Kami Buat 15 Ikthiar Ini Untuk Dapatkan Anak Pertama Selepas 8 Tahun Berkahwin.

 On Thursday, March 2, 2017  

Kami Buat 15 Ikthiar Ini Untuk Dapatkan Anak Pertama Selepas 8 Tahun Berkahwin.

Kami Buat 15 Ikthiar Ini Untuk Dapatkan Anak Pertama Selepas 8 Tahun Berkahwin.

Mana mana pasangan yang dah berkahwin tu opkos lah nak dapat anak kan! Kalau yang tak nak tu memang pelik, especially yang beragama islam.
Anak tu lah penyambung zuriat kita. Tapi, tak semua orang bernasib baik. Ada orang bunting pelamin terus… rezeki.. namanya. Aku? heheh.. 8 tahun baru dapat Iman rifqi ni.
Walaupun sebelum tu pernah mengandung luar rahim pada tahun ke 5. So entri aku ni.niat nak share pada sapa sapa yang masih berusaha nak dapatkan zuriat tu, ini lah antara ikhtiar dapatkan zuriat yang aku and husband lakukan sepanjang tahun 2002-2008.
15 ikhtiar dapatkan zuriat or mungkin lebih sebenarnya..
1. Jumpa pakar sakit puan
First and foremost, selepas 2 tahun dah kahwin tu. Korang jumpalah dengan Dr pakar sakit puan. Kadang Dr. ni pun akan cakap pada kita “masih awal lagi, jangan risau.” Tetapi kita cuma takut, kalau ada penyakit lain yang akan menghalang kita dapat zuriat.
So pls insist Dr buat check up sebelum kita tambah stress nak dapat anak. Penyakit orang perempuan ni pelik-pelik, ada yang cyst, fibroid, endomiosis, pcos and lain lain lagi lah. korang google tau.. panjang kalau nak cerita.
For my case, rupanya aku ada masalah endometriosis dan juga retroverted uterus. Penyakit endometriosis tu pulak dah membentuk spider web dan menyempitkan salur faloppian.
For record, 2 kali kena buat laporoscapy disebabkan serangan endometriosis. Aku jumpa 3 orang Dr. pakar sakit puan dari tahun 2002 -2008. Dr Idris dari hospital Pantai, Dr Hamid Arshad dan Dr Micheal Samy dari Gleaneagle.
Sometimes you need 2nd or 3rd opinion kan, tu yang jumpa banyak Dr. dan mencari Dr yang terbaik dah sesuai dengan kita. FUh… bab duit… hurmmmm… tak payah cerita lah.
Walaupun adik beradik aku cakap aku banyak duit sebab tak ada anak.. tapi derang tak nampak pula kos aku nak p berubat ni kan… huhuh
2. Berurut – 1, 2, 3 or maybe lebih
Selain usaha moden, kami juga pergi berurut. tapi asben and Wife yer.. bukan sorang sorang jer. So mana sahaja orang suggest p urut kami pergi kalau berkesempatan selagi tak bertentangan dengan agama kita.
Ada juga tempat yang berulang kali kami pergi. Tapi kalau tanya balik tempat tempat aku p urut tu hahah.. memang tak ingat dah weh… no semua dah hilang. Pointnya kalau rasa dapat info tempat orang boleh p urut.. p lah ikhtiarkan juga.
3. HSG
Perubatan moden pun aku tetap buat, HSG ni rasanya dekat 3 kali kut buat. Agak sakit tapi sikit jer…urmm.. ada jugak yang sakit senak ya amat, sebab banyak kali sangat buat sampai lupa..
tapi bergantung pada tahap sumbat orang kut hahaha… so since aku ni dah ada kes endometriosis yang menyebabkan spider web kat dalam tu, so fallopian pun mungkin menyempit.
Maka Dr pun suggest buat HSG ni sebelum buat IUI. Harapnya korang paham lah dalam bahasa Inggeris kat bawah nih. Takut salah translate medical term ni. But basically dye akan dimasukkan ke dalam rahim wanita sampalah ke fallopian tiub, untuk membuka ruang .
“The HSG test is a radiology procedure usually done in the radiology department of a hospital or outpatient radiology facility. Radiographic contrast (dye) is injected into the uterine cavity through the vagina and cervix.”

4. IUI
IUI ni pun rasanya lebih 4 kali kami buat. Sekali buat dekat RM800 kut. itu 10 tahun yang dulu. Sekarang tak pasti lah berapa yer. IUI ni dimana sperm laki di keluarkan dan dibersihkan, kemudian akan di injek kedalam rahim wanita dan sedekat mungkin dengan kawasan ovari yang mengeluarkan telur.
Sebelum buat treatment ni kita kena amik pil subur terlebih dahulu. Supaya dapat meransang pengeluaran telur. heheh mmg banyak yang keluar. Setengah orang dapat anak kembar tau.
Selepas buat treatment ni, rasanya kena baring untuk beberapa jam untuk elakkan sperm laki keluar dari rahim wanita. Owh sebelum buat treatment ni, kalau jumpa dengan Prof Hamid Arshad juga suruh suami ambil Vitamin E dan kalau tak silap speman juga.
Tahun 2005 yg aku concieve selepas balik mekah tu selepas buat IUI lah. Malangnya luar rahim huhuhu
5. Perubatan tradisional – makan telur kampung & air kunyit
Selain dari berurut. aduh… beberapa usaha kami lalui, termasuklah melalui pemakanan. Mak cik tersebut juga telah mengurut beberapa kali dan aku perlu minum air kunyit yang dia buat tu dengan memijak ibu jari yang sebelah. so kaki kanan pijak kaki kiri kut..
Asben pulak heheh kena makan telur ayam kampung mentah mentah … uwekkk… sib baik dia yang makan .. haha bukan aku.. confirm muntah ruah .
Paling tak tahan, we all masa tu travel ke bali, tapi kena lah bawak telur ayam kampung yang dah dibaca doa tu. Orang lain makan telur yang hotel bagi, kami siap bawak telur dalm tupperware .. mau tak pelik.
6. Perubatan tradisional – air nenas + gula batu
Yang ni pula, kami kena cari nenas .. tapi bukan sebarang nenas.. lupa dah.. nama nenas ni. dan juga bawa gula batu bersama. Pak cik tu baca doa dan dia juga campurkan kedua ramuan ni dan akhirnya di blend dan hasilnya dalam bentuk jus.
So sebaik aku minum jus ni. Sewaktu period, keluar ketul ketul darah yang banyak sangat. tak tahu mari mana hahaha…. wallhualam.
But positive side, mungkin di dalam rahim terdapat sisa sisa period yang tidak keluar habis. Seingat aku yang ini aku berubat di Manong Kuala kangsar
7. Pil buah mengkudu
Pil mengkudu agak terkenal pada masa ini. Rasanya tahun 2002. Aku ingat sebab masa tu tinggal di rumah lama di Keramat.
Bila amalkan pil mengkudu ni seingat aku sampai demam dan badan sampai bergetar. Seterusnya terus buang air besar sehingga keluar air kehitaman sahaja. Sori agak “gross” hahahha…
tapi bagi aku , ini juga salah satu cara pembuangan toksik kut. sebab aku ni tak jaga makan … kuat makan makanan yang acidic.
8. Buah zuriat
Haa.. yang ni memang cuba jugak. Seksa betul nak pecahkan buah ni… dan sampai sekarang tak pasti betul ke tak cara yang we all lakukan . Yang ni mungkin ramai yang tahu. Kalau pergi Mekah tu, tu korang pesan pesan lah orang beli kat sana.
9. Baca buku birth hypnoteraphy
Haa.. yang ni interesting. aku jumpa satu buku yang sangat menarik. Rasanya buku tu aku beli dari amazon.com. alahai.. sayang pulak mana aku letak buku ni. tapi intipati buku ni, menceritakan teknik hypnotheraphy untuk membayangkan kita juga melalui fasa dari sperm masuk ke dalam rahim, persenyawaan, implantation dan terbentuknya janin
Sehinggalah kita bayangkan kita bersalin dan menyusakan bayi tersebut. Bagi aku, ini macam psikologi orang bela anak angkat lah. hormon wanita ni haywire kadang kadang tu. So dia membentuk naluri keibuan dari dalam diri kita.
Kalau google korang cari lah keyword seperti “Hypnotherapy for Fertility atau Hypnotheraphy to concieve
10. Menjaga anak saudara beberapa hari
Kebetulan kakak aku baru melahirkan anak. Sama kes jugak lambat dapat anak, rasanya selepas 12 tahun kawin, barulah dia dapat si balkhis nih.
So aku siap amik cuti seminggu sebab nak jaga balkish ni, heheh to be frank memang aku gelabah memula tu.. siyes gelabah. maknya pergi kerja macam biasa so tinggalah aku ni jaga budak nih.
Kenapa buat macam ni? Sebab aku takut aku ni kurang naluri keibuan. Aku nak bayangkan aku juga punya anak nanti. Hehehhe ni rasanya lepas baca buku hypnotheraphy tu lah… tak cukup rasa visualisation sahaja.. nak real experience jugakkan.
Rasa lah camna dia lapar, dia nangis, dia berak. Rasanya masa tu balkis umur 6 bulan. kut… hurm dah besar dah dia sekarang. BFF iman lagi.
11. Darul syifa Bangi
Selain dari berjumpa dengan ustaz yang pelik-pelik (huuuhu..macam-macam claim hebat, terbanglah duit weh).. huhuuh… kami pergi juga berubat di darul syifa di bangi tu. hurmm.. camna nak mula yer?.
kemungkinan aku ni ada ganguan saka juga yang memang dia kat rahim tu… setiap kali berlaku persenyawaan, katanya benda tu akan makan. Masa muda muda dulu, hehhehe badan aku ni selalu macam ada gigitan atau lebam lebam…
So selain ambil air penawar, kami kena cari akar pokok kayu ara yang berjuntai tu. kemudian disimpulkan dan diletakkan di bawah katil. Itu semua ustaz kat darul syifa yang buat, sambil dia menyulam adalah bacaaan doa dia. Dan of course lah kami dibekalkan dengan doa doa syifa yang kena amalkan setiap kali lepas sembahyang.
12. Urut kaki – refleksologi
Setiap kali balik melaka, kami akan p urut satu tempat chinese ni. Nama dia Peter. Pertama kali aku buat, haaaa… balik rumah terus muntah putih. bila kita cakap kita tengah berusaha untuk dapatkan anak tudiaaa..dia memang tekan dekat area tumit kita yakni bahagian rahim or production wanita. Memang badan jadi sedap.
Korang p jelah mana mana tempat yang korang rasa selesa nak buat reflesologi ni. hehhe sampai sekarang aku still amalkan.
13. Accupunture
Haaa.. ini pun aku try tau. Aku pergi 2 tempat secara serius. 1 di kelana jaya. 1 lagi dengan master tole di area KL. Acupunture yang kami buat ni juga dengan mengalirkan tenaga elektrik yang rendah.
Harga .. heheh boleh tahan … tapi berbaloi… cubalah mana tahu serasi. Walaupun aku tak terus pregnant masa tu , tapi ilmu lain yang aku dapat. hurmm.. ramai budak autism yang buat treatment disitu dan kata nya kebanyakkan anak doktor. Kemungkinan terlebih folik asid. hehe bukan aku cakap.. dia yang cakap yer
14. Pergi Umrah
Tahun 2005, we all decide p Umrah… nak rasa dekat nak berdoa dengan yang SATU tu di bumi barakah. segala tempat yang orang kata doa makbul tu kami pergi.
Masa pergi umrah tu, sebenarnya aku belajar 1 benda yang paling penting. Hal dunia ni memang hilang masa tu. Hal opis lansung tak ingat.
So kat sana tu lah belajar stress free. Kalau tak asyik stress pikir kerja jer. Stress ni memang tak bagus korang. Badan akan jadi lemah, akan release kan radikal bebas. Betullah stress ni bawak penyakit.
Balik dari umrah aku mmg tak stress dah, pergi bulan 5 rasanya kalau tak silap dan bulan 9 pada tahun yang sama aku ngandung. tapi malangnya kandungan luar rahim .
So terpaksa lah buang janin tersebut huhuhu .. sedey ya amat.. but……. positive sign yang aku ni boleh concieve.
15. Tabib Cina Phang Oo lang
We all tahu pasal Phang oo lang ni, dari opismate sebenarnya. Wife dia yang kerja di sirim cakap, ada opismate dia dia sirim tu dah 10 tahun tak dapat anak, dan..
berjaya selepas ambil herbs dari Phang oo lang ni. So, kami terus pergi dan berjumpa dengan dia sendiri. Funny thing, dia adalah orang India sejati tapi bercakap chinese, dan bila cakap bahasa melayu pun seperti orang cina yang melayu. Phang OO lang ni di kepala batas pulau pinang.
Again…
husband and wife kenalah jumpa sama. So for my case, cyst lah puncanya dan banyak angin. Husband pulak disebakan selalu terkena migraine yang agak kuat menyebabkan badan selalu berangin dan agak acidic
Alhamdulillah tak sampai abis 1 botol pada 2 Jul 2008.. tarikh besday husband tu.. aku postive!
Nak dapat anak ni atau Ikhtiar dapatkan zuriat ni.. kena dua dua pihak sama sama berubat yer.. kalau ikut our experience memang lah ‘sakit’ dan ‘ sedih’ sangat waktu tu.
Rasa macam dipinggirkan, rasa tak normal… rasa kita ni ALLAH tak sayang… tapi bila dah lalui semua ni.. yakinlah ALLAH tu maha mengetahui yang lebih baik untuk kita kan. On top of semua ikhtiar ni memang kami tak putus doa. Syukur sangat dapat asben yang sangat sabar.
Lupa nak cakap, ada beberapa supplement yang kami ambik macam Biodex lah, flaxseed, milk thistle, EPO, Vitex, neem, madu tak sah habaq lah.. macam macam. korang google jer herbs for fertility dan boleh dapatkan di farmasi.
Bersyukur sangat dapat anak walaupun sorang, umor pun dah 43 rasa macam takder harapan nak dapat lagi hahaha..
Harapnya perkongsian ni dapat membantu kawan kawan yang senasib, Jangan Give up okay.
Dan teruskan berdoa!

Ulang siar entri Kami Buat 15 Ikthiar Ini Untuk Dapatkan Anak Pertama Selepas 8 Tahun Berkahwin. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Kami Buat 15 Ikthiar Ini Untuk Dapatkan Anak Pertama Selepas 8 Tahun Berkahwin. 4.5 5 Unknown Thursday, March 2, 2017 Kami Buat 15 Ikthiar Ini Untuk Dapatkan Anak Pertama Selepas 8 Tahun Berkahwin. Oleh : Eswati Azni Jaafar Mana mana pasangan yang dah...


No comments:

Post a Comment