Surat Terbuka Dari Anak-Anak Maria Chin Untuk Rakyat Malaysia - #BERSIH5

 On Saturday, November 19, 2016  

Surat Terbuka Dari Anak-Anak Maria Chin Untuk Rakyat Malaysia - #BERSIH5

Surat Terbuka Dari Anak-Anak Maria Chin Untuk Rakyat Malaysia - #BERSIH5

Saya tadi menerima sepucuk surat yang dikirimkan oleh Azumin, anak Maria Chin Abdullah. Beliau minta jika saya boleh bantu sebarkan surat yang ditulis oleh mereka ini. 

Saya katakan, saya mungkin tidak mampu jika hanya seorang diri, tapi saya yakin teman-teman lain akan bantu sebarkan suara kalian. Baca dan sebar..

 ______________________________________________________ 

Malam Ini Sebelum Bersih 

Malam sebelum himpunan BERSIH, tentu sekali semua orang sedang bersedia untuk turun ke himpunan tersebut; himpunan yang menjadi satu lagi langkah ke arah pilihan raya yang bersih dan adil buat Malaysia. 

Jam sekitar 6.00 petang, kami di rumah sedang menyediakan makan malam ketika menerima panggilan daripada seorang rakan kepada keluarga yang bertanyakan keadaan, dan adakah kami sudah mendengar berita. 

[SURVEY] How often do you shop online? 

Kebingungan, kami tanyakan apa yang sedang berlaku? Beliau terangkan bahawa ibu kami baru sahaja ditahan dan telah dibawa ke balai polis untuk siasatan selanjutnya. 

Sejam kemudian, kami tiba ke balai tersebut dan terus menunggu peguam membawa kami masuk berjumpa dengan ibu kami. Ketika kami akhirnya berjumpa dengannya, beliau terangkan yang beliau dituduh mengancam kestabilan kerajaan. 

Kedua-dua ibu dan Mandeep yang ada bersama meyakinkan kami yang semuanya akan berlangsung dengan baik, tenang, dan tertib. Kami hanya harap tuduhan ke atas ibu kami dapat digugurkan dan dia dilepaskan segera. 

Setelah semua yang berlaku ini, adalah mengecewakan apabila orang-orang yang hanya memperjuangkan sebuah pilihan raya yang bersih dan adil dituduh sebagai ancaman kepada negara. Adakah ini negara yang kita sebagai rakyat Malaysia inginkan? 

Negara yang mana rasuahnya bermaharajalela, pilihan rayanya kotor, dan orang yang tidak bersalah disumbat sebalik jeriji besi? Ketika kami kecil, kami tidak faham apa yang ibu dan ayah kami perjuangkan, kenapa ayah benar-benar menentang I.S.A. 

Ayah kini telah tiada. 

Hari ini, kami sudah cukup dewasa untuk memahami betapa penting dan besarnya pengorbanan orang-orang seperti mereka. 

Orang seperti ibu dan ayah kami, yang berani bersuara melawan penyelewengan dan rasuah tidak melakukannya untuk diri mereka sendiri, sebaliknya untuk generasi yang akan datang. 

Ketika kami tuliskan surat ini, kita rakyat Malaysia hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi menuju ke saatnya kita bersuara untuk memperjuangkan perubahan buat Malaysia.

Adalah penting untuk kita tunjukkan bahawa kita tidak akan sama sekali bertolak ansur dengan ketidak adilan yang masih bebas dilakukan oleh pemerintah. 

Kami berharap agar rakyat Malaysia yang hadir esok, atau yang sedang mengikuti perkembangan daripada rumah, mendengar apa yang kita semua suarakan, serta memahami apa yang sedang diperjuangkan oleh BERSIH. 

Kami bertiga doakan himpunan ini akan berlangsung dengan aman esok. 

Jumpa di sana. 

Ikhlas, Azumin, Aziman, Azemi – anak-anak Maria Chin Abdullah dan Almarhum Yunus Lebai Ali.

Sumber : Adam Adli

Ulang siar entri Surat Terbuka Dari Anak-Anak Maria Chin Untuk Rakyat Malaysia - #BERSIH5 bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Surat Terbuka Dari Anak-Anak Maria Chin Untuk Rakyat Malaysia - #BERSIH5 4.5 5 Unknown Saturday, November 19, 2016 Surat Terbuka Dari Anak-Anak Maria Chin Untuk Rakyat Malaysia - #BERSIH5 Saya tadi menerima sepucuk surat yang dikirimkan oleh Azumin, ...


No comments:

Post a Comment