Demi Kuasa Islam, PAS Terbuka Kerjasama Dengan UMNO - Ahli Parlimen PAS.

 On Wednesday, November 23, 2016  

Demi Kuasa Islam, PAS Terbuka Kerjasama Dengan UMNO - Ahli Parlimen PAS.

Demi Kuasa Islam, PAS Terbuka Kerjasama Dengan UMNO - Ahli Parlimen PAS.

Beberapa anggota Parlimen hari ini berpendapat kerjasama politik antara Umno dan PAS dalam memperkukuh hubungan serta perpaduan Melayu-Islam perlu dilaksanakan demi kesejahteraan umat Islam.


Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) berkata walaupun PAS mempunyai dasar perjuangan tersendiri, pihaknya sentiasa terbuka dan rasional dalam soal kerjasama dengan Umno terutama melibatkan kepentingan umat Islam.
“Saya rasa perkara ini sudah lama dilontarkan. Kami tidak ada masalah dalam hal ini khususnya untuk mengekalkan kuasa Islam dalam negara.
“Bagi saya kuasa Islam mesti dipertahankan oleh setiap umatnya,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Beliau mengulas kenyataan anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung kerjasama itu ketika menjadi speaker Diskusi Agama pada Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 2.0, semalam.
Jamil yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata kerjasama sedemikian adalah dituntut malah disebut di dalam al-Quran bagi memastikan survival umat Islam secara keseluruhannya.
Sementara itu, Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) pula menyerahkan perkara tersebut kepada pucuk pimpinan kedua-dua parti untuk tindakan selanjutnya.
“Bagi saya tidak ada ruang untuk PAS ambil jalan bersendirian untuk menegakkan agama,” katanya.
Datuk Azizah Mohd Dun (BN-Beaufort) pula mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama demi kepentingan rakyat, namun kedua-dua pihak perlu berusaha untuk merealisasikan perkara itu.
“Kita mahu bawa pembangunan kepada rakyat. Maka kita perlukan negara yang stabil dengan rakyatnya bersatu padu dan tidak terlalu mementingkan politik,” katanya. ― Bernama

Ulang siar entri Demi Kuasa Islam, PAS Terbuka Kerjasama Dengan UMNO - Ahli Parlimen PAS. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Demi Kuasa Islam, PAS Terbuka Kerjasama Dengan UMNO - Ahli Parlimen PAS. 4.5 5 Unknown Wednesday, November 23, 2016 Demi Kuasa Islam, PAS Terbuka Kerjasama Dengan UMNO - Ahli Parlimen PAS. Beberapa anggota Parlimen hari ini berpendapat kerjasama poli...


No comments:

Post a Comment