Dana SRC Digunakan Untuk Beli Hormon Anti-Penuaan, Ubahsuai Rumah Berdasarkan Siasatan SPRM - Adakah Ini Punca Pegawai Tertinggi SPRM Ditukar?

 On Thursday, August 4, 2016  

Dana SRC Digunakan Untuk Beli Hormon Anti-Penuaan, Ubahsuai Rumah Berdasarkan Siasatan SPRM - Adakah Ini Punca Pegawai Tertinggi SPRM Ditukar?

Dana SRC Digunakan Untuk Beli Hormon Anti-Penuaan, Ubahsuai Rumah Berdasarkan Siasatan SPRM - Adakah Ini Punca Pegawai Tertinggi SPRM Ditukar?

Masih ingat tak pada tahun lepas ;
1. SPRM solat hajat agar diberikan kekuatan untuk meneruskan siasatan tanpa ada campurtangan orang tertentu.
2. Rumah pegawai SPRM telah diserbu oleh sepasukan polis.
3. Beberapa pegawai SPRM yang terlibat dalam siasatan dana SRC ditahan dan disiasat.
4. Pegawai tertinggi SPRM ditukar ke JPM namun pertukaran dibatalkan selepas isu berkenaan jadi kecoh.
5. Dua pegawai tertinggi SPRM hilang secara misteri (tak dapat dihubungi) selama 2 minggu.
6. SPRM mengatakan siasatan mereka hanya tertumpu pada dana SRC semata2.
7. Beberapa kenyataan flipflop Abu Kassim berkaitan siasatan ke atas SRC yang seolah2 macam ketakutan.
8. Dan akhirnya SPRM telah berjaya menukarkan beberapa pegawai kanannya dan ada yang bersara juga. SPRM kini dikuasai oleh orang luar yang tidak pernah berkhidmat di SPRM.
Fikir-fikirkanlah ya.
-------------
Laman web pendedah maklumat Sarawak Report mendakwa dana yang dipesongkan daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International digunakan untuk membayar produk kecantikan dan pengubahsuaian rumah.
Dalam satu kenyataan, Sarawak Report berkata pihaknya memiliki dokumen bocor berhubung siasatan pihak berkuasa negara ini ke atas 1MDB yang membuktikan dakwaan itu.
Ia mendakwa bahawa perbelanjaan yang berlaku pada bulan Februari 2015 itu, termasuk bayaran RM1.15 juta untuk apa yang dipercayai sebagai hormon anti-penuaan oleh individu berpangkat tinggi yang dikenal pasti dalam dokumen berkenaan sebagai "B1" dan isterinya.
Produk anti-penuaan itu didakwa dibeli pada harga AS$159,000 setiap satu.
"Sarawak Report tidak berjaya mengesan di pasaran terbuka mana-mana produk seumpama itu yang bernilai AS$159,000 setiap - namun pada kadar pertukaran kontemporari tanda harga yang dihuraikan itu nampaknya sepadan dengan angka RM1,154,000 dalam cek," katanya dalam satu kenyataan.
Selain itu, Sarawak Report juga mendakwa bahawa dana SRC turut digunakan untuk kerja-kerja permbinaan, termasuk RM100,000 yang digunakan untuk membina pondok pengawal dan kemudahan lain di kediaman B1 di Kuala Lumpur.
Malaysiakini tidak boleh secara bebas mengesahkan dakwaan yang dibuat olehSarawak Report, dan sedang cuba mendapatkan maklum balas daripada SPRM.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengakui sejumlah RM42 juta wang SRC berada di akaun bank peribadinya.
Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali bagaimanapun membersihkan perdana menteri daripada sebarang salah laku dengan berkata Najib tidak mempunyai sebarang pengetahuan dan tidak pula dimaklumkan, bahawa dana SRC dipindahkan kepadanya.
Menurut pendedahan, sebelumnya oleh akhbar The Wall Street Journal danSarawak Report, RM50 juta juga dipindahkan dari SRC kepada anak syarikatnya, Gandingan Mentari, yang seterusnya menyalur jumlah berkenaan ke sebuah lagi anak syarikat lain, Ihsan Perdana.
Daripada jumlah itu, RM42 juta dimasukan ke dalam akaun Najib.
Najib berulang kali menafikan menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi, dan menuduh seterunya cuba berkonspirasi untuk menjatuhkannya. - Malaysiakini

Ulang siar entri Dana SRC Digunakan Untuk Beli Hormon Anti-Penuaan, Ubahsuai Rumah Berdasarkan Siasatan SPRM - Adakah Ini Punca Pegawai Tertinggi SPRM Ditukar? bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Dana SRC Digunakan Untuk Beli Hormon Anti-Penuaan, Ubahsuai Rumah Berdasarkan Siasatan SPRM - Adakah Ini Punca Pegawai Tertinggi SPRM Ditukar? 4.5 5 Unknown Thursday, August 4, 2016 Dana SRC Digunakan Untuk Beli Hormon Anti-Penuaan, Ubahsuai Rumah Berdasarkan Siasatan SPRM - Adakah Ini Punca Pegawai Tertinggi SPRM Dit...


Related Post:

  • Presiden PAS Mahu Khalid Ibrahim Kekal Sebagai MB Selangor Pula Dah.. Presiden PAS Mahu Khalid Ibrahim Kekal Sebagai MB Selangor Pula Dah..BERIKUT KENYATAAN MEDIA NIK NAZMI RENTETAN PERTEMUAN PEMUDA PAKATAN DENGAN PRESIDEN PAS Saya ingin merakamkan penghargaan AMK kepada Tuan Guru Dato Seri Haji Hadi Awang Preside… Read More
  • Penjelasan Istana Kenapa Lantik Azmin Ali Sebagai MB. Penjelasan Istana Kenapa Lantik Azmin Ali Sebagai MB. Dengan ini sah la bahawa PAS tak mencalonkan pun nama Azmin Ali sebagai MB. Sultan pilih Azmin atas sebab sultan mempercayai Azmin akan mendapat sokongan majoriti ahli dewan undangan negeri S… Read More
  • Kadar Baru Belajar Lesen Memandu Mulai September 2014. Kadar Baru Belajar Lesen Memandu Mulai September 2014.Ini pengumuman JPJ di facebook baru2 ini ; Harga siling belajar lesen memandu ini telah dikuatkuasakan oleh JPJ dan perlu dipatuhi oleh semua sekolah2 memandu seluruh Malaysia. Maksudn… Read More
  • Kenyataan Media Wan Azizah Isu MB Selangor. Kenyataan Media Wan Azizah Isu MB Selangor. KENYATAAN MEDIA Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Presiden KEADILAN Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam reformasi Saya menerima dengan hati yang terbuka keputusan yang telah dibuat ole… Read More
  • Haron Din Cadang Kaji Semula Kerjasama DGN PR. Haron Din Cadang Kaji Semula Kerjasama DGN PR. Cadangan yang bagus dan bernas sekali. Selepas korang buat kajian terperinci, mempertimbangkan semua perkara, melakukan perbincangan dan berbahasan, undian dan mengambilkira pandangan semua pihak ji… Read More

No comments:

Post a Comment