Propaganda Unifi Yang Memperbodohkan Pelanggan Lama Yang Anda Mesti Tahu.

 On Wednesday, September 12, 2018  

Propaganda Unifi Yang Memperbodohkan Pelanggan Lama Yang Anda Mesti Tahu.

Propaganda Unifi Yang Memperbodohkan Pelanggan Lama Yang Anda Mesti Tahu.

Oleh : Muhammad Yusri Mohd Yosof
 

MOHON HADAM & AMBIL TINDAKAN JIKA MEMPUNYAI MASALAH UNIFI YANG SAMA MACAM SAYA

PAKEJ UNIFI HOME YANG MEMENINGKAN DARI SUDUT SPEED DAN HARGA

KISAHNYA 15/08/2018

1) 15/08/2018 Unifi lancar pakej terbaru (rujuk gambar 1) 30mbps pada pendaftar baru (new user) hanya perlu buat bayaran RM139/month - 30mbps kontrak 24 bulan

2) Pengguna lama yang telah langgan 30mbps, perlu membayar RM179 Harga lama. untuk dapatkan 30mbps pada harga RM139/month perlu daftar semula dan mula kontrak baru 24 bulan.

3) Saya pelik pada speed yang sama 30mbps tapi harga berbeza (dah macam Trivago). Apa susahnya UNIFI turunkan harga pada pengguna lama atau yang dah habis kontrak pada harga RM139.00/month dan tanpa kontrak. Kepada pengguna baru ikut harga RM139.00/month dengan kontrak 24 bulan yang baru. Setel masalah, tetapi pegawai support online Unifi cakap tak boleh. Keputusan report pada MCMC.

4) Laporan mengenai pakej unifi yang pelik ini saya lakukan pada MCMC, selepas 2 minggu STAFF UNIFI hubungi saya berkenaan laporan yang saya buat pada MCMC berkenaan speed yang sama tapi harga lebih mahal pada existing user. Staff unifi telah menawarkan saya, pakej unifi 30mbps dengan harga RM139.00/ month tanpa kontrak baru 24 bulan.

Persoalan disini

- Adakah selepas laporan dibuat pada MCMC berkenaan pakej yang tak adil baru pihak Unifi mengambil tindakan ?

- Adakah tawaran 30mbps dan pada harga RM139.00 hanya kepada mereka yang membuat laporan terus MCMC

- Bagaimana harga pakej Unifi Existing customer 30mbps yang sebelum ini. Adakah harga masih RM179 atau RM139.00?

KISAHNYA 12/09/2018

1) pakej unifi terbaru 100mbps adalah RM129.00/month dan kontrak 24 bulan.

- Apa jadi pada yang daftar 30mbps selepas 15/08/2018 dan perlu bayar RM139.00

-Apa jadi dengan pengguna lama yang 30mbps RM179.00/month

-Apa jadi pada pengguna lama 100mbps sebelum ini. Adakah perlu bayar pada harga lama.

Ketidak adilan wujud disini pada pengguna Unifi home 30mbps yang daftar selepas 15/8/2018 - 11/9/2018, pengguna unifi lama/dah habis kontrak, pengguna Unifi yang membuat laporan pada MCMC dan pengguna Unifi 100mbps .

Bagaimana UNIFI boleh katakan 100mbps most popular, padahal baru sahaja dilancarkan.

CADANGAN SAYA
 

1) SILA RUJUK DAN SAHKAN DENGAN UNIFI BERKENAAN PAKEJ ANDA, SPEED & JUMLAH BAYARAN YANG PERLU DIBAYAR TIAP TIAP BULAN ?

2) JIKA BAYAR LEBIH MAHAL DARI PAKEJ YANG SEDIA ADA DITAWARKAN. SILA HUBUNGI MCMC / SKMM di talian 1800 182 222 ATAU RUJUK SINI : https://aduan.skmm.gov.my/

: SKMM/MCMC AKAN TERIMA LAPORAN DAN TERUS SUBMIT PADA UNIFI (dalam masa 2 - 3 minggu UNIFI akan hubungi) laporan berkenaan akan di CC ke email serta akan dapat no report untuk rujukan akan datang.

kepada sahabat sahabat yang mempunyai maklumat, informasi atau maklumbalas sila komen dibawah.


Saya tak faham setuasi UNIFI dengan mengeluarkan pakej pakej ini.

RUJUKAN : https://unifi.com.my/personal/home/fibre-broadband

GAMBAR 1 : 30MBPS RM139.00 SELEPAS DILANCARKAN PADA 15/08/2018.




GAMBAR 2 : LAPORAN DIBUAT KEPADA MCMC.




GAMBAR 3 : STAFF UNIFI EMAIL TEAM SUDAH TURUNKAN HARGA 30MPBS DARI RM179 KE RM139. DALAM PERBUALAN TELEFON SAYA MINTA UNTUK TIADA KONTRAK TAPI DALAM EMAIL TIDAK TERTERA SAMADA ADA KONTRAK ATAU TAK. SAYA AKAN HUBUNGI SEMULA TAKUT NANTI NAK TUTUP STAFF UNIFI YAN TAK TAHU PASAL PERKARA INI MENGATAKAN SAYA MASIH ADA KONTRAK BELUM TAMAT AKAN DIKENAKAN PENALTI.



GAMBAR 4 : MCMC EMAIL DAN UNTUK MENUTUP KES BERKENAAN.




GAMBAR 5 : 12/09/2018 HARGA UNIFI 100MBPS LAGI MURAH IAITU RM129.00.


P/S : mungkin ini perkara kecil tak perlu kecoh kecoh. Terpulang kat masing masing.

Ulang siar entri Propaganda Unifi Yang Memperbodohkan Pelanggan Lama Yang Anda Mesti Tahu. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Propaganda Unifi Yang Memperbodohkan Pelanggan Lama Yang Anda Mesti Tahu. 4.5 5 Unknown Wednesday, September 12, 2018 Propaganda Unifi Yang Memperbodohkan Pelanggan Lama Yang Anda Mesti Tahu. Oleh : Muhammad Yusri Mohd Yosof   MOHON HADAM & AMBIL ...


No comments:

Post a Comment