Kenali Selva Kumar Subbiah : "Saya Bersedia Pulang Kata Selva" - Perogol Bersiri Malaysia Yang Telah Merogol Ratusan Wanita Kanada

 On Thursday, February 2, 2017  

Kenali Selva Kumar Subbiah :

Kenali Selva Kumar Subbiah : "Saya Bersedia Pulang Kata Selva" - Perogol Bersiri Malaysia Yang Telah Merogol Ratusan Wanita Kanada

Dia akan pulang ke Malaysia pada hujung minggu ini - ditemani 3 pengawal. Kata Selva dalam satu sesi pendengaran awam - SAYA SUDAH BERSEDIA PULANG KE MALAYSIA. Dan ya, rakyat Malaysia menjerit terutamanya wanita mengatakan Oh My God - satu bala bertambah lagi.

Selva Kumar Subbiah
Selva Kumar Subbiah - Wajah Terkini
Siapakah Selva Kumar Subbiah?

Seorang perogol bersiri kelahiran Malaysia. Ditahan ketika berusia 31 tahun. Dan dipenjarakan selama 24 tahun. Berusia 56 tahun ketika ini. Merupakan seorang penganut Yahudi (agama). 

Selva didakwa pada tahun 1992 bulan December atas kesalahan merogol antara 500 hingga ke 1,000 wanita di Kanada. Menurut maklumat, Selva Kumar tiba di Kanada pada 1980 tetapi tidak pernah mendapat taraf penduduk tetap. Dia diberikan visa pelajar dan pelawat, dan mendakwa menuntut di Universiti McMaster dan Universiti Ryerson dalam jurusan agama.

Siapakah mangsa Selva Kumar Subbiah?

Semuda usia 14 tahun pun ada. Dalam pendakwaan di Kanada, Selva dipenjarakan selepas didapati bersalah menyerang, merogol dan memeras ugut 30 mangsa dan 4 darinya ialah bawah umur. Selva didapati bersalah atas 75 jenis perlakuan jenayah di Kanada selepas kes dibicarakan di antara tahun 1992 hingga 1997.

Menurut maklumat, mangsa serangan seksual Selva mencecah hingga 1,000 wanita termasuk bawah umur namun yang tampil menjadi saksi ialah sebanyak 120. Mereka yang menjadi mangsa Selva tidak berani tampil dan berhadapan dengan perbicaraan disebabkan rasa malu, takut dan juga tekanan.

Kenapa Selva dianggap bahaya?


Kaedah yang digunakan oleh Selva ialah memperdayakan dan memanipulasikan pemikiran mangsa dengan memberi minuman yang dicampuri dengan "drug halcion" supaya pemangsa boleh mengawal mangsa seterusnya melakukan serangan seksual. Selva juga bertindak mengambil gambar bogel ketika mangsa tidak sedarkan diri - Jabatan Parol Kanada.

Selva ialah profilic psychopath = sakit jiwa sardastik, yakni tidak mengenal erti takut, serik mahupun menyesal.

Menurut laporan Jabatan Parol Kanada pada tahun 2014, Selva tidak menunjukkan tanda-tanda keinsafan atau penyesalan terhadap perlakuan jenayah terhadap mangsa-mangsanya dan ditakrifkan boleh/akan/merancang melakukan jenayah berulangan di masa akan datang - disebabkan itu dia tidak boleh dibebaskan (dengan parol) dan perlu berada di dalam penjara (sehingga hukuman selesai).

Selva gagal dalam perintah larangan bagi menghalang pihak media menyebarkan gambarnya.

Ya, Selva telah menuntut satu perintah larangan bagi menghalang mana-mana pihak media dari merakamkan wajah terkini dirinya namun perintah tersebut tidak diendahkan mahkamah. Menurut Selva dia bimbang berdepan dengan tindakan diskriminasi berikutan menganuti agama Yahudi namun masyarakat tidak membenci agama itu. Masyarakat hanya membenci perlakuan jenayahnya.

Menurut beberapa mangsa yang tidak dinamakan, yang masih berhubung dengan pegawai kes Selva, berharap Selva berada di dalam penjara selamanya dan berita Selva dibebaskan benar-benar membuatkan hidup mereka kembali trauma.

Selva Kumar Subbiah
Selva - Ketika Ditahan

Bagaimana Selva melakukan jenayahnya?

Selva akan menyamar sebagai wakil agensi model, pencinta haiwan eksotik atau lepak santai di kedai kopi bagi mendekati mangsa dan seterusnya mengumpan mereka dengan minuman yang dicampurkan dengan dadah jenis Halcion. 

Dalam bilik berkunci yang ditemukan penyiasat, di tempat tinggal Selva mendapati Selva melakukan beberapa perkara;

- buku yang 'rate' (beri markah) mangsa-mangsanya.
- ratusan gambar (tidak senonoh) dan jurnal yang membabitkan mangsa-mangsanya.
- sejumlah besar dadah jenis Halcion.

Apa kata Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Khalid Abu Bakar?

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Selva Kumar bebas seperti individu lain dan tidak ada undang-undang tempatan yang membolehkan pihak berkuasa memantau pergerakannya. 

“Tetapi apa pun, pihak polis ada cara memantau mereka yang terlibat dengan jenayah sedemikian,” katanya.

Tuntutan masyarakat, bagaimana pula?

Mereka mahu Selva menjalani perintah larangan. Tidak dibenarkan berada di kawasan tertentu dan tidak boleh keluar pada waktu tertentu. Perlu ada pasukan polis yang mengawalnya (memantau secara rahsia) secara bergilir sehingga Selva kembali ke 'kuburnya'. 

Lebih baik jika Selva tidak dibenarkan masuk ke Malaysia. Pun begitu, agensi Kanada melaporkan pihak berkuasa Malaysia telah meluluskan proses kemasukan (perpindahan) Selva dari Kanada ke Malaysia dan akan berlepas pada hujung minggu ini.

Masyarakat juga mahu Selva dikasi, dipakaikan rantai, gelang yang melapor pergerakannya juga disebarkan gambar Selva di kesemua tempat-tempat awam supaya masyarakat mengenali wajah lelaki bahaya itu.

Rujukan :  http://ift.tt/2kd0HIb

http://ift.tt/2kr7NsT

http://ift.tt/2jDoA7H

http://ift.tt/2jSXtZB

http://ift.tt/2jTZBjO

Ulang siar entri Kenali Selva Kumar Subbiah : "Saya Bersedia Pulang Kata Selva" - Perogol Bersiri Malaysia Yang Telah Merogol Ratusan Wanita Kanada bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Kenali Selva Kumar Subbiah : "Saya Bersedia Pulang Kata Selva" - Perogol Bersiri Malaysia Yang Telah Merogol Ratusan Wanita Kanada 4.5 5 Unknown Thursday, February 2, 2017 Kenali Selva Kumar Subbiah : "Saya Bersedia Pulang Kata Selva" - Perogol Bersiri Malaysia Yang Telah Merogol Ratusan Wanita Kan...


No comments:

Post a Comment