Ini Penjelasan Pemandu Pusingan U Di Lebuhraya PLUS.

 On Wednesday, March 15, 2017  

Ini Penjelasan Pemandu Pusingan U Di Lebuhraya PLUS.

Ini Penjelasan Pemandu Pusingan U Di Lebuhraya PLUS.

Pemandu remaja yang merempuh keretanya dengan beberapa kenderaan lain ketika meluru lawan arah trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan semalam berbuat demikian selepas dia terbayangkan sebuah lori, menurut polis Seberang Perai.
Wajah Pemandu Yang Buat Pusingan U
Ketua Polis Seberang Perai Tengah, Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid, berkata pemeriksaan kamera lebuh raya mendapati pemandu Proton Gen-2 berusia 19 tahun itu melakukan pusingan U di jalan sama sebelum memandu laju melawan arah trafik sejauh 5km.
Ia kemudian merempuh sebuah kereta Perodua Kelisa menyebabkan kematian Mohamad Fandi Rosli, 26.
Nik Ros berkata remaja tersebut tidak memasuki arah bersebelahan melalui sebuah bukaan untuk kenderaan kecemasan seperti dilapor sebelum ini.
Pagi tadi, Mahkamah Majistret membenarkan polis mereman remaja tersebut selama 4 hari. Dia dilihat dalam keadaan kaku ketika berjalan melepas sekumpulan wartawan.
Bayangan lori
Menurut Nik Ros, remaja itu dalam perjalanan pulang dari sebuah kelab di Bukit Mertajam menuju ke rumahnya di Butterworth.
Dia terlepas jalan ke Permatang Pauh dan terus menuju ke Plaza Tol Sungai Dua.
Di situ, dia melihat seakan-akan sebuah lori di tengah jalan dan dengan pantas melakukan pusingan U ke lorong paling kanan, meletakkan kereta itu di arah berlawanan di lorong paling kanan.
“Ketika melakukan pusingan secara tiba-tiba itu, dia menggeser 3 kenderaan lain sebelum memandu 5km dan merempuh sebuah Perodua Kelisa dan 5 lagi kenderaan.
“Pemeriksaan kamera lebuh raya mendapati tidak ada lori di tengah jalan seperti yang didakwanya,” Nik Ros memberitahu wartawan hari ini.
Dakwaan bunuh
Insiden semalam mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial, dengan gesaan supaya remaja itu didakwa atas tuduhan membunuh.
Bagaimanapun, Nik Ros berkata ia tidak boleh dilakukan kerana tindakan itu tidak berniat membunuh.
Menurutnya, Seksyen 44 Akta Jabatan Pengangkutan Jalan membawa hukuman 4-10 tahun, manakala bagi kesalahan bunuh tanpa sengaja di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan, ia hanya membawa hukuman maksima 2 tahun.
Nik Ros turut mengesahkan remaja tersebut dalam keadaan khayal kerana pengambilan dadah, tetapi polis masih menguji sampel darah untuk kandungan alkohol.
Menurutnya, remaja itu akan disiasat di bawah Seksyen 15 Akta Dadah Merbahaya 1952 kerana salah guna dadah.

Sumber : Free Malaysia Today

Ulang siar entri Ini Penjelasan Pemandu Pusingan U Di Lebuhraya PLUS. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Ini Penjelasan Pemandu Pusingan U Di Lebuhraya PLUS. 4.5 5 Unknown Wednesday, March 15, 2017 Ini Penjelasan Pemandu Pusingan U Di Lebuhraya PLUS. Pemandu remaja yang merempuh keretanya dengan beberapa kenderaan lain ketika melu...


No comments:

Post a Comment