Netizens Pertikai Kenapa Pegawai Polis Yang Menjadi Suspek Rogol Anak Kandung Dibenarkan Terus Bertugas & Bukannya Digantung Sehingga Siasatan Selesai.

 On Sunday, November 6, 2016  

Netizens Pertikai Kenapa Pegawai Polis Yang Menjadi Suspek Rogol Anak Kandung Dibenarkan Terus Bertugas & Bukannya Digantung Sehingga Siasatan Selesai.

Netizens Pertikai Kenapa Pegawai Polis Yang Menjadi Suspek Rogol Anak Kandung Dibenarkan Terus Bertugas & Bukannya Digantung Sehingga Siasatan Selesai.

Seorang pegawai polis yang didakwa merogol, mencabul dan memaksa anak-anak kembar perempuan yang berusia 14 tahun melakukan seks oral terhadap mereka di daerah pedalaman Tenom, Sabah pada Ogos lepas disahkan masih bertugas sebagai polis sementara menunggu hasil siasatan rasmi kata jurucakap polis.
 

Ketua Polis Daerah Tenom, Deputi Supritendan Mohamad Firdaus Abdullah berkata penolong penguasa itu masih bertugas memandangkan dakwaan tersebut masih dalam siasatan.

Menurut kenyataan Pengarah Jabatan Integriti & Pematuhan Standard Bukit Aman, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman menyatakan mereka masih menunggu hasil dari laporan kimia berhubung kes itu.

"Kami akan membuat keputusan sama ada untuk mengemukakan kes itu kepada pejabat Peguam Negara untuk mendakwa ataupun tidak selepas mendapat laporan kimia," katanya menjawab pertanyaan mengenai status siasatan.

Beliau berkata, siasatan tertumpu kepada perlakuan sumbang mahram, seks luar tabii dan mencabul kehormatan.

"Jabatan Pematuhan Integriti dan Standard Sabah akan memantau kes ini," kata Jalaluddin lagi.
 

Menurut laporan, pada Ogos lepas, anak-anak remaja kembar yang berusia 14 tahun telah mengadu perbuatan bapa kepada ibu mereka. Selepas menerima laporan, si ibu kemudiannya membuat laporan polis tentang insiden tersebut. Ibu kepada anak2 kembar itu merupakan isteri pertama suspek dalam kes ini.
 

Mangsa mendakwa, bapa mereka melakukan perbuatan terkutuk tersebut pada 26 Ogos jam 3 petang ketika ibu mereka tidak berada di Labuan dan mengugut untuk membunuh mereka jika mereka memberitahu ibu mereka.

Mereka juga mendakwa bahawa mereka telah didera secara seksual sejak mereka berusia tujuh tahun.
 

Anak-anak kembar itu adalah antara tiga anak suspek dari perkahwinan pertamanya.

Beliau mempunyai empat anak-anak lain yang berumur antara 3 tahun hingga 14 dengan isteri keduanya.






Dalam pada itu, netizens mempersoalkan kenapa suspek berkenaan tidak digantung tugas sementara menunggu siasatan selesai. Memandangkan kes tersebut membabitkan perlakuan jenayah, membiarkan suspek bertugas sebagai anggota polis, berupaya menganggu siasatan. Suspek mungkin terdedah kepada bukti2 berkaitan siasatan dan boleh menganggu (menjejaskan/merosakkan) bukti dan saksi jika siasatan mendapati suspek bersalah dalam dakwaan tersebut.

Tindakan mengantung tugas harus dibuat bagi mengelakkan tanggapan negatif masyarakat awam. Selepas kes selesai dan suspek didapati tidak bersalah baru la dia sepatutnya dibenarkan menyambung tugasnya. Atau, mungkin SOP polis tentang kes-kes yang melibatkan anggotanya sudah berubah? 

Ulang siar entri Netizens Pertikai Kenapa Pegawai Polis Yang Menjadi Suspek Rogol Anak Kandung Dibenarkan Terus Bertugas & Bukannya Digantung Sehingga Siasatan Selesai. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Netizens Pertikai Kenapa Pegawai Polis Yang Menjadi Suspek Rogol Anak Kandung Dibenarkan Terus Bertugas & Bukannya Digantung Sehingga Siasatan Selesai. 4.5 5 Unknown Sunday, November 6, 2016 Netizens Pertikai Kenapa Pegawai Polis Yang Menjadi Suspek Rogol Anak Kandung Dibenarkan Terus Bertugas & Bukannya Digantung Sehingga...


No comments:

Post a Comment