Kenapa Caj Rawatan Pergigian Patut Dinaikkan? Ini Penjelasan Dari Doktor Pro Najib.

 On Wednesday, February 1, 2017  

Kenapa Caj Rawatan Pergigian Patut Dinaikkan? Ini Penjelasan Dari Doktor Pro Najib.

Kenapa Caj Rawatan Pergigian Patut Dinaikkan? Ini Penjelasan Dari Doktor Pro Najib.

Ini adalah bahagian kedua. Untuk bahagian pertama klik disini.

Oleh : Aznil Hisham
 
Caj Pergigian Naik? 

1. Ini cerita lama yang berdarah kembali. Jika kalian masih ingat tentang viral kenaikkan caj RM 1 pada hujung tahun lepas, ianya menjadi kecoh seketika. Kemudian Kementerian Kesihatan memaklumkan tiada kenaikkan caj untuk kelas ke 3. Yang hanya terlibat adalah kelas 1 & 2. Ini pun melibatkan 1.6% rakyat Malaysia. 

Netizen berasa tenang caj RM 1 tidak dinaikkan. Namun mereka tidak perasan makluman tentang caj pergigian, fisiotherapi, radioterapi dan onkologi yang bakal berubah. 

2. Sebelum saya jelaskan lebih lanjut, suka saya nyatakan tentang sejarah Fi perubatan. Ianya pada mulanya diperkenalkan sebagai Akta Fee 1951. Segala caj perubatan diperkenalkan ketika itu. Kemudian akta ni diganti kepada Perintah Fi 1982. Caj yang dikenakan dikekalkan. Hanya berubah adalah nama. 

3. Kemudian terdapat beberapa pindaan Perintah Fi pada tahun 1994, 2003 & 2014. Kesemua pindaan ini hanya melibatkan caj wargaasing. Tidak melibatkan caj warganegara. 

4. Maknanya sejak merdeka lagi caj ini kekal hingga kini. 

5. Saya hadiri meeting kewangan pada tahun lepas. Walaupun peringkat hospital, namun saya faham status kos kesihatan secara keseluruhan. 

6. Untuk makluman, Jika anda merujuk penyata kewangan Kementerian Kesihatan Malaysia tahun 2015, hasil yg diperolehi oleh pihak kementerian hanyalah RM 560 juta. Sedikit peningkatan dari tahun sebelum nya iaitu sebanyak RM 120 juta (dari RM 440 juta). Majority kenaikan hasil ini adalah dari perkhidmatan dan bayaran perkhidmatan. 

7. Apa maknanya? Maknanya telah terdapat peningkatan secara significant dari segi perkhidmatan kesihatan kerajaan. 

8. Sekarang kita lihat kos kementerian Kesihatan perlu tanggung. Untuk perbelanjaan mengurus tahun 2015 sahaja RM 21.7 billion. Jika anda lihat tahun-tahun sebelum ini, peningkatan kos hampir RM 1 billion setiap tahun. 

9. Berbaloikah dengan kenaikkan hasil hanya RM 120 juta dengan kos rawatan meningkat sebanyak RM 1.1 billion setiap tahun? 

10. Itu baru perbelanjaan mengurus. Belum lagi perbelanjaan2 lain. Perbelanjaan Perkhidmatan dan bekalan untuk tahun 2015 misalnya, kos yang terlibat adalah RM 8.6 billion. 

11. Saya ada sertakan kutipan hasil negara tahun 2015 menurun dari 2014 walaupun pada ketika itu GST telah dilaksanakan. Semua tahu hasil negara rendah adalah ketidak tentuan ekonomi global - (Sumber : Jabatan Audit Negara) 

12. Saya percaya kutipan hasil negara juga mencabar untuk tahun-tahun berikutnya. 

13. Dengan kadar populasi rakyat yg makin meningkat - kos kesihatan rakyat juga meningkat tetapi hasil negara menjadi rendah. Bagaimana nak membantu rakyat? 

14. Hari ini diviralkan tentang caj pergigian. Untuk makluman semua, Pekeliling penangguhan itu betul. Namun caj yg dikatakan itu tidak ada kesahihannya. Saya sudah merujuk kepada bahagian hasil, namun belum memperolehi pekeliling terkini. 

15. Saya selaku berada dalam lapangan ini berasa keharusan Kementerian menaikkan caj rawatan berkenaan. Jika boleh caj RM 1 juga perlu dinaikkan. Adalah tidak masuk akal dgn caj RM 1, pesakit dapat pelbagai kemudahan subsidi kesihatan yg amat tinggi. 

16. Saya mengambil contoh, jabatan saya perlu membeli set nephrostomy dgn harga RM 500 setiap satu. Pesakit memerlukan 2 set. Pakai tak sampai 3 hari, dah tercabut. Dan kami pasang yg baru. Walaupun telah diterangkan tentang penjagaan, masih lagi tercabut. Dan kami pasang lagi. Berapa banyak kerugian yang kita tanggung hasil dari sikap tidak menghargai? 

17. Salah satu mendidik rakyat mengenakan caj pada kesihatan. Lakukan seperti negara luar. Baru masa itu rakyat tahu erti nikmat bersyukur. 

18. Saya pernah mengutarakan tentang kenaikkan caj ini sebagai satu kewajaran .. 


#Kesimpulan 

1. Caj perubatan untuk warganegara tidak pernah berubah sejak merdeka. 

2. Kutipan hasil Kementerian kesihatan hanya setengah billion. Namun kos lebih dari RM 20 billion. Dan kenaikkan kos tahunan adalah sebanyak RM 1 billion. Di samping kutipan hasil negara tidak menentu. 

3. Kerajaan adalah agensi yang menguruskan harta rakyat. Bukan agensi cari duit bagi subsidi pada rakyat. Kerajaan tidak berfungsi jika tidak mendapat sokongan rakyat terutama kewangan. Give and take. 

4. Kenaikkan caj perubatan adalah sgt di sokong. 

5. Ada pihak mewar-warkan yang negara mengalami kekangan kewangan. Mereka gembira sebab memperoleh milage politik yang sedikit. 

Tapi apabila sudah tahu masalah kekangan kewangan negara, mereka juga marah bila caj perubatan di naikkan. Wajarkah mereka ini dinobatkan sebagai manusia?

Ulang siar entri Kenapa Caj Rawatan Pergigian Patut Dinaikkan? Ini Penjelasan Dari Doktor Pro Najib. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Kenapa Caj Rawatan Pergigian Patut Dinaikkan? Ini Penjelasan Dari Doktor Pro Najib. 4.5 5 Unknown Wednesday, February 1, 2017 Kenapa Caj Rawatan Pergigian Patut Dinaikkan? Ini Penjelasan Dari Doktor Pro Najib. Ini adalah bahagian kedua. Untuk bahagian pertama k...


No comments:

Post a Comment