Media Sosial Menyebabkan Lebih Banyak Tuduhan Tak Berasas Ke Atas Rosmah Tersebar Kata Rizal Mansor.
Cabaran yang dihadapi isteri perdana menteri kini lebih besar kerana terpaksa berdepan pelbagai tuduhan dan putar belit lebih-lebih lagi dengan kewujudan media sosial.
"Ramai yang tidak tahu bahawa isteri perdana menteri terdahulu juga menjadi mangsa pelbagai tuduhan, namun ia tidak tersebar secara meluas seperti sekarang," kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri Datuk Rizal Mansor.
"Ramai yang tidak tahu bahawa isteri perdana menteri terdahulu juga menjadi mangsa pelbagai tuduhan, namun ia tidak tersebar secara meluas seperti sekarang," kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri Datuk Rizal Mansor.
Sehubungan itu, beliau berkata masyarakat tidak harus percaya dengan pelbagai fitnah yang dilemparkan terhadap Datin Seri Rosmah Mansor kerana ia palsu dan tidak berasas serta tidak disokong dengan bukti yang kukuh, malah terhasil dengan memutar belit fakta.
Beliau berucap di Kursus Pemukiman Penceramah anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia di ibunegara malam tadi.
Rizal seterusnya berkata Program Permata Negara (Permata), yang dinaungi Rosmah, ditubuhkan kerana isteri perdana menteri itu mahu memberi sumbangan kepada bidang pendidikan awal kanak-kanak yang sebelum ini dilihat kurang mendapat perhatian.
Permata, kata Rizal, bukan satu pembaziran tetapi pelaburan untuk pendidikan kanak-kanak, dan hasilnya mungkin tidak dapat dilihat sekarang tetapi dalam tahun-tahun mendatang.
Beliau berkata sesiapa yang mengenali rapat isteri perdana menteri mengetahui bahawa beliau sebenarnya seorang yang peramah sifatnya.
- Bernama
Ulang siar entri Media Sosial Menyebabkan Lebih Banyak Tuduhan Tak Berasas Ke Atas Rosmah Tersebar Kata Rizal Mansor. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment