Tak Perlu Berhimpun, Tolong Orang Miskin Kat Kampung2 Lagi Baik Wahai #BERSIH5 Kata Khalid Ibrahim.

 On Sunday, October 9, 2016  

Tak Perlu Berhimpun, Tolong Orang Miskin Kat Kampung2 Lagi Baik Wahai #BERSIH5 Kata Khalid Ibrahim.

Tak Perlu Berhimpun, Tolong Orang Miskin Kat Kampung2 Lagi Baik Wahai #BERSIH5 Kata Khalid Ibrahim.


Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata BERSIH tidak sepatutnya membuat perhimpunan pada November ini sebaliknya mereka harus turun ke kampung-kampung membantu rakyat miskin.
Katanya, lebih ramai rakyat daif dan ketinggalan dari segi pendidikan yang harus diberi perhatian oleh ahli politik yang akan menyertai BERSIH 5 kerana pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan berlangsung selewat-lewatnya dua tahun lagi.
“Saya rasa sekarang tak perlu kita adakan perarakan jalanan. Masalah rakyat sekarang ini ialah masalah kemiskinan, jurang antara kaya dan miskin.
“Kalau BERSIH datang gunakan tenaga mereka untuk mencari kampung-kampung yang miskin dan gunakan kumpulan pakar supaya cari jalan untuk mereka dibangunkan supaya kemiskinan itu dapat dihindari, ia lebih baik.
“Lagipun tidak lama lagi, tidak lebih dari dua setengah tahun kita akan menghadapi PRU14. Jadi tak perlulah sibuk perkara tersebut (perhimpunan BERSIH) tapi kena tunjuk parti-parti yang berminat untuk memperjuangkan rakyat,” katanya.
Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas majlis bual bicara Media Penyelesaian Transformasi Media Internet di Garden Residence Cyberjaya.
Perhimpunan BERSIH 5 akan berlangsung pada 19 November ini bertempat di ibu kota.
Kini kumpulan itu dalam siri jelajah di seluruh negara sebelum sampai ke kemuncak hari perhimpunan itu.
Namun Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos mendakwa mendakwa BERSIH 5 kini diresapi elemen kumpulan pengganas IS.
Katanya kenyataan tersebut dibuat berdasarkan maklumat yang daripada sumber yang boleh dipercayainya.
Jamal juga mendakwa BERSIH mahu menjatuhkan kerajaan melalui cara pernah dilakukan di Thailand, iaitu dengan mengepung tempat-tempat penting dalam negara seperti lapangan terbang KLIA, KLIA2 dan Putrajaya.
Susulan dari itu, Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah mengemukakan saman fitnah terhadap Jamal Md Yunos kerana mendakwa pertubuhan itu diresapi pengganas IS. - Mkini.

Ulang siar entri Tak Perlu Berhimpun, Tolong Orang Miskin Kat Kampung2 Lagi Baik Wahai #BERSIH5 Kata Khalid Ibrahim. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Tak Perlu Berhimpun, Tolong Orang Miskin Kat Kampung2 Lagi Baik Wahai #BERSIH5 Kata Khalid Ibrahim. 4.5 5 Unknown Sunday, October 9, 2016 Tak Perlu Berhimpun, Tolong Orang Miskin Kat Kampung2 Lagi Baik Wahai #BERSIH5 Kata Khalid Ibrahim. Bekas menteri besar Selangor Tan...


No comments:

Post a Comment