3 Golongan Rakyat, Marah Isu Berbeza & Syukur Isu Berbeza.
Oleh : Zulhafidz Yahaya
Mengapa boleh syukur dan marah isu berbeza walhal tinggal dalam satu negara?
Di Malaysia, secara amnya ada 3 golongan utama dalam status sosial. Golongan Miskin, Golongan Sederhana, Golongan Kaya.
Golongan Miskin - B40
Golongan miskin ni ada banyak pecahan. Miskin luar bandar, miskin bandar, miskin tegar, miskin b40 etc.
Golongan ini, tak kisah sangat hal pembatalan HSR, Ecrl, Mrt3. Mereka lebih fokuskan hal isu bantuan untuk mereka terima, harga tol, harga minyak, isu subsidi.
Golongan Kaya - T20
Golongan kaya ni ada pelbagai kategori juga. Dan golongan berpendapatan tinggi ini juga ditakrif mengikut kawasan. Tapi kita simpulkan secara mudah, golongan ini golongan berkemampuan, yang mana pendapatan mereka bercantum pada setiap bulan. Tak putus bahkan ada lebihan. Contoh gaji Rm10k, belanja RM5k sahaja.
Biasanya golongan ini, isu yang mereka fokus adalah isu pembangunan dan nilai hartanah. Kebanyakan mereka adalah pelabur dalam sektor hartanah. Dan mereka ini jugalah handphone mereka bukan reply whatsapp customer, tetapi tengok FBMKLCI.
Ini juga termasuk golongan superrich. Isu tol, isu minyak, bukan dalam benak fokus utama mereka. Mereka tiada masalah langsung hal tu. Tapi kalau bab hartanah, mereka akan samada melompat gembira dengan keputusan kerajaan, atau meloncat kepanasan dengan keputusan kerajaan.
Hasil pemerhatian, golongan investor, kategori rakyat kaya ini, merekalah antara yang marah pembatalan HSR, Ecrl, Mrt3, walaupun mereka tahu, dari angka kewangan negara, memang bottleneck budget untuk melaksanakan semua projek mega serentak, ditambah dengan janji perlaksanaan manifesto.
Bayangkan HSR, ECRL, MRT3, Pan Borneo, Bandar Malaysia, TRX, Menara Warisan, Merdeka PNB 118,Melaka Gateway, Forest City Iskandar, Century Fox World, dan pelbagai lagi nak dilakukan serentak, beserta dengan janji manifesto TOL, PTPTN, etc,etc memang sukar.
Jadi, pembatalan atau penangguhan projek-projek mega ini, memberi kesan drastik kepada golongan Kaya . Yelah, mereka dah beli tanah sekitar jajaran ecrl, hsr, mrt3, dan dah bercita-cita nak jual lagi 5 tahun dengan kadar keuntungan bernilai jutaan bahkan cecah puluh juta ringgit. Sebab itu mereka marah.
Dan drastiknya penurunan nilai ringgit serta aliran keluar pelaburan asing (direct investor for the project dan spillover project), menyebabkan saham-saham belian mereka merudum. Memang marahlah. Ada yang baru beli VolvoT8 cash sebab bajet semua ni berjalan lancar, tapi tengok-tengok alamak, kena jual baliklah kereta tu.
Yes, golongan ni memang dah mampu beli kereta cash, rumah cash, sebab tu isu tol, minyak, dan lain2 yg kecil bagi mereka tak jadi masalah.
Ok, kita masuk ke golongan ketiga.
M40 Golongan pertengahan, atau golongan pendapatan sederhana.
M40. golongan ini lah paling ramai dalam negara kita. Dan golongan ini jugalah antara yang tersepit jika tinggal di kawasan bandar-bandar utama di Malaysia.
Nak beli rumah pr1ma tak layak, brim tak layak, monthly expenses tinggi, tapi hutang pun tinggi, nak beli rumah cash macam golongan kaya, tak mampu, nak tinggal di pprt, tak layak.
Golongan ini majoritinya akan fokus isu minyak, tol, subsidi, bantuan dan kelayakan, pelepasan cukai, gst, biasiswa, ptptn, dan macam-macam lagi.
Kalaupun mereka ada sentuh bab hsr atau mrt3, lebih kepada nak cuba jimat daily routine sahaja. kalau perkara tu tak berkenaan dengan daily routine, mereka tak peduli sangatlah.
HSR batal mereka tak marah, sebab tak relate sangat dengan mereka, mana ada mereka beli-beli sangat property. Kalau nak marah pun, maybe mereka tanya lah apasal mrt3 batal. kalau tak, ada route yang mereka boleh guna train je. kereta parking. Sebab mereka ni pun tak ada kenderaan pejabat. kecuali sesetengah.
Golongan ini banyak main isu harga barangan harian, barang mentah, dan ramai antara mereka buat 2-3 kerja sambilan, seperti Grab (sebab tu isu grab dimainkan oleh kerajaan dahulu apabila tun sebut nak kaji grab) sebab golongan ni 40% dari kalangan rakyat. dan mereka ni jugalah peniaga online walau kerja sebagai guru, pentadbiran etc. so bab gst mereka terkesan sbb end user taknak beli harga ada gst, tapi diorang ni ambil produk dari supplier kena gst.
Ok..awak golongan ape? dan apa yang awak dah bersyukur hari ini, dan apa yang awak tak puas hati pada kerajaan Malaysia hari ini?
Aha..kepelbagaian demografi di newsfeed saya, saya dapat data-data dan input-input ini. Terima kasih kawan-kawan FB yang clearcut di wall mereka tentang apa-apa isu.
Its ok. kita semua rakyat Malaysia, semua ada hak untuk suarakan kepentingan masing-masing, tapi, rukun kita berakyat bersama di bawah payung beraja, adalah baik kita fikir bersama hala tuju negara, sambil menjaga tata susila.
Betulkan? tak betul, boleh beri komen input yang baik.
InshaAllah.
ZulCycledesign.
=============
T20 kumpulan yang berpendapatan RM8319 dan ke atas.
M40 kumpulan yang berpendapatan antara RM3860 ke RM8319 manakala
B40 berpendapatan dibawah RM3860.

Ulang siar entri 3 Golongan Rakyat, Marah Isu Berbeza & Syukur Isu Berbeza. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment