Inilah Sebab-Sebabnya Kenapa Trump Menang Pilihanraya Presiden Amerika.
Aku bangun pagi, hampir semua group Whatsapp sembang pasal Trump menang jadi Presiden US. Haha.. Terhibur aku. Cerita harga minyak naik minggu lepas, luput dari ingatan.
Kawan opis aku John, asal dari Tennessee US. Memang mengundi sejak zaman Bush sampai Obama.
Untuk orang yang buta politik macam aku, saja gatal tanya dia. Seronok tak Trump menang? Sebab dia sokong Hillary, John geleng kepala. Haha..
Seronok juga dengar apa dia cakap tentang negara sendiri. Kenapa orang Amerika tergamak pilih Trumph.
1. Golongan baby boomers, orang yang lahir selepas perang dunia, adalah golongan paling ramai di US sekarang. Pro kulit putih, white supremacy.
Dia rasa negara dia sudah diambil orang orang lain. Plot cerita dia sama macam Brexit juga, bila orang putih UK menyampah dengan imigran yang masuk melambak.
2. Orang Amerika biasa-biasa ini bukan semua ada skill. Tidak kompetitive dalam mencari kerja. Kau kan tau, orang Amerika bukan rajin sangat. Kerja sikit tapi mahu gaji besar. Masih perasan dia bangsa hebat, mendahului semua bangsa lain.
3. So bila imigran datang, semua kerja beralih tangan. Imigran yang sanggup kerja susah tapi otak lebih geliga.
4. Imigran yang masuk beri jalan banyak industri baru untuk wujud. Kalau tiada mereka, industri boleh tutup. Silicon Valley contohnya, kerja orang-orang pandai.
Orang ini ramai dari Asia, China, India. Orang Malaysia toksah cakaplah. Pandai dan beriman. Ramai je orang Malaysia di US tu.
5. Lama-lama orang US terasa tertinggal dalam negara sendiri. Mahu kejar tidak larat. Skill tidak cukup kuat, ilmu tidak setinggi mana. Tapi masih nak sembang hebat.
6. John cakap tahun 80an-90an memang zaman yang paling gemilang. Lebih lagi orang kerja bank atau teknologi. Itu memang zaman US hebat. Michael Jackson dan Hollywood memang dasyat.
7. Tapi sekarang, Amerika sudah suam-suam kuku. Kalah dengan banyak negara. Kalau buang semua imigran, Silicon Valley dan pejabat Google pun boleh tutup sama. Kerana itu slogan 'Making America Great Again' buat orang US semangat membara.
8. Jadi mereka pilih Trump. Sebab dia jenis sembang power walau buat belum tentu. Nampak seorang yang berani walau cakap semua benda bikin kontroversi, Anti muslim, rasis, sexist.
Jadi rakyat mengharap ahli politik memajukan US semula. Tapi US kena terima hakikat.
Kalau bangsa dia terlalu rasa selesa dengan kehebatan lampau , ada masanya akan turun. Kalau dia rasa masih hebat, superior, suka hidup bertongkat, kedaulatan bangsa kononnya, itu mungkin tidak kekal lama.
Sentap sikit. Pengajaran untuk kita juga.
Kena isi negara kita dengan orang otak pandai dan rajin bekerja. Kalau kosong, orang lain akan masuk. Dunia sekarang sangat terbuka.
Zaman dulu kalau kau kerja luar negara, memang kira hebat. Tapi sekarang itu sudah biasa.
Bising macam mana pun, Trump sudah terpilih jadi Presiden. Pandailah dia nak uruskan US. Belum pun jadi apa-apa.
Kalau esok kita tak dapat masuk negara dia, ada 194 negara lagi kita boleh pergi. Kalau dia banned Muslim bagus juga, beramai kita tukar ke Mekah atau Madinah.
Paling lama Trump memerintah pun cuma 8 tahun. Di Malaysia lagi hebat, boleh memerintah selagi ada orang pangkah..
Aku hangguk je apa John cakap. Kalau John tipu, tertipulah kau semua.
Janganlah kau risau sangat dengan Trump. Bangla banyak merata-rata ambil alih kerja kita. Sampaikan jual nasi lemak dan karipap pun dia juga. Kita pungpang pun minyak masak naik harga.
Itu kau patut risau.
Catatan kembara
Irwan Dahnil
Acah Penganalisa Politik
Glasgow, Scotland.
Nota : Artikel ini boleh dishare jika bermanfaat atau boleh Making Malaysia Great Again. Follow FB aku untuk catatan kembara dari entah mana-mana.
Ulang siar entri Inilah Sebab-Sebabnya Kenapa Trump Menang Pilihanraya Presiden Amerika. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment