Kisah Haruan Makan Anak - 5 Perkara Yang Perlu Dilakukan Bagi Melindungi Mangsa.

 On Friday, March 3, 2017  

Kisah Haruan Makan Anak - 5 Perkara Yang Perlu Dilakukan Bagi Melindungi Mangsa.

Kisah Haruan Makan Anak - 5 Perkara Yang Perlu Dilakukan Bagi Melindungi Mangsa.

Oleh : Sakinah Sulong

BAWAH UMUR
Inilah haruan makan anak,
Harapkan pegar, pegar makan padi..
Teringat pengalaman sendiri,
Dia nampak cantik bertudung litup.
Kecil molek susuk tubuhnya namun tampak perutnya sudah membesar. Usianya baru menginjak 15 tahun.
Sambil membelek kad merah (rekod antenatal), saya tanya nama dan latar belakangnya. 
 
Dalam hati, sedikit 'geram', dia single mum ke 5 yang saya jumpa hari tu. Tak habis-habis orang muda sekaanrg, hati saya menggerutu.
"Dik, mana bapa baby ni? Dia tahu tak u pregnant, dik?" Dia diam, kepalanya diangguk. 
 
"Ayah saya..." suaranya mati di situ.
Gambar Oleh Google
Hahhhhh..bagai gugur jantung saya. Rupa2nya dia jadi mangsa kerakusan ayah kandung sendiri. Merupakan anak tunggal yg baik selama ini, dia dipaksa tanpa rela. 

Saat ibu tiada di rumah kerana bekerja hingga lewat malam, dia jadi galang ganti. Dia diugut agar tidak membocorkan cerita.

Bila dia dah 'berisi', baru rahsia terbongkar. Ibunya mengamuk, laporan polis terus dibuat. Tapi si ayah pantas melarikan diri, dengar2 sudah ke negara jiran. 
Dia dan ibunya ditinggalkan.


Alhamdulillah ibunya masih percaya & support. Bayi yg bakal dilahirkan akan diserahkan pada ahli keluarga terdekat untuk dijaga.
Masyarakat kena sedar, 
 
80% kes rogol dilakukan oleh seseorang yang dikenali oleh si mangsa baik bapa, abang mahupun kawan
 

70% kes rogol berlaku di tempat yang dirasakan selamat seperti rumah sendiri.
Dan berdasarkan Akta Kanak2 2001, mana2 individu yg melakukan seks dengan individu (kanak2) bawah umur 16 tahun boleh didakwa sebagai merogol walaupun ia suka sama suka.
Pesan saya, please be alert and supportive. Sekiranya anak2/remaja muda mengadu atau menunjukkan perubahan tingkahlaku yang mendadak, buka mata dan telinga luas2 utk menyiasat.
Syaitan ada di mana2
Sejahat2 syaitan iblis menghasut kita,
Jahat lagi syaitan bertopengkan manusia.
---------------------
Oleh : Bel Nawhen

Susulan Haruan Makan Anak 2 

Bukan saya tidak pernah jumpa kes begini bilamana anak-anak menjadi mangsa kepada nafsu serakah ahli keluarga sendiri. Bukan sahaja menjadi hamba seks tetapi mangsa penderaan seksual. Antara pesanan saya pada ibu bapa diluar sana; 

1. Dengar aduan anak. Sekiranya aduan berkaitan si polan sentuh kemaluan atau si polan duduk atas anak. Sila siasat. Kanak-kanak selalunya tidak akan buat cerita berkaitan seks. Contohnya seorang kanak-kanak mengadu bapanya sering bermain-main dengan kemaluannya sebelum 'memasukkan' bebird. Rupanya anaknya menjadi lauk kepada si bapa. 

2. Ambil masa untuk periksa kemaluan anak tidak kisah depan atau belakang. Lazimnya kanak-kanak akan mengadu sakit di bahagian tersebut. Jika ada lebam dimana-mana atau titisan darah dipantiesnya. Sila alert. Kemungkinan anak anda telah didera secara seksual. Ada seorang kanak-kanak, sering mengadu sakit di kemaluan. Apabila pemeriksaan dilakukan rupanya kemaluannya kelihatan bengkak kerana dipukul oleh makciknya disana. 

3. Jadi pendengar yang baik kepada anak-anak. Jangan abaikan aduan anak-anak. Aduan berkaitan disentuh di bahagian sulit sepatutnya diambil berat. Dunia kanak-kanak penuh dengan imaginasi tetapi bukan imaginasi seks. 

4. Anak-anak harus diajar tentang jantina mereka. Beri pesanan kepada mereka tentang siapa yang boleh menyentuh dan mandikan mereka. Siapa yang tidak boleh sentuh kawasan sensitif mereka saja-saja sahaja termasuk si bapa. Ingatkan anak-anak untuk beritahu kita jika ada sesiapa terutama orang luar yang menyentuh peha, buah dada serta kemaluannya begitu sahaja. Pedofile ada dimana-mana. 

5. Seandainya anak samada lelaki atau perempuan menunjukkan perubahan tingkahlaku mendadak seperti tiba-tiba memberontak, tidak mahu ke taska/asrama/sekolah atau tidak mahu bersemuka (atau membenci) seseorang tanpa ada sebab wajar, ibu bapa perlu cuba slow talk dengan anak tersebut. Tagih kepercayaan anak-anak, lalu mereka akan menceritakan segala-galanya kepada kita. 

Jururawat dan doktor di hospital selalu memainkan peranan sebagai pendengar yang baik kepada anak-anak ini. Bermain dengan psikologi membuatkan mereka menceritakan segalanya kepada kami tanpa khuatir perkara itu tersebar kepada awam. 

Kerana privasi pesakit adalah keutamaan kami. ❗ Berhenti dari meletakkan salah kepada mereka. Mereka tidak pilih diperlakukan demikian. 

Penjenayah seksual sering membuatkan anda/anak percaya kepadanya sebelum melakukan perbuatan sumbang. Jika anak kita atau mana-mana kanak-kanak ada mengadu tentang perkara ini. Sebaiknya laporan dibuat. 

Untuk apa simpan manusia yang lebih binatang dari binatang itu? 

Notakaki ; Mangsa jenayah seksual boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira rupa. Pernah ada gadis oku dihamilkan oleh bapa tirinya.

Ulang siar entri Kisah Haruan Makan Anak - 5 Perkara Yang Perlu Dilakukan Bagi Melindungi Mangsa. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Kisah Haruan Makan Anak - 5 Perkara Yang Perlu Dilakukan Bagi Melindungi Mangsa. 4.5 5 Unknown Friday, March 3, 2017 Kisah Haruan Makan Anak - 5 Perkara Yang Perlu Dilakukan Bagi Melindungi Mangsa. Oleh : Sakinah Sulong BAWAH UMUR Inilah haruan mak...


No comments:

Post a Comment