Awas Dengan DoctorRinggit Pesan Individu Ini.
AWAS dengan Dr Ringgit ni!
Saya dan beberapa orang pernah buat comment di pagenya supaya pengguna Facebook berhati-hati. Syarikat ini tidak menjawab persoalan-persoalan yang timbul. Sebaliknya semua comments telah di delete oleh Dr Ringgit. Mereka cuma respond melalui PM kepada yang berminat dan tidak banyak soal. Saya juga kena block dari membuat comment di page berkenaan.
Paling-paling kurang, ia adalah data harvester yang akan mendapat maklumat peribadi dari orang-orang yang mengisi online form. Atau/Dan ia adalah Along yang mencari mangsa di kalangan mereka-mereka yang desperate.
Kadar faedah adalah 18.5%. Ini sama dengan kad kredit. Tapi terma-terma adalah kabur. Khususnya tentang fees yang akan dikenakan. Ini bermakna peminjam akan membayar lebih tinggi dari 18.5%.
Sebenarnya jumlah pinjaman untuk kali pertama tak lah banyak pun - RM1,500 sahaja. Tapi Dr Ringgit ni tahu ramai yang teramat desperate. Seperti perlunya berhutang untuk membayar hutang sedia ada. Apabila membuat pinjaman dengan syarikat begini, keadaan peminjam akan menjadi bertambah serious. Kerana kadar faedah yang tinggi serta hidden charges yang tidak diberitahu di page tersebut.
Page Dr Ringgit ni mungkin agak slick. Tapi perhatikan - tidak ada sebarang contact information atau alamat yang diberikan.
Elak dari sebarang urusan dengan syarikat macam ni. Jangan buat aniaya kepada diri sendiri.
Sumber : Ahmad Cendana
Ulang siar entri Awas Dengan DoctorRinggit Pesan Individu Ini. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment