Pembohong, Hipokrit, Penghasut, Suka Menghina & Ganas - Itulah #BERSIH Kata Pegawai Khas Rosmah.

 On Friday, November 11, 2016  

Pembohong, Hipokrit, Penghasut, Suka Menghina & Ganas - Itulah #BERSIH Kata Pegawai Khas Rosmah.

Pembohong, Hipokrit, Penghasut, Suka Menghina & Ganas - Itulah #BERSIH Kata Pegawai Khas Rosmah.

BERSIH JANGAN BOHONG RAKYAT
Saya melihat kenyataan dua pemimpin Bersih 5 yang menafikan himpunan yang dibuat mereka tiada keganasan dilihat sebagai satu pembohongan nyata kepada rakyat.
Kata-kata itu ternyata penuh hipokrasi kerana sudah terbukti siri himpunan Bersih sebelum ini dicemari macam-macam tragedi keganasan.


Penafian oleh Pengerusi Bersih, Maria Chin dan Timbalannya, Shahrul Aman Mohd Saari sebenarnya tidak dapat menutup segala 'dosa-dosa' lampau yang dibuat oleh peserta Bersih terhadap keharmonian rakyat negara ini.
Saya nak tanya, apa lagi yang mereka nak kelentong dan berbohong kepada rakyat? Semuanya sudah nyata dan jelas dalam lipatan sejarah hitam negara.
Majoriti rakyat sudah tahu Himpunan Bersih penuh provokasi, hasutan dan tindakan agresif terhadap rakyat serta kepentingan awam yang direstui sendiri pemimpin-pemimpin mereka.
Pemimpin Bersih 5 dakwa mereka tidak mahu 'berperang' dengan mana-mana pihak tapi kononnya ingin memastikan keadilan dilaksanakan dalam negara ini.
Saya nak tanya lagi geng Bersih 5 ni, adakah tindakan mereka turun ke jalanan membawa mesej perpecahan dan laungan hasutan bukan bermakna mereka 'berperang terhadap demokrasi'?
Sejak dahulu lagi mereka mengajak segelintir rakyat menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi melalui demonstrasi jalanan itu boleh dianggap adil, bersih dan memelihara demokrasi?
Malah pendedahan Wikileaks tentang penglibatan hartawan Yahudi, George Soros yang membiayai dana untuk gerakan menjatuhkan kerajaan Malaysia termasuk Bersih sendiri cukup jelas untuk membuktikan segala-galanya.
Soros si pendendam kesumat dengan negara ini sejak sekian lama dan sebab itulah dia sanggup membiayai apa sahaja gerakan menjatuhkan kerajaan Malaysia termasuk menjadi dalang di sebalik Bersih 5.
Malahan 'track record' Soros dan Open Society Foundation dalam gerakan revolusi seluruh dunia penuh tragedi keganasan dan pertumpahan darah.
Justeru saya minta semua pemimpin dan peserta Bersih cermin diri sendiri dulu sebelum mahu terus berbicara tentang tuntutan keadilan, ketelusan dan menjunjung demokrasi.
Ini persoalan yang mereka tanya masa cermin diri itu; Adakah merampas hak kebebasan untuk rakyat lain bergerak tanpa rasa cemas itu adalah adil?
Adakah menafikan hak peniaga-peniaga yang mahu mencari rezeki di lokasi himpunan itu juga telus.
Adakah tindakan peserta Bersih menghina, memijak, menyapu gambar pemimpin negara serta isterinya sebagai tindakan bertamadun.
Oleh itu, saya mengajak seluruh rakyat negara ini menolak dan mengutuk tindakan kumpulan Bersih untuk berhimpun sekali lagi kerana ia mendatangkan banyak keburukan kepada keharmonian serta keamanan Malaysia.
Rizal Mansor
Pegawai Khas Kepada Rosmah Mansor

Ulang siar entri Pembohong, Hipokrit, Penghasut, Suka Menghina & Ganas - Itulah #BERSIH Kata Pegawai Khas Rosmah. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Pembohong, Hipokrit, Penghasut, Suka Menghina & Ganas - Itulah #BERSIH Kata Pegawai Khas Rosmah. 4.5 5 Unknown Friday, November 11, 2016 Pembohong, Hipokrit, Penghasut, Suka Menghina & Ganas - Itulah #BERSIH Kata Pegawai Khas Rosmah. BERSIH JANGAN BOHONG RAKYAT Saya...


No comments:

Post a Comment