Hanya Kerana Menasihati Pengasas Dherbs Soal Aurat, Nik Abduh Dikutuk Oleh Netizens Kaw-Kaw.
Oleh Nik Abduh.
Salam buat semua. Hari ini saya melihat satu iklan di akhbar Sinar Harian oleh syarikat D'HERBS untuk salah satu produk kecantikannya.
Saya pernah bertemu pemiliknya yang hebat, Dato' Aliff Syukri beberapa tahun lepas di Tasik Kenyir semasa kami berkebetulan sama-sama bercuti di sana.
Beliau seorang yang memang terlajak baik dan terlajak mesra. Namun, atas tanggung jawab sebagai seorang muslim sesama saudara muslimnya, ingin saya menasihati dan menegur Dato' Aliff Syukri secara terbuka di sini agar menapis iklan-iklan oleh syarikat perniagaan beliau agar lebih mematuhi syariat agama.
Wanita adalah amanah Allah ke atas para lelaki sebagaimana pesan al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam. Kita semua sayugia menjaga mereka daripada segala kejahatan dunia dan akhirat.
Jangan biarkan mereka terlalai tanpa nasihat ugama apatah lagi secara sengaja mendorong atau merangsang mereka melakukan kesalahan ugama.
Kegalakan iklan mendedahkan aurat wanita adalah perilaku jahiliyah dan dilarang oleh ugama. Allah mengutuk sekeras-kerasnya mereka yang mempergunakan wanita secara salah untuk tujuan mencari rezeki.
Allah tidak akan memberkati rezeki itu bahkan mungkin saja melimpahkannya tetapi nantinya berhujung dan putus samada di dunia lagi atau di pintu kubur tanpa sambungan lagi di alam akhirat.
Maka nasihat saya untuk diri saya, Dato' Aliff, para peniaga dan pengiklan juga seluruh muslimin dan muslimat agar bertaqwa kepada Allah dan mentaati-NYA.
Taqwa adalah pintu kekayaan yang takkan kering dan putus. Semoga perniagaan Dato' Aliff Syukri terus berkembang maju dan diberkati Allah. اللهم إنا نسألك النعيم المقيم الذى لا يحول ولا يزول ونسألك النعيم يوم العيلة والأمن يوم الخوف. اللهم إني عائذ بك من شر ما أعطيتني ومن شر ما منعتني.
-----------------------------
Berikut di atas ialah merupakan penulisan oleh Nik Muhammad Abduh, Ahli Parlimen bagi kawasan Pasir Mas, Kelantan. Teguran terbuka itu ditujukan khusus buat pemilik dan pengasas jenama Dherbs.
Namun respon yang diterima oleh Nik Abduh tersangatlah luar biasa apabila teguran terbukanya itu menerima kecaman dan kritikan pula dari sebilangan netizens yang membaca teguran tersebut.
Berikut antara beberapa paparan yang sempat kami tangkaplayar di status tersebut.
Amboi marah betul sesetengah pengomen terhadap teguran terbuka MP PAS kepada Dato Aliff Syukri ya. Bagi penulis, teguran yang dilakukan oleh MP PAS itu sangat berhemah dan sopan maka yang ditegur pasti dapat menerima teguran tersebut dengan sepositif yang mungkin. - Sozcyili.

Ulang siar entri Hanya Kerana Menasihati Pengasas Dherbs Soal Aurat, Nik Abduh Dikutuk Oleh Netizens Kaw-Kaw. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment