Kes Curi Aset, PAS Tipu! - Ini Cerita Sebenar Kata Rakan Peguam.
Awalnya saya tak berminat nak menulis tentang kes sahabat saya Sdr Mahadzir Mat Zili dan isteri beliau Nazirah Bt Abd Rahim yang menerima tuntutan dari Hashim Jusoh YDP Sri Gading.
Namun bila ramai sahabat2 yang menyebarkan cerita berbau fitnah dan adu domba, saya kira saya perlu perbetulkan tanggapan sahabat2 baik saya yang saya yakin mendapat gambaran yang tidak benar tentang cerita sebenar.
Apa yang sebenarnya berlaku? Kronologi cerita...
PASTI Kawasan Sri Gading mengarahkan Mahadzir Mat Zili tidak menggunakan nama PASTI bermula 2016. (Surat bertarikh 6 Sept 2015)
Sesuai dengan arahan tersebut, Mahadzir meminta PASTI Kawasan Sri Gading mengambil semua barangan milik PASTI dalam tempoh 14 hari berakhir 28 Nov 2015. Disertakan senarai barangan yang perlu diambil termasuk wang tunai.
PASTI Sri Gading tidak mengambil sebarang aset dari Premis yang disewa Mahadzir sebaliknya YDP Sri Gading mengemukakan tuntutan wang tunai RM20 ribu dan semua aset PASTI.
Di hari ketiga perbicaraan, setelah 3 saksi plaintif memberi keterangan, tanpa Sdr Mahadzir dan Nazirah selaku defenden dipanggil memberi keterangan, Perbincangan diantara kedua-dua pihak bersetuju agar PAS Kawasan Sri Gading mengambil balik sebahagian aset yang ditawarkan oleh Mahadzir November lalu.
Namun YDP Sri Gading GAGAL memperolehi wang tunai seperti yang di tuntut.
Harapnya sahabat2 berhentilah dari bercerita perkara yang tidak benar. Saya sayangkan anda semua. Semoga Allah selamatkan kita semua di dunia dan akhirat. (rakan peguam)
-------
Syukur Alhamdulillah!!! Allahuakbar!!
YDP PAS Sri Gading, Ust Hashim Jusoh, gagal untuk mendapatkan gantirugi RM20K seperti tuntutan dalam saman. Tiada asas dalam tuntutannya.
Sdr Mahadzir hanya perlu pulangkan barang barang seperti dalam item sahaja. Ia memang hasrat sdr Mahadzir sejak awal, tapi mereka berkeras nak gantirugi duit.
Penyelesaian ini diharap dapat menjernihkan keadaan. Ust Hashim pun sahabat saya sekian lama.
Alhamdulillah!
Mazlan Aliman
Ulang siar entri Kes Curi Aset, PAS Tipu! - Ini Cerita Sebenar Kata Rakan Peguam. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment