Rupa2nya Syarikat Modal RM2 Yang Urusniaga Dengan CCCC Untuk Projek 46b ECRL.

 On Monday, November 7, 2016  

Rupa2nya Syarikat Modal RM2 Yang Urusniaga Dengan CCCC Untuk Projek 46b ECRL.

Rupa2nya Syarikat Modal RM2 Yang Urusniaga Dengan CCCC Untuk Projek 46b ECRL.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mempersoalkan bagaimana syarikat yang baru ditubuhkan pada 26 September 2016 dengan bermodalkan RM2 boleh menandatangani projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM 46 bilion.
Ujar beliau, perkara itu menimbulkan tanda tanya sama ada kelulusan sewajarnya mengikut peraturan kerajaan telah diikuti.
“Apabila kontrak ini ditandatangani oleh sebuah syarikat yang bermodal RM2 dan ditubuhkan pada 26 September 2016, ia menimbulkan tanda tanya sama ada kelulusan yang sewajarnya mengikut peraturan kerajaan telah diikuti,” katanya.
Rafizi menambah, pada kebiasaannya khususnya ‘special purpose vehicle’ yang ditubuhkan kerajaan untuk menjalankan projek infrastruktur besar negara perlu mendapat kelulusan dari Parlimen bagi mendapatkan modal.
Menurutnya, sebagai contoh semasa kerajaan Persekutuan mahu menjalankan projek keretapi laju Kuala Lumpur – Singapura, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan usul di parlimen untuk meluluskan dana syarikat khusus itu sebanyak RM10juta.
“Jelas proses itu tidak berlaku sehingga sebuah syarikat yang bermodal RM2 digunakan untuk menandatangani sebuah kontrak bernilai RM46 bilion.
“Malah kami ingin mempersoalkan sama ada Datuk Seri Najib Razak membawa isu ini kepada mesyuarat Jemaah Kabinet untuk mendapatkan kelulusan Jemaah Kabinet agar sebuah syarikat yang mewakili kerajaan Malaysia menandatangani sebuah projek bernilai RM46 bilion,” soalnya.
Sidang media itu berlangsung di Lobi Parlimen dan turut di hadiri oleh MP Kuala Krai (AMANAH), Dr Hatta Ramli dan MP Serdang (DAP), Ong Kian Ming.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini dalam rangka lawatan rasmi enam hari ke China dengan syarikat Malaysia dan China telah memeterai lebih 10 perjanjian termasuk pelaburan dalam pembinaan pelabuhan, pemasangan paip gas dan kilang penyahgaraman air, e-dagang, pengilangan panel solar serta pembinaan.
ECRL merupakan pelaburan tunggal terbesar China di Malaysia.
Syarikat Malaysia Rail Link Sdn Bhd difahamkan dikuasai oleh dua individu di Kementerian Kewangan. - Malaysiakini

Ulang siar entri Rupa2nya Syarikat Modal RM2 Yang Urusniaga Dengan CCCC Untuk Projek 46b ECRL. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Rupa2nya Syarikat Modal RM2 Yang Urusniaga Dengan CCCC Untuk Projek 46b ECRL. 4.5 5 Unknown Monday, November 7, 2016 Rupa2nya Syarikat Modal RM2 Yang Urusniaga Dengan CCCC Untuk Projek 46b ECRL. Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mempersoalka...


No comments:

Post a Comment