7 Perkara Yang Ibu Bapa Tak Patut Buat Pada Pengasuh.
Oleh : Melati Rahim
Aku tak tau penerimaan semua pada pos aku kali ni. Tapi aku harap semua fikirkan lah ye.
Aku ni tidaklah lama sangat tukar kerja jadi pengasuh, tapi setidaknya aku dah bole faham masalah mak dan pengasuh.
1) JANGAN LAYAN PENGASUH MACAM ORANG GAJI, anak korang sekarang bukann lagi depan mata korang. Tolog jangan bagi arahan yang terlampau banyak. Contohnya:
"harini last jam berapa anak saya minum susu? Berapa oz? Berapa total susu yang dia minum?"
"Dia demam ni? Setengah jam sekali akak jerlum badan dia, jangan call saya ya sebab saya banyak kerja. Tapi saya akan pantau keadaan dia"
Setiap 20min hantar whatsapp " akak, saya nak gambar anak saya"
"Kenapa ada gegata kat dahi dia? Rumah akak berhabuk ke"
"Harini berapa banyak ya anak saya makan? Berapa kali sehari? Dan berapa kali akak mandikan dia harini?"
"Nanti potongkan kuku anak saya ya, dah panjang"
Memang kita sayang anak, tapi jangan la sampai buat macam pengasuh tu takda kerja lain nak dibuat. Awak bayar dia sehari rm 10++ ja pun . Jadi jangan la kerah tenaga dia macam tu. Ingat ye, awak nak cerewet sangat tu bagi tekanan kat pengasuh, ingat pengasuh tak rasa macam nak libas ke anak tu? Sakit hati ngan mak bapak anak di tangankan.
2) Rajinkan diri tukar pampers anak sebelum hantar ke rumah pengasuh. Benda ni ramai ibu ibu anggap remeh. Apa salahnya ambil masa 2 minit tiap pagi untuk check pampers anak, dan tukarkan. Ini kadang kadang pengasuh dapat baby taik dah kering kat punggung baby, ada pulak baru letak seminit dah najis tembus habis carpet pengasuh, habis tilam pengasuh. Bertimbang rasa la ye sebab mungkin korang malas, tapi kena ingat ntah pengasuh angin dengan korang. Dia bantai anak korang. Korang bukan tau pun.
Macam cara aku senang je, kalau anak tembus aku minta mak bapak dia basuh, jadi tak rasa sakit hati pun. Happy lagi adelah. Hik hik.
3) Jaga hubungan , ringankan diri untuk beri senyuman dan tanya khabar. Paksa diri untuk jadi ramah. Anggaplah pengasuh tu seorang ibu sementara yang akan jaga anak korang. komunikasi bukan hanya arahan. Ingat tau, pengasuh bukan orang gaji.
Hubungan dengan mak bapak baik, senang hati pengasuh nak sayang anak korang.
4) jangan terlalu cerewet, semua benda anak tak boleh buat. Semua benda anak tak boleh makan tapi taknak sediakan makanan untuk anak. Memerintah pengasuh sediakan itu ini untuk anak sendiri. Tapi duit taknak kasi lebih.Benda ni selalu tanpa sedar terjadi. Kalau anak korang jenis comel comel, bole la kot pengasuh bertabah.
Tapi kalau korang jenis suka bagi arahan, anak jenis kuat melalak. Melalak pulak menjerit dah macam kena libas dengan cemati. Sampai jiran jiran ingat pengasuh tu kaki dera. Mungkin korang boleh ambil langkah letak jawatan dan jaga anak sendiri. Hikhik.
5) Jangan suka masuk campur hal pengasuh.
Ini pun benda tanpa sedar. masa hantar anak dan ambil anak, secara paksa minta pengasuh bukak pintu rumah sebab korang nak spotcheck rumah dia sebelum tinggalkan anak. Tolong ye, pengasuh memerlukan privacy. Jangan kecilkan hati mereka. Sebab mereka yang menjaga anak awak awak.
Ini pun benda tanpa sedar. masa hantar anak dan ambil anak, secara paksa minta pengasuh bukak pintu rumah sebab korang nak spotcheck rumah dia sebelum tinggalkan anak. Tolong ye, pengasuh memerlukan privacy. Jangan kecilkan hati mereka. Sebab mereka yang menjaga anak awak awak.
6) Bila kali pertama hantar dekat pengasuh, request untuk duduk dirumah pengasuh sebab nak tengok cara pengasuh jaga anak kita. Ada pengasuh mungkin tiada masalah nak bawak korang tengok. Tapi jangan la jadi jahat dan kejam. Bawak satu keluarga untuk perhati pengasuh selama 12 jam. Sambil bagi arahan.
7) Ambil anak terlalu lewat. Waktu jaga 7.30pg-sampai 7 malam. Awak hantar anak 6.30pagi. Ambil anak 9.30 malam. Lepastu bila pengasuh minta upah lebih dipertikai dan taknak beri. Pengasuh awak bukan robot tau . Dia jugak perlukan rehat. Awak kerja lebih masa pun minta duit OT.
Benda ni tidak berlaku pada aku, tapi ini pengalaman pengasuh sekeliling aku. Aku suka jaga baby dan budak budak. Sebab ini salah satu cara untuk aku dapat kawan baru dan cahaya ada social skill tanpa perlu pergi kelas.
Kepada ibu bapa, tolong ye. Muhasabah diri. Jangan berat mulut ucapkan terima kasih pada pengasuh. Baik korang pada pengasuh, baikla layanan pengasuh pada anak korang 😊
Ulang siar entri 7 Perkara Yang Ibu Bapa Tak Patut Buat Pada Pengasuh. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment