#BERSIH 5 'Tak Laku' Di Penang, Maria Kata Tak Harap Kehadiran Ramai.

 On Sunday, October 9, 2016  

#BERSIH 5 'Tak Laku' Di Penang, Maria Kata Tak Harap Kehadiran Ramai.

#BERSIH 5 'Tak Laku' Di Penang, Maria Kata Tak Harap Kehadiran Ramai.

Konvoi Bersih yang diadakan di Pulau Pinang hari ini kurang mendapat sambutan, walaupun dengan kehadiran Pengerusinya, Maria Chin Abdullah dan wakil rakyat tempatan.
Konvoi yang disertai kurang daripada 50 orang berbaju Bersih, memulakan perjalanan dari Tesco Alma Bukit Mertajam pada 7.30 pagi dan bergerak melalui beberapa kawasan awam, termasuk pasar Taman Selamat dan pasar pagi Machang Bubuk.
Bukan itu sahaja, konvoi berkenaan juga gagal menarik perhatian penduduk setempat, walaupun kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen terbabit dimenangi DAP dan PKR yang menyokong Bersih.
Maria berkata, badan bukan kerajaan itu (NGO) tidak mengharapkan ramai yang akan menghadiri konvoi berkenaan.
“Kami hanya menyasarkan 30 dan 40 orang yang akan menyertai konvoi ini, kerana kami mahu berjumpa dengan orang ramai tentang pendapat mereka mengenai tuntutan Bersih,” katanya ketika dihubungi.
Lima tuntutan Bersih 5 ialah pilihan raya bersih, kerajaan bersih, kukuhkan demokrasi berparlimen, hak membantah serta memperkasa Sabah dan Sarawak.
Ditanya sama ada tuduhan rasuah terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng mempunyai kesan terhadap perhimpunan Bersih, beliau percaya ia tidak menjejaskan konvoi dan perhimpunan pada 19 November nanti.
“Kami adalah NGO yang memperjuangkan pilihan raya dan pemerintahan bersih dan bagi kes Guan Eng, saya serahkan kepada mahkamah untuk menentukannya. Saya berpendapat dia tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah oleh mahkamah,” katanya.
Sebahagian penduduk tempatan yang ditemui semasa konvoi Bersih di Bukit Mertajam tidak bersetuju dengan kehadiran anggota parti politik dalam perhimpunan itu, manakala yang lain tidak menyokong Bersih kerana ia dikaitkan dengan sebuah parti yang setiausaha agungnya menghadapi tuduhan rasuah di mahkamah.
Terrance Lee, 35, ketika ditemui berkata, sebelum ini beliau menyokong Bersih dan sekarang beliau merasakan pergerakan itu melencong daripada tujuan asal.
“Pada 3 perhimpunan sebelum ini, saya seorang daripada penyokongnya. Tetapi, sekarang ketika ia memperjuangkan tuntutannya, saya lihat parti politik lain turut menyertai konvoi dengan mengibarkan bendera dan memasang lagu parti, membuatkan saya tertanya-tanya, apakah peranan Bersih sekarang? Adakah masih sebagai NGO atau adakah dia bekerjasama dengan parti politik?” katanya.
Menurut Penyelaras Bersih Pulau Pinang, Francis Low yang mewakili NGO Aliran, konvoi itu akan berada di Pulau Pinang sehingga 15 Oktober ini dan akan bergerak ke Parit Buntar, pada Selasa. - FMT


Ulang siar entri #BERSIH 5 'Tak Laku' Di Penang, Maria Kata Tak Harap Kehadiran Ramai. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
#BERSIH 5 'Tak Laku' Di Penang, Maria Kata Tak Harap Kehadiran Ramai. 4.5 5 Unknown Sunday, October 9, 2016 #BERSIH 5 'Tak Laku' Di Penang, Maria Kata Tak Harap Kehadiran Ramai. Konvoi Bersih yang diadakan di Pulau Pinang hari ini ku...


No comments:

Post a Comment