Para Suami Jangan Asyik Busy Belek Telefon Sampai Tak Tolong Isteri Jaga Anak..
Oleh : Amir Syahir
Ada sekali tu aku pergi shopping barang dapur dengan isteri aku. Aku terpandang suami isteri sedang membeli persiapan raya.
Si isteri dengan dukung anak guna baby carrier, pastu tolak anak dengan stroller lagi sambil belek-belek baju. Mana suami? Si suami sedang berdiri tercegat berhampiran dengan si isteri sambil bermain telefon pintar.
Kesian pun ada. Apa kerja yang penting sangat dibuat oleh si suami. Main telefon sambil tersenyum. Sedang uruskan projek berjuta-juta gamaknya.
Bila nak raya, si isteri lah paling sibuk. Nak uruskan anak lagi, sediakan baju raya anak lagi, kemas pakaian nak bawa balik kampung lagi, bangun masak sahur, masak untuk berbuka lagi. Penat dan sangat memenatkan.
Kau cuba prihatin sikit. Kesian kalau kau serahkan 100% tanggunganjawab kepada isteri kau je. Kau tak boleh bagi nafkah lepastu suruh dia je uruskan segalanya. Dia pun manusia biasa jugak. Uruskan sama-sama kan manis.
Hari minggu hari masa untuk keluarga. Luangkan masa yang berkualiti untuk isteri dan anak-anak. Kalau badan je dengan keluarga tapi jiwa kau di lain, tak guna juga. Ada perkara yang lagi penting ke daripada keluarga?
***
Hari bekerja memang kau busy lah. Hari minggu ni lah kau nak bermesra dengan anak-anak. Simpanlah telefon pintar kau buat sementara. Bagi sepenuh perhatian dengan keluarga jika keluar bersama-sama.
Tolonglah isteri bawa barang atau tolong jagakan anak-anak. Jangan pentingkan diri sendiri. Tu anak kau juga. Tak kesian ke kat isteri tu? Dengan nak pilih barang lagi, jaga anak kiri kanan lagi.
***
Baik ke teladan macam tu kita tunjuk kepada anak-anak? Kita mungkin fikir anak-anak tak faham. Tetapi mereka memerhati dalam diam. Mereka memerhati apa yang kita lakukan terhadap ibu mereka.
Aku risau nanti. Jika anak kita sudah besar, anak-anak akan ikut sama seperti apa yang kita lakukan kepada mereka. Masa tu jangan pula kita sedih. Kita telah berjaya mendidik anak kita melalui pemerhatian.
Sayangi dan hormatilah isteri kau. Tolong ringankan bebannya. Jangan fikir diri sendiri je. Perkahwinan kan sebuah perkongsian. Jadi, semua perkara mestilah buat bersama-sama.
Semoga raya tahun ini kita sambut dengan lebih rasa bersyukur dan lebih kebahagiaan. Amin. Kah!

Ulang siar entri Para Suami Jangan Asyik Busy Belek Telefon Sampai Tak Tolong Isteri Jaga Anak.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment