Kenapa DBKL Gunakan Yayasan Kebajikan Untuk Saman Pemilik Kenderaan Yang Tak Bayar Caj Parkir Soal Mangsa.

 On Wednesday, November 30, 2016  

Kenapa DBKL Gunakan Yayasan Kebajikan Untuk Saman Pemilik Kenderaan Yang Tak Bayar Caj Parkir Soal Mangsa.

Kenapa DBKL Gunakan Yayasan Kebajikan Untuk Saman Pemilik Kenderaan Yang Tak Bayar Caj Parkir Soal Mangsa.

SEBAGAI sebuah negara yang telah memperuntukkan akta undang-undang jalan raya melalui Akta Pengangkutan Jalan 1987, saya merasakan satu penghinaan dan satu sindiket terancang apabila pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menggunakan sebuah yayasan yang dinamakan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) untuk mengapit (clamp) kenderaan yang tidak membayar caj parkir kenderaan.

 
Hal ini berlaku kepada saya apabila diarahkan untuk membayar kompaun sebanyak RM50 kepada DBKL apabila pihak Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) yang telah ditugaskan membuat ‘sekatan’ kepada kenderaan saya hanya kerana tidak membayar parkir.

Apakah DBKL mengetahui hal ini atau sebagai badan yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan hal ehwal saman ini, dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang mengaku sebagai pegawai penguatkuasa?

Mengapakah DBKL perlu menswastakan kepada sebuah yayasan yang berorientasikan kebajikan? Perkara yang paling dikesali adalah notis pemakluman ini adalah sebuah kertas yang difotokopi sahaja dan tidak ditandatangani oleh mana-mana pegawai. Pelik!

Apakah peruntukan yang telah diberikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk dikapit kenderaan yang tidak membayar parkir?

Secara peribadi hal ini amat dikesali dan satu laporan lengkap akan dikirimkan kepada pihak Yayasan Wilayah Persekutuan yang ditugaskan melaksanakan hal ini.-HarakahDaily

Ulang siar entri Kenapa DBKL Gunakan Yayasan Kebajikan Untuk Saman Pemilik Kenderaan Yang Tak Bayar Caj Parkir Soal Mangsa. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Kenapa DBKL Gunakan Yayasan Kebajikan Untuk Saman Pemilik Kenderaan Yang Tak Bayar Caj Parkir Soal Mangsa. 4.5 5 Unknown Wednesday, November 30, 2016 Kenapa DBKL Gunakan Yayasan Kebajikan Untuk Saman Pemilik Kenderaan Yang Tak Bayar Caj Parkir Soal Mangsa. SEBAGAI   sebuah negara yang...


No comments:

Post a Comment