Nak Bekerjasama? Boleh, Tetapi Jangan Bertanding Di 70 Kerusi PAS Kata TITM Kepada Pakatan Harapan.

 On Tuesday, December 13, 2016  

Nak Bekerjasama? Boleh, Tetapi Jangan Bertanding Di 70 Kerusi PAS Kata TITM Kepada Pakatan Harapan.

Nak Bekerjasama? Boleh, Tetapi Jangan Bertanding Di 70 Kerusi PAS Kata TITM Kepada Pakatan Harapan.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menawarkan untuk merapatkan semula hubungan antara PAS dengan DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam usaha untuk menyatukan pembangkang untuk berdepan BN pada pilihan raya umum akan datang.
Cadangan yang dibuat pada acara "Ceramah Mega Rakyat" anjuran PAS Selangor, bagaimanapun, tidak disambut baik oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Mat.
Tuan Ibrahim dengan segera menolak tawaran berkenaan sambil menegaskan parti Islam itu tidak mempunyai hubungan dengan DAP mahupun AMANAH.
"Kita tidak ada hubungan dgn DAP, AMANAH, soal BERSATU nak jadi jambatan, itu tanggungjawab BERSATU, bagi PAS kita ada hubungan dengan PKR sahaja, dengan BERSATU kita pun masih dalam perbincangan," ujar beliau semasa ditemui pemberita.
Pemimpin nombor dua PAS itu berkata, semua parti pembangkang lain harus bersetuju dengan syarat untuk tidak bertanding di 70 kerusi PAS sebelum boleh membuat konsensus dan kerjasama.
"Ya, itu syarat compulsory (wajib).
"Setiap kali kita tanding, PAS korbankan kerusi, ok, enough is enough (Cukup-cukuplah).
"No compromy (Tiada kompromi), kerusi PAS kena hormat, kamu boleh bincang dia boleh bincang, kerusi lain, PAS tak ambil semua kerusi, kita tanding pun 70 kerusi dulu," katanya.
Muhyiddin yang terlibat dalam rundingan panjang selama berminggu-minggu bersama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Tuan Ibrahim sekali lagi cuba untuk memujuk parti Islam itu agar menyertai pakatan pembangkang.
Beliau memberi amaran bahawa sejarah membuktikan bahawa PAS akan kalah apabila berjuang sendirian dalam pilihan raya lapor Malaysiakini.

Ulang siar entri Nak Bekerjasama? Boleh, Tetapi Jangan Bertanding Di 70 Kerusi PAS Kata TITM Kepada Pakatan Harapan. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Nak Bekerjasama? Boleh, Tetapi Jangan Bertanding Di 70 Kerusi PAS Kata TITM Kepada Pakatan Harapan. 4.5 5 Unknown Tuesday, December 13, 2016 Nak Bekerjasama? Boleh, Tetapi Jangan Bertanding Di 70 Kerusi PAS Kata TITM Kepada Pakatan Harapan. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BE...


No comments:

Post a Comment