Nak Travel Ke Korea Utara? Ketahui 14 Perkara Ini Dahulu.
Korea Utara atau nama rasminya Republik Rakyat Demokratik Korea merupakan sebuah negara yang agak misteri. Apakah yang ada disebalik tembok negara yang diperintah oleh Presiden Kim Jong-un ini?
Jika anda ingin mengembara ke Korea Utara, ini tips yang harus anda ikuti untuk selamat kembali ke Malaysia.
1) Tiada penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Korea Utara. Pilihan yang terbaik adalah anda terbang ke Beijing, China dan menaiki kapal terbang Air Koryo dari Beijing ke Korea Utara dan juga kereta api. Pilihan kedua, anda boleh terbang ke Moscow, Rusia terlebih dahulu dan pergi ke Korea Utara dengan kereta api. Jika anda menaiki kereta api dari China atau Rusia ke Korea Utara, anda perlu melepasi satu kawalan dan semakan sempadan yang amat tegas dan memakan masa hampir 2-3 jam. Rakyat Amerika Syarikat dan Israel tidak dibenarkan memasuki Korea Utara.
2) Menerusi Hubungan Malaysia–Korea Utara, Malaysia menjadi negara pertama dan satu-satunya negara yang boleh masuk ke Korea Utara tanpa visa pelancong. Malaysia mempunyai kedutaan di Korea Utara dan juga Korea Utara mempunyai pejabat kedutaannya di Malaysia. ** Bermula 4 Mac 2017, Korea Utara Dan Malaysia telah menutup kedutaan masing2 dan mengkaji semula hubungan diplomatik di antara kedua buah negara.
3) Anda tidak boleh melancong secara backpacking jika ingin ke Korea Utara. Anda haruslah menggunakan agensi pelancongan yang berdaftar dengan kerajaan dan perlu menandatangi perjanjian pelancongan Korea Utara terlebih dahulu. Harga bagi trip ke Korea Utara adalah dalam RM2700 bagi tiga hari (trip bajet)
4) Pelancong akan diberitahu untuk tidak mengambil sebarang gambar orang miskin, kerja-kerja pembinaan dan orang Korea Utara tanpa meminta izin. Jika ada yang ingin mengambil gambar patung gergasi Presiden Kim, haruslah mengambil gambar keseluruhan patung dan tidak dibenarkan mengambil gambar secara dekat terutamanya kepala. Kebiasaannya sebelum meninggalkan Korea Utara, ada petugas yang akan meminta kamera anda untuk menyemak gambar-gambar yang anda ambil. Jika ada gambar yang dilarang, kamera anda akan dirampas ataupun anda akan dipenjarakan.
5) Tiada rakyat Korea Utara yang dibenarkan akses kepada internet kecuali kakitangan kerajaan. Apatah lagi buat para pelancong, panggilan keluar dari Korea Utara boleh menelan harga sehingga RM31 selama seminit.
6) Pelancong hanya dibenarkan menggunakan matawang Euro, RMB China atau USD sahaja.
7) Anda tidak dibenarkan keluar daripada hotel tanpa pemandu pelancong. Semua pergerakan anda ke satu-satu tempat haruslah dengan pemandu pelancong yang disahkan oleh kerajaan.
8) Pelancong juga tidak dibenarkan membawa sebarang buku-buku keagamaan masuk ke dalam Korea Utara. Hukuman mati boleh dikenakan jika anda membawa buku keagamaan, menonton sebarang pornografi serta tonton bahan hiburan Korea Selatan.
9) Memakai denim adalah dilarang bagi pelancong. Ia hanya dibenarkan untuk rakyat tempatan sahaja.
10) Di Korea Utara, hanya tentera dan pegawai kerajaan dibenarkan memiliki kereta. Rakyat biasa hanya menggunakan perkhidmatan kereta api, teksi dan basikal.
11) Makanan halal amat sukar dicari di Korea Utara. Jika anda mengikuti tour pelancongan sekali pun, agak mustahil untuk anda menikmati makanan halal.
12) Anda boleh membeli poskad Korea Utara dan mengepos poskad tersebut pada teman-teman di serata dunia kecuali Korea Selatan.
14) Walaupun pelbagai media menggelarkan Korea Utara bukan negara untuk dikunjungi oleh pelancong, namun Korea Utara adalah selamat untuk dilawati, asalkan anda mengikuti semua peraturan yang diberikan.
Sumber : Kumar Sasi/Backpackers Buddies Malaysia & Rojakdaily
Sumber : Google |

Ulang siar entri Nak Travel Ke Korea Utara? Ketahui 14 Perkara Ini Dahulu. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment