Pemilik Kenderaan Akan Dicaj Jika Masuk KL Selepas MRT Siap - DBKL

 On Thursday, October 6, 2016  

Pemilik Kenderaan Akan Dicaj Jika Masuk KL Selepas MRT Siap - DBKL

Pemilik Kenderaan Akan Dicaj Jika Masuk KL Selepas MRT Siap - DBKL


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan akan melaksanakan sistem caj kesesakan di pusat bandar selepas pojek transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) Line 1 beroperasi siap dan beroperasi, lapor The Edge Financial Daily.

Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Bandar DBKL, Nik Mastura Diyana Nik Mohamad berkata. pihak DBKL sedang mengkaji perkara ini di mana harga yang bakal dicaj belum ditentukan lagi.

"Kami akan laksanakan (caj jalan raya) yang akan menjadi inisiatif terakhir untuk mengurangkan kesesakan di bandar.

"Kami masih melihat butirannya. Kami telah menemui orang ramai bukan sahaja untuk dapatkan pandangan mengenai caj berkenaan, tetapi lebih kepada bagaimana nak mengubah pengangkutan awam di Kuala Lumpur, "katanya dipetik laporan The Edge.

Fasa pertama MRT Line 1 di antara Sungai Buloh dan stesen Semantan di Damansara Heights, dijadual memulakan operasi pada bulan Disember dan fasa kedua pula antara stesen Semantan dan Kajang akan beroperasi pada Julai 2017.

Terdahulu, Nik Mastura Diyana berkata caj berkenaan dimasukkan dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.

"Kita tidak boleh melaksanakannya sekarang kerana tidak ada alternatif kepada orang ramai," jelas beliau.

Pihak berkuasa telah merancang untuk melaksanakan dasar itu bagi menghalang kesesakan lalu lintas di pusat bandar seawal tahun 1980-an lagi di mana bertujuan untuk mengurangkan orang ramai menggunakan kenderaan sendiri di pusat bandar.

"Seperti yang dilaksanakan di Singapura. Jika anda pergi ke pusat bandar pada waktu tertentu yang menyebabkan kesesakan, anda perlu membayarnya," katanya. 


Sumber : SiakapKeli
Gambar : Google

Ulang siar entri Pemilik Kenderaan Akan Dicaj Jika Masuk KL Selepas MRT Siap - DBKL bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Pemilik Kenderaan Akan Dicaj Jika Masuk KL Selepas MRT Siap - DBKL 4.5 5 Unknown Thursday, October 6, 2016 Pemilik Kenderaan Akan Dicaj Jika Masuk KL Selepas MRT Siap - DBKL Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan akan mel...


No comments:

Post a Comment