Astro Siar World Cup Dapat Untung Berbillion Jika RTM Yang Siarkan Bayangkan Untung Yang Masuk..
Oleh : Akhi Fairuz Al Jengkawi
Siaran Wanita Hari Ini di TV3 high rating. Produk IKS yang nak iklankan dalam WHI perlu membayar RM 25 ribu untuk slot 5 minit dan akan keluar 2 - 3 kali. Kalau iklan ketika Buletin Utama lagilah, ada yang cecah ratus ribu untuk slot iklan.
Baik, sekarang aku nak bebel pasal World Cup pula. YB Gobind Singh Deo sebutkan RM40 juta perlu dibayar untuk membeli hak siaran di RTM. Bukan semua, tetapi 41 siaran langsung dan selebihnya secara tertunda.
Tapi beliau perjelaskan pasal Return Of Investment (ROI) pula, "Sudah tentu akan ada penaja dan sebagainya dan mereka akan menyerap sebahagian besar daripadanya."
Siapa yang tak suka tengok bola? Walau Malaysia haram nak cecah kaki ke Piala Dunia, ia tetap menjadi sukan nombor satu di negara ini.
Siapa pula ada siaran berbayar kat rumah? Tak semua. Maka, rating RTM akan tinggi. Iklan pun mula masuk. Macam-macam produk berebut-rebut untuk dapatkan slot iklan.
Pendapatan akan meningkat lebih dari pelaburan. Maka TV kerajaan akan dapat kelebihannya. Sedang slot iklan di Buletin Utama pun cecah ratus ribu, inikan pula untuk World Cup, pasti demandnya makin tinggi.
Modal RM40 Juta. Pulangan? Berkali-kali ganda dari itu. Kalau tak untung, takkan Astro monopoli tayangan World Cup dalam beberapa siri sebelum ni.
Menurut Dato Roslan Ab Hamid, ketika Piala Dunia 2014, Astro Malaysia Holdings Berhad (ASTRO) mencatatkan peningkatan pendapatan kepada RM2.6 bilion, sekaligus mengekalkan momentum pertumbuhan dua digit bagi separuh pertama tahun kewangan berakhir 31 januari 2015.
Lagipun, sekarang ni semua nak 'ampu' kerajaan baru. Jadi, mestilah support tv kerajaan. Siapa nak buat business, mesti pump punya. Huhu
Thanks Kak Yana Samsudin sudi bagi pencerahan.

Ulang siar entri Astro Siar World Cup Dapat Untung Berbillion Jika RTM Yang Siarkan Bayangkan Untung Yang Masuk.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment