Anak Yang Dipulangkan Sebagai Mayat Bukan Salah PDRM Kata Doktor.
Baca : Hantar Anak Sihat Ke Pulapol, Dapat Balik Dalam Bentuk Mayat..
Oleh : Abdul Rahman Abdul Kadir.
ANAK DIPULANGKAN SEBAGAI MAYAT BUKAN SALAH PDRM
Terpanggil untuk menjawab.
Saya terpanggil untuk menjawab sebuah posting yang sedang viral di media sosial. Ia berkenaan rintihan seorang ibu yang kehilangan anaknya yang sedang menjalani latihan polis di PULAPOL Air Hitam.
Saya amat bersimpati atas kehilangan anak tersayang dan mengucapkan takziah kepada ibu tersebut dan keluarganya.
Lumrah itu si ibu merasa kejutan dengan kematian tiba-tiba dan menyalahkan pihak lain..
Adalah lumrah untuk seseorang yang sedang kemurungan (bereavement) untuk keliru, tidak dapat menerima hakikat dan berasa marah pada orang lain.
Ia memang sebahagian dari stages of bereavement bagi kebanyakan orang, apatah lagi dengan kematian mengejut seperti ini. Ibu ini berasa kecewa dan cuba untuk menyalahkan pihak PDRM dalam soal ini.
Telah dilakukan post-mortem.
Apatah lagi bagi ibu tersebut, anaknya seorang yang sado (spt dikatakan ibu itu sendiri), sihat walafiat dan sudah semestinya lulus ujian kesihatan sebelum diterima masuk untuk latihan polis. Mujurlah dalam kes ini, post mortem telah dilakukan bagi mengetahui sebab kematian tersebut.
Sebab kematian yang ditemui oleh doktor adalah Acute Pulmonary Oedema secondary to Acute Coronary Syndrome.
Mangsa mati angkara serangan jantung.
Dalam bahasa mudahnya, sebab kematian mangsa adalah serangan jantung yang menyebabkan kegagalan jantung. Sebab kematian ini ditemui sendiri oleh doktor yang membedah mayat dan perlu dibuktikan dengan melihat sumbatan pada saluran darah koronari dan kematian (infarction) otot jantung.
Ia adalah punca kematian mangsa yang sebenar-benarnya. Apabila berlaku sumbatan pada saluran darah jantung terutamanya pada left coronary artery, ia akan menyebabkan kegagalan jantung sebelah kiri mengepam darah. Seterusnya ini akan menyebabkan paru2 berair yang dikenali sebagai pulmonary edema.
Sebab kematian ini adalah sebab kematian akibat penyakit yang tulen dan tidak ada kaitan dengan latihan seni bela diri dan juga latihan pertempuran yang lain.
Inila masalahnya bila sakit jantung..
Si ibu agak terkilan kerana anaknya ada mengadu sakit dada sebelah kanan dan sudah 2 kali dirawat di klinik Jempol namun tidak dirujuk kepada pakar. Inilah masalahnya dengan penyakit jantung.
Walau pemeriksaan kesihatan adalah normal, pesakit aktif dan sado, bacaan ECG normal, ujian stress test normal, ia tetap tidak boleh menjamin bahawa pesakit tidak mempunyai serangan jantung.
Apatah lagi jika pesakit tersebut mengalami simptom2 atypical (luar biasa) yang tidak menjadi indikator bahawa mereka sedang mengalami serangan jantung.
Jika dapat dikesan dari awal..
Jika simptom atau gejala itu dapat dikenalpasti oleh doktor/ MA pada peringkat awal sudah pasti pesakit akan dirujuk kepada pakar dan tidak ada sebab pesakit gagal dirujuk.
Saya kira pesakit ini merupakan pesakit dalam kategori atypical ini memandangkan simptomnya adalah pada dada sebelah kanan dan tidak klasikal di sebelah kiri atau tengah dada.
Kematian merupakan satu tragedi..
Adalah merupakan satu tragedi bagi kita semua kerana kehilangan seorang warganegara muda yang jika panjang umurnya sudah pasti menjadi perwira yang akan berkhidmat demi negara.
Kehilangan nyawa pesakit terutamanya yang berusia muda memang amat menyedihkan saya setiap kali ia berlaku. Namun itulah penyakit jantung. Siapa berisiko mengalaminya tidak boleh diramal kerana ia tidak mengira usia, bangsa dan jantina.
Hatta seorang atlit sekalipun boleh meninggal dunia dek serangan jantung. Kebanyakannya kes2 tanpa risiko seperti ini adalah disebabkan masalah penyakit warisan genetik seperti familial hypercholestrolemia.
Semoganya rohnya dicucuri rahmat Ilahi..
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan memberikan kekuatan kepada ahli keluarganya mengharungi ujian besar ini dan diberikan ganjaran yang besar atas kesabaran mereka.
Note: Saya mengulas isu ini demi memperjelaskan keadaan supaya masyarakat faham dan tidak menyalahkan pihak2 yang terlibat.
---------------------------
Penulis cuba mendapatkan respon dari Che Suhaimah, ibu kepada mangsa namun penulis mendapati fb Che Suhaimah tidak lagi kelihatan di Facebook. Mungkin telah deactivatedkan account tersebut atas tujuan tertentu.

Ulang siar entri Anak Yang Dipulangkan Sebagai Mayat Bukan Salah PDRM Kata Doktor. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment