Saya Boleh Saman Awak Sebab Marah Anak Saya Kata Ibu Ini Kepada Jururawat Yang Bertugas..
Selain dari profesion guru, kakitangan awam seperti jururawat dan pegawai polis juga sering menjadi subjek kecaman di laman sosial oleh orang awam. Kali ini kisah seorang ibu yang bengang anaknya dimarahi oleh staff nurse menjadi tumpuan di laman sosial.
Kisah yang dikongsikan oleh page kamijururawat itu bermula apabila seorang ibu yang dikenali dengan nama Azah Kamaruddin meluahkan ketidakpuasan hatinya kerana anaknya dimarahi oleh seorang jururawat.
Azah menulis di statusnya "Kau neh hari jumaat buat kerja tak ikhlas, biasalah budak-budak takut dengan orang, yang kau nak marah anak aku kenapa, bodoh punya misi, aku pula dapat dosa maki kau".
Azah turut berkongsikan gambar jururawat tersebut di laman sosial. Gambar yang dipercayai diambil secara curi itu kemudiannya menjadi polemik di media sosial.
Untuk rekod, ianya merupakan satu kesalahan untuk menangkap gambar secara curi di kawasan persekitaran hospital. Terdapat larangan yang jelas telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bahawanya orang awam tidak dibenarkan untuk menangkap apa-apa gambar apatah lagi menyebarkannya ia.
Larangan itu berpunca dari sikap sesetengah individu yang menyebarkan maklumat tidak tepat tentang sesuatu isu dan terdapat individu yang dengan sengaja menyebarkan fitnah bagi memalukan satu-satu kakitangan yang bekerja di hospital, klinik.
Ibu muda itu kemudiannya diserang di laman sosial berikutan tindakannya yang disifatkan sengaja memalukan staff nurse terbabit.
Menurut admin page kamijururawat, tidak salah untuk orang awam membuat aduan terhadap kakitangan hospital namun perlu menggunakan saluran rasmi. Bukannya dengan cara memalukan atau menghebahkannya di laman sosial.
Saya pun boleh saman
Azah, dalam responnya kepada kumpulan jururawat yang menyerangnya di laman sosial menulis bahawanya beliau juga boleh bertindak balas dengan menyaman jururawat yang dimaksudkan kerana memarahi anaknya.
Bagaimanapun kenyataan Azah itu hanyalah sia-sia kerana ianya menjadi bahan gelak tawa bagi kakitangan jururawat yang membaca ugutan ibu itu. - Sozcyili.

Ulang siar entri Saya Boleh Saman Awak Sebab Marah Anak Saya Kata Ibu Ini Kepada Jururawat Yang Bertugas.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment