Kisah Tun Mahathir Menangis Ketika Bermesyuarat Adalah Palsu, Netizens Buat Parodi Sindir Pihak Yang Suka Sebar #FakeNews.

 On Thursday, May 31, 2018  

Kisah Tun Mahathir Menangis Ketika Bermesyuarat Adalah Palsu, Netizens Buat Parodi Sindir Pihak Yang Suka Sebar #FakeNews.

Kisah Tun Mahathir Menangis Ketika Bermesyuarat Adalah Palsu, Netizens Buat Parodi Sindir Pihak Yang Suka Sebar #FakeNews.

Netizens dinasihati untuk tidak mudah berkongsikan cerita yang tak dapat dipastikan kesahihannya. Itulah antara luahan beberapa pihak di laman sosial sejak tularnya kisah 'dia terdiam' yang kononnya menceritakan tentang Tun Mahathir Mohamad ketika bermesyuarat.

Kisah itu tular dan mendapat perkongsian beribu-ribu di laman sosial namun didapati adalah sebuah kisah palsu.

Beberapa netizens kemudiannya melakukan parodi untuk menyindir pihak yang berkongsikan cerita palsu itu tanpa menyemak kebenarannya.

Antara parodi 'dia terdiam'




Kisah 'dia terdiam' itu mula diketahui palsu apabila seorang social media influencer, Akhi Fairuz membongkarkan hal tersebut di Facebooknya pada ahad.

Oleh : Akhi Fairuz Al Jengkawi

Aku hairan, awatlah kemain ramai orang boleh percaya cerita merepek seperti ini? Setakat jam 6.40 pagi 27 Mei 2018, 27 ribu kali artikel ini telah dikongsikan.





Cuba selidik dulu siapa si penulis. Halim bin Jantan ni siapa? PA Tun ke? Kalau bukan, dari mana dia dapat cerita ni? Menteri yang ada semasa meeting tu kawan dia ke? Kemain terperinci penulisannya, siap ada adegan diam selama 7 minit.

Ke dia pembancuh kopi? Tapi takkanlah, mesyuarat kabinet pertama dalam bulan Ramadan kot. Meeting masa moreh ke apa? Kahkah

Lama betul pasang telinga dok dengar perbualan dalam mesyuarat menteri. Atau dia pekerja yang cuci tingkap? Silap-silap beliau main cilok je cerita ni dari entah mana-mana sumber.

Tak munasabah langsung cerita. Plot meeting dah serupa mesyuarat jawatankuasa kampung. Please kawan-kawan, walau kisah yang dikongsinya agak menyedihkan, ianya tak lebih sekadar imaginasi liar penulis.

Bak kata Tuan Farid Zul : "Tujuan penulis mereka cerita ini mungkin utk membina semangat kita untuk bekerja lebih keras, demi memajukan negara serta menjadi pemangkin pada perpaduan. Tetapi penulis perlulah menyatakan disclaimer mengatakan ianya direka utk diambil iktibar. Ini penting dalam menjaga etika beliau sebagai penulis.. Bila cara cantik, inshaAllah lebih hikmahnya. PH tak perlu cerita-cerita sebegini untuk menagih simpati."

Persoalan yang tak mampu dijawab adalah, siapakah penulis asal cerita ini? Jeng jeng jeng.

Link asal (paling awal post kisah ini) : https://www.facebook.com/photo.php…

Gambar Tun Dr Mahathir diambil dari temubual yang ini : https://www.youtube.com/watch?v=1ZzGISw54C4

Ulang siar entri Kisah Tun Mahathir Menangis Ketika Bermesyuarat Adalah Palsu, Netizens Buat Parodi Sindir Pihak Yang Suka Sebar #FakeNews. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Kisah Tun Mahathir Menangis Ketika Bermesyuarat Adalah Palsu, Netizens Buat Parodi Sindir Pihak Yang Suka Sebar #FakeNews. 4.5 5 Unknown Thursday, May 31, 2018 Kisah Tun Mahathir Menangis Ketika Bermesyuarat Adalah Palsu, Netizens Buat Parodi Sindir Pihak Yang Suka Sebar #FakeNews. Netizens din...


No comments:

Post a Comment