DBKL Lantik Kontraktor Tak Layak, Bermasalah Sehingga 4 Projek Bermasalah - Laporan Audit Negara.

 On Wednesday, November 23, 2016  

DBKL Lantik Kontraktor Tak Layak, Bermasalah Sehingga 4 Projek Bermasalah - Laporan Audit Negara.

DBKL Lantik Kontraktor Tak Layak, Bermasalah Sehingga 4 Projek Bermasalah - Laporan Audit Negara.

Empat projek bagi tarikan pengunjung di ibu negara bernilai RM46.5 juta tidak siap mengikut jadual antaranya kerana pelantikan kontraktor yang tidak layak dan tidak berpengalaman, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 2. 

Projek Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang lewat disiapkan itu ialah Kerja Pengindahan KL Heritage Trail 1, Menghidupkan Semula Medan Pasar dan Dataran Merdeka bernilai RM18.58 juta. 



Kerja pengindahan KL Heritage Trail 3 (RM11.52 juta); Kerja Meroboh Struktur Air Pancut Periuk Kera dan Membina Jam Kira Detik 2020 di Persimpangan Jalan Raja dan Jalan Parlimen (RM9.7 juta) serta Menaik Taraf Masjid Jamek (RM6.7 juta). 

Menurut laporan yang dikeluarkan hari ini, ada projek yang lewat sehingga 482 hari manakala ada yang belum siap sehingga kini biarpun ia sepatutnya disiapkan pada bulan Ogos 2014.

Antara alasan yang diterima ialah kekerapan perubahan reka bentuk, kelewatan pengalihan kemudahan utiliti, dan banjir di tapak binaan. 

Kesemua projek itu adalah projek di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Greater Kuala Lumpur/Klang Valley. 

Bagaimanapun pihak Audit memuji DBKL bagi prestasi kewangan untuk keempat-empat projek tersebut yang memuaskan. - BERNAMA

Ulang siar entri DBKL Lantik Kontraktor Tak Layak, Bermasalah Sehingga 4 Projek Bermasalah - Laporan Audit Negara. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
DBKL Lantik Kontraktor Tak Layak, Bermasalah Sehingga 4 Projek Bermasalah - Laporan Audit Negara. 4.5 5 Unknown Wednesday, November 23, 2016 DBKL Lantik Kontraktor Tak Layak, Bermasalah Sehingga 4 Projek Bermasalah - Laporan Audit Negara. Empat projek bagi tarikan pengunjung ...


No comments:

Post a Comment