Firma China Kini Jadi Kontraktor Bina Rumah Mampu Milik Di Perak, Dilantik Oleh Kerajaan Negeri.

 On Thursday, January 19, 2017  

Firma China Kini Jadi Kontraktor Bina Rumah Mampu Milik Di Perak, Dilantik Oleh Kerajaan Negeri.

Firma China Kini Jadi Kontraktor Bina Rumah Mampu Milik Di Perak, Dilantik Oleh Kerajaan Negeri.

PERUMAHAN: KENAPA BERI KEPADA PEMAJU CHINA? 


1. Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak mempersoalkan tindakan Kerajaan Negeri Perak melantik syarikat pembinaan daripada negara China sebagai kontraktor perumahan di negeri itu.

Pada 16 Januari lalu, Kerajaan Negeri Perak telah menandatangani perjanjian dengan China Huashi Enterprises Company Limited dalam melaksanakan projek fasa kedua Rumah Mampu Milik D Aman Residensi di Meru Raya. 

2. Kami mempersoalkan apakah kewajaran Kerajaan Negeri memberikan projek tersebut kepada syarikat asing sedangkan masih banyak pemaju dan syarikat tempatan yang mampu melaksanakan projek tersebut. Sedangkan, pembinaan rumah mampu milik bukanlah satu projek yang memerlukan kepakaran tertentu yang memungkinkan untuk memilih syarikat asing sebagai pemaju. 

3. Projek-projek seperti ini sewajarnya ditawarkan kepada pemaju tempatan dan ia secara tidak langsung memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini seterusnya merancakkan lagi sektor pembangunan di negeri ini. Pemuda AMANAH Negeri Perak mahu pihak kerajaan memberi jaminan terhadap kualiti kerja dan peluang pekerjaan yang ditawarkan kepada rakyat di negeri ini. 

5. Adakah pemilihan kontraktor ini dipilih melalui tender atau pilihan secara mutlak oleh Kerajaan Negeri Perak? Adakah kontraktor daripada China ini menawarkan kos pembinaan yang jauh lebih rendah daripada syarikat-syarikat tempatan? 

6. Sekiranya kosnya jauh lebih rendah, kami berharap tawaran perumahan kepada rakyat diberikan dengan harga yang lebih rendah dan berpatutan berbanding harga ketika ini. 

Tawarkan rumah yang benar-benar mampu milik, bukan hanya mampu tengok! Membina Negara Berintegriti 

#PemudaBekerja 

HASNUL ZULKARNAIN 
Ketua Pemuda AMANAH Negeri Perak

Ulang siar entri Firma China Kini Jadi Kontraktor Bina Rumah Mampu Milik Di Perak, Dilantik Oleh Kerajaan Negeri. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Firma China Kini Jadi Kontraktor Bina Rumah Mampu Milik Di Perak, Dilantik Oleh Kerajaan Negeri. 4.5 5 Unknown Thursday, January 19, 2017 Firma China Kini Jadi Kontraktor Bina Rumah Mampu Milik Di Perak, Dilantik Oleh Kerajaan Negeri. PERUMAHAN: KENAPA BERI KEPADA PEMAJU C...


No comments:

Post a Comment