Datuk Terlajak Laris Luah Kekecewaan, Ekonomi Malaysia Semakin Teruk, Terpaksa Berhijrah Ke Thailand.

 On Sunday, October 9, 2016  

Datuk Terlajak Laris Luah Kekecewaan, Ekonomi Malaysia Semakin Teruk, Terpaksa Berhijrah Ke Thailand.

Datuk Terlajak Laris Luah Kekecewaan, Ekonomi Malaysia Semakin Teruk, Terpaksa Berhijrah Ke Thailand.


Betapa takutnya saya dengan ekonomi Malaysia sekarang 😰😰😰.. Melihat kehidupan sekarang kos sara hidup yang melambung tinggi dan bisnes semakin menurun dalam semua bidang .. Ini menyebabkan company saya terpaksa berhijrah ke Thailand dan paling mengecewakan duit di negara Thailand jauh lebih tinggi dan gaji mereka jauh lebih tinggi dan sukar kita melihat orang Thailand bekerja di Malaysia berbanding 4 tahun lepas..

Malah 1 persatu kilang2 jenama gergasi di Malaysia ni telah.. Tutup dan berpindah ke negara lain... Mengapa dan sebab apa?? Cuba bayangkan 2 tahun akan datang, apa yang terjadi pada Malaysia... Ketika saya melawat untuk tujuan bisnes di Australia saya melihat banyak wajah anak2 melayu dipandang hina oleh orang Australia kerana lambakan pekerja orang Malaysia bekerja sebagai buruh kasar yang tidak diiktiraf seperti tukang sapu, pemetik buah dan banyak lagi sehinggakan bila saya memaklumkan saya dari Malaysia mereka memanggil saya dengan sinis ya oohh a u fammer boy 😥😥.. Sekaligus memburukkan nama Malaysia..😥😥 mengapa mereka berhijrah menjadi buruh kasar???

Malah sekarang ni ramai pekerja yang terpaksa berniaga part time dan wujudnya lebih ramai peniaga kecil-kecilan dari pembeli.... Kalau lebih ramai peniaga dari pembeli.. Macam mana nak berniaga.. Siapa yang akan membeli... ???

Saya berdoa agar..majulah malaysia demi rakyat marhen seperti kami🙏🙏

---------------
Kenyataan di atas telah diedit (dibetulkan ejaan dan tatabahasa) bagi tujuan penyebaran.

Point penting Datuk Aliff Syukri.

1. Matawang Malaysia merosot, matawang Thailand semakin naik dan meninggalkan Malaysia. Maksudnya matawang Thailand makin kukuh, matawang Malaysia makin lemah berbanding Thailand. Sewaktu matawang Malaysia kukuh berbanding Thailand pun kerajaan gagal banteras aktiviti penyeludupan sekarang apetah lagi. Redha je la dengan alasan2 kerajaan ketika mereka menaikkan itu ini dan menghapuskan subsidi (eh ada lagi ke subsidi neh? Hehe).

2. Farmer boy bukanla gelaran yang negatif. Ia bergantung bagaimana kita menafsirkan gelaran tersebut. Berdasarkan kepada pemikiran masing2. Pada hemat DAS mungkin ia satu gelaran yang negatif jika melihat dari sudut kasta (masyarakat). Bagi aku, mereka datang ke Australia untuk cari rezeki, yang halal bukan mencuri, tambah pengalaman dan merantau di negara orang untuk kutip ilmu, takde apa2 yang teruk pun. Adatla. Banyak orang2 negara lain merantau ke Malaysia juga demi mencari rezeki. Cuma memang betul. Jika semakin sukar untuk hidup di Malaysia maka terpaksa la berhijrah demi penghidupan yang lebih baik, negara tu memang ada masalah ekonomi.

3. Kilang2 gergasi yang ditutup di Malaysia ada pelbagai sebab. Bukan semuanya ada kaitan dengan ekonomi negara. Bergantung juga kepada jenis2 pengeluaran yang dilakukan oleh pengilang2 tersebut. Juga operasi pentadbiran untung-rugi. Namun memang ada yang ditutup kerana terkesan dengan keadaan ekonomi semasa negara.

4. Luahan Alif Syukri sewajarnya dilihat dari sudut positif. Dia antara yang terjejas dek situasi ekonomi semasa negara. Rakyat semakin hemat berbelanja dan berkira2 untuk membeli product kecantikan disebabkan masalah kos sara hidup yang tinggi. Selepas GST segala2nya menjadi lebih sukar lagi. Bahkan ada yang pernah protes marahkan kerajaan kerana tak mampu bayar roadtax disebabkan insurans bergst menjadikan dia perlu mengeluarkan wang yang lebih untuk renew roadtax. Lewat sikit nak tunggu cukupkan wang alih2 kena saman pula. Mana ahtinya tak panas. Inilah situasi yang penyokong2 BN sebenarnya jarang nampak dan kadang2 sengaja taknak faham demi nak menbodek sangat piem Najib tu. Hehe. Kbai.

Ulang siar entri Datuk Terlajak Laris Luah Kekecewaan, Ekonomi Malaysia Semakin Teruk, Terpaksa Berhijrah Ke Thailand. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Datuk Terlajak Laris Luah Kekecewaan, Ekonomi Malaysia Semakin Teruk, Terpaksa Berhijrah Ke Thailand. 4.5 5 Unknown Sunday, October 9, 2016 Datuk Terlajak Laris Luah Kekecewaan, Ekonomi Malaysia Semakin Teruk, Terpaksa Berhijrah Ke Thailand. Betapa takutnya saya dengan ek...


No comments:

Post a Comment