Ada Virus Corona Dalam Kurma Mengandungi Anak Lipas?

 On Thursday, May 25, 2017  

Ada Virus Corona Dalam Kurma Mengandungi Anak Lipas?

Ada Virus Corona Dalam Kurma Mengandungi Anak Lipas?

Oleh : Suhazeli


#Virus_Corona_dalam_Tamar

Sekurang-kurangnya dua mesej di alam maya berkait dengan pencemaran buah tamar/kurma. Antaranya mesej amaran dari doktor Arab supaya tidak memakan buat tamar kerana tahi kelawar punca berlakunya jangkitan virus Corona. Satu lagi, disebarkan video buah tamar yang mengandungi anak lipas. Isu ni agak sensitif di saat umat Islam menyambut Ramadhan.

Sikap berhati-hati dalam memakan sesuatu makanan termasuk buah tamar ini amat bagus. Saya tidak nafikan kemungkinan buah tamar kotor dengan pelbagai jenis kotoran termasuk najis kelawar, lipas atau seumpamanya. Ianya bergantung kepada kaedah penyediaan, pembungkusan dan penyimpanan buah tamar itu sendiri. Terdapat pekebun tamar yang memproses tamar mereka secara terus dari ladang tanpa pembersihan, pengredan dan lain-lain kawalan kualiti. Sudah tentu kaedah ini mengundang pencemaran yang tidak diingini. Lipas akan masuk jika buah tamar di simpan ditempat terbuka dalam sela waktu yang agak lama. Sama konsep juga dengan padi di negara kita. Jika lama disimpan tempat terbuka, ia terdedah dengan tikus, najisnya dan serangga kecil bernama bubuk. Sebelum dimasak kita wajib membersihkan sebaik mungkin.

Bagaimana pula dengan virus Corona yang terdapat dalam najis kelawar?

Mari kita belajar serba sedikit berkaitan dengan virus Corona ini.

Kelawar sememangnya perumah utama virus Corona. Mungkin pernah anda dengar berita mengenai penyakit SARS tahun 2002 dan penyakit MERS-COV tahun 2015 yang lalu. Kelawar sendiri tidak mati dijangkiti virus Corona. Tetapi perumah kedua terutama manusia apabila dijangkiti, boleh mendatangkan bahaya. Serangan penyakit SARS 2002-2003 yang bermula dari Guandong China telah meragut seramai 774 (9.6%) orang dari 8098 kes positif seluruh dunia. Manakala serangan MERS-COV pada tahun 2015 yang punca perebakannya dari Arab Saudi telah mencatat kematian seramai 502 (35%) orang dari 1413 kes positif. Kedua-dua penyakit ini menakutkan seluruh dunia pada ketika itu.[1] Sekarang ini pun Pertubuhan Kesihatan Sedunia masih mengeluarkan amaran kemungkinan jangkitan terus berlaku. Ianya begitu senang merebak kerana pergerakan manusia terlalu pantas.

Perumah kedua Virus Corona ini adalah binatang seperti unta, musang, babi, dan kucing. Kaedah transmisi virus ini ke perumah kedua tidak diketahui secara jelas. Tetapi dipercayai Virus Corona menghinggapi perumah kedua melalui hubungan langsung kelawar dengan binatang-binatang tersebut atau manusia itu sendiri. Manusia juga mudah dijangkiti dengan memakan daging, meminun susu, berpeluk cium atau terkena najis binatang-binatang berkenaan.[2] Biasanya para jemaah haji umrah akan menunggang unta diladang unta yang mereka lawati. Berpeluk serta meminun susu unta mentah sudah menjadi perkara lumrah. Bangga pulak berselfie. Risiko tinggi dijangkiti jika unta-unta berkenaan positif virus Corona.

Adakah manusia boleh dijangkiti dengan memakan buah tamar yang mengandungi najis kelawar? Kemungkinan tetap ada jika najis yang tercemar (dibuah tamar) dengan virus Corona tersebut masih segar dipetik dari ladang. Ini kerana virus corona hanya dapat hidup ditempat terbuka maksima selama 91.29 jam (hampir 4 hari).[3] Lebih dari tempoh itu, virus Corona tidak dapat hidup ditempat terbuka.

Justeru, buah tamar yang sudah di eksport ke negara kita, saya yakin sudah mati kerana proses penghantaran mengambil masa berminggu-minggu. Cuma kekotoran najis tetap perlu dibasuh sebelum memakan buah tamar. Risiko jangkitan virus Corona sudah tiada.

Sekian maklumat yang boleh saya kongsikan. Jika ada salah silap tolong beritahu ye.

Pautan:
[1] Kelawar punca virus Corona. http://ift.tt/2qZ8rim
[2] Transmisi Virus Corona.  http://ift.tt/1ADOcJs
[3] Jangkahayat Virus Corona.  http://ift.tt/2qYRnbZ

Ulang siar entri Ada Virus Corona Dalam Kurma Mengandungi Anak Lipas? bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Ada Virus Corona Dalam Kurma Mengandungi Anak Lipas? 4.5 5 Unknown Thursday, May 25, 2017 Ada Virus Corona Dalam Kurma Mengandungi Anak Lipas? Oleh : Suhazeli #Virus_Corona_dalam_Tamar Sekurang-kurangnya dua mesej di al...


No comments:

Post a Comment