Kenali Tan Sri Jason Goh Teck Chai, Individu Yang Cuba Rasuah Sultan Johor Sebanyak 2 Juta.
Tan Sri Jason Goh Teck Chai jadi perhatian apabila beliau didedahkan oleh media sebagai individu yang cuba merasuah DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim baru-baru ini.
Sultan Johor pada awalnya mendedahkan terdapat cubaan dari sesetengah pihak yang menawarkan sejumlah wang tertentu bagi tujuan membeli gelaran Tan Sri dengan cara mencadangkan nama kepada Ketua Setiausaha Negara.
Pendedahan yang dibuat oleh Sultan Johor itu dilaporkan oleh beberapa media utama dan SPRM seterusnya menasihati agar Sultan Johor menyerahkan bukti berkaitan kepada pihaknya bagi tujuan mengambil tindakan.
Kenali Tan Sri Jason Goh Teck Chai
Tan Sri yang berusia 54 tahun ini merupakan seorang ahli perniagaan, pengasas dan penasihat syarikat Tumpuan Megah Development Sdn Bhd.
Jangan tidak tahu, beliau juga merupakan bekas seorang Pesuruhjaya Sumpah.
Menurut laporan lama dari portal The Star, Tan Sri Jason juga merupakan seorang pengerusi eksekutif sebuah syarikat MLM yang bernama Asia Herbal Biotech (AHB Sdn Bhd).
Kaitan dengan keluarga diraja
Kononnya Tan Sri Jason Goh Teck Chai mempunyai hubungan erat dengan keluarga diraja. Ia disiarkan menerusi blog Kee Hua Chee.
Dalam laporan blog itu, satu sejarah telah tercipta apabila Tan Sri Goh menganjurkan sambutan Tahun Baru Cina secara besar-besaran (mewah) untuk golongan VVIP.
"Tidak pernah lagi sambutan Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh individu dihadiri oleh Agong dan bekas Agong", kata blogger itu.
Majlis itu dihadiri oleh ramai kerabat diraja dan VVIP antaranya, Tengku Panglima Diraja Selangor Tengku Sulaiman Shah Sultan Salahuddin Shah, HRH Raja Perempuan Perlis, HRH Raja Perlis, Sultanah Nur Zahirah, Raja Puan Muda Perak Raja Mahani Raja Shahar, Tengku Zatashah, Tengku Puteri Zahariah, Raja Zarina Raja Zainal, Tan Sri Azumi Mohammad, Puan Sri Putih, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.
Berikut gambar-gambar perkongsian dari blog tersebut.
Bagaimanapun blogger tersebut tidak berkongsikan gambar-gambar ketika bersantap kerana tidak dibenarkan untuk menangkap gambar ketika kerabat diraja dan VVIP sedang makan dalam majlis tersebut.
Nampak gaya tindakan Tan Sri Jason Goh benar-benar menjatuhkan reputasi dirinya sebagai taikun apabila cubaan untuk merasuah Sultan Johor gagal malahan ditempelak secara terbuka pula oleh Sultan tersebut. - Sozcyili.

Susulan itu, pada 25 Mac lalu menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook, baginda bertitah supaya SPRM mengadap baginda segera supaya perkara terbabit dapat disiasat.
Selepas SPRM mendapatkan laporan berkaitan, lelaki berbangsa Cina itu diminta menyerah diri atau bersedia untuk ditahan.Kenali Tan Sri Jason Goh Teck Chai
Tan Sri yang berusia 54 tahun ini merupakan seorang ahli perniagaan, pengasas dan penasihat syarikat Tumpuan Megah Development Sdn Bhd.
Jangan tidak tahu, beliau juga merupakan bekas seorang Pesuruhjaya Sumpah.
Menurut laporan lama dari portal The Star, Tan Sri Jason juga merupakan seorang pengerusi eksekutif sebuah syarikat MLM yang bernama Asia Herbal Biotech (AHB Sdn Bhd).
Kaitan dengan keluarga diraja
Kononnya Tan Sri Jason Goh Teck Chai mempunyai hubungan erat dengan keluarga diraja. Ia disiarkan menerusi blog Kee Hua Chee.
Dalam laporan blog itu, satu sejarah telah tercipta apabila Tan Sri Goh menganjurkan sambutan Tahun Baru Cina secara besar-besaran (mewah) untuk golongan VVIP.
"Tidak pernah lagi sambutan Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh individu dihadiri oleh Agong dan bekas Agong", kata blogger itu.
Majlis itu dihadiri oleh ramai kerabat diraja dan VVIP antaranya, Tengku Panglima Diraja Selangor Tengku Sulaiman Shah Sultan Salahuddin Shah, HRH Raja Perempuan Perlis, HRH Raja Perlis, Sultanah Nur Zahirah, Raja Puan Muda Perak Raja Mahani Raja Shahar, Tengku Zatashah, Tengku Puteri Zahariah, Raja Zarina Raja Zainal, Tan Sri Azumi Mohammad, Puan Sri Putih, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.
Berikut gambar-gambar perkongsian dari blog tersebut.
Bagaimanapun blogger tersebut tidak berkongsikan gambar-gambar ketika bersantap kerana tidak dibenarkan untuk menangkap gambar ketika kerabat diraja dan VVIP sedang makan dalam majlis tersebut.
Nampak gaya tindakan Tan Sri Jason Goh benar-benar menjatuhkan reputasi dirinya sebagai taikun apabila cubaan untuk merasuah Sultan Johor gagal malahan ditempelak secara terbuka pula oleh Sultan tersebut. - Sozcyili.
Ulang siar entri Kenali Tan Sri Jason Goh Teck Chai, Individu Yang Cuba Rasuah Sultan Johor Sebanyak 2 Juta. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment