layak, tidak tersenarai sebagai penerima.

"Justeru kami jangkakan terdapat penambahan dalam bilangan penerima berbanding lebih 85,000 penerima yang disenaraikan sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Transformasi Keusahawanan 2016 anjuran Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Perak di Kuala Kangsar hari ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Dr Ismail Bakar sebelum ini mengumumkan program tersebut ditangguhkan bagi memberi ruang kepada penambahbaikan mekanisme pengagihan.

Program MyBeras diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Jan lepas ketika membentangkan pengubahsuaian Bajet 2016.
Di bawah program itu, setiap keluarga yang layak, akan menerima 20 kilogram (kg) beras setiap bulan dalam tempoh yang ditetapkan.

Sebanyak 85,401 keluarga miskin tegar layak menerima bantuan 20kg beras percuma setiap bulan menerusi program itu.

Justeru, Tajuddin berkata pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, penghulu dan pegawai daerah yang terlibat dengan kelompok sasaran, perlu turun padang bagi mengenal pasti lebih ramai isi rumah layak untuk bantuan berkenaan.

"Hasrat kita mahu program ini dilaksanakan secepat mungkin. Peruntukan sudah ada. Tetapi kita bagi masa supaya pihak terlibat dapat mencari lebih ramai penerima," katanya.

- Bernama

Ulang siar entri Program MyBeras Tangguh Kali Kedua - Apakah Kerajaan Tiada Duit Kerana Tanggung Hutang 1MDB? bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Program MyBeras Tangguh Kali Kedua - Apakah Kerajaan Tiada Duit Kerana Tanggung Hutang 1MDB? 4.5 5 Unknown Thursday, June 2, 2016 Program MyBeras Tangguh Kali Kedua - Apakah Kerajaan Tiada Duit Kerana Tanggung Hutang 1MDB? Penangguhan program MyBeras yang sepatu...


Related Post:

No comments:

Post a Comment