Wanita Dikecam Netizens Kerana Pertikaikan Tindakan Mia Sara Menutup Aurat.
Jika dahulunya beliau pernah dikecam kerana mahu pihak masjid meminta izin penduduk yang tinggal berdekatan masjid andai melaungkan azan menggunakan pembesar suara, kali ini wanita yang sama sekali lagi menjadi tumpuan netizens di laman sosial.
Ini gara-gara satu tweet beliau yang tular, kononnya beliau mendakwa anak kecil tidak patut berfikir tentang aurat, tambahan pula kanak-kanak kecil bukannya objek seks juga.
"Budak 11 tahun masih main anak patung, masak-masak, kejar-kejar, budak 11 tahun tidak patut berfikir pasal aurat. Bukan objek seksual kamu, " katanya di tweet berkenaan.
Tweet itu kemudiannya diulangsebar berkali-kali oleh netizens bagi mengecam komen wanita itu.
Wanita itu memberikan respon tersebut susulan dari kenyataan Mia Sara, pelakon kanak-kanak yang menyuarakan keinginan untuk bertudung. Pelakon cilik itu mula bertudung selepas pulang dari mengerjakan umrah pada akhir tahun lepas. Beliau juga merancang untuk melakukan perniagaan menjual tudung secara online.
Netizens yang membaca komen Azira bagaimanapun tampil dengan pelbagai reaksi.
Ada yang beranggapan Azira tidak matang. Mia walaupun masih kanak-kanak tetapi telah bekerja sejak kecil mencari nafkah. Bolehkah disamakan kesemua kanak-kanak 11 tahun kata netizens.
Ada yang menyambut baik hasrat Mia bertudung walaupun masih kecil dan memerli Azira yang tidak bertudung walaupun telah dewasa.
Ada juga yang meminta Azira meraikan kebebasan Mia untuk menutup auratnya.
Antara yang mempersoalkan kenyataan Azira itu ialah Prof Madya Dr. Rafidah.
Saya baca seolah tidak percaya. Siapa lebih matang? Walaupun Mia, yang berumur 11 tahun itu bercakap tentang apa yang dia faham hijab sebagai keperluan Islam, dan bagaimana dia kaitkan dengan rezeki, ingat dan renungkan untuk kita semua sekarang bahawa Ramadhan akan datang.
Yang dewasa atau lebih tua yang sepatutnya menjadi pelindung, dan sepatutnya beringat dalam berkata..boleh menidakkan semua ini hanya kerana konsep ‘objek seksual’.
Saya berharap ini akan menjadi yang pertama dan kali terakhir, bahawa Cik *** menggunakan kanak-kanak dalam menyebarkan apa sahaja nilai dia percaya, dalam apa-apa cara yang tak beriman.
Ia adalah pilihan Mia. Saya hormat kepada kedua ibu bapa Mia yang memberi memberi nilai yang baik buat diri Mia.
Katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya. - Sozcyili.
Ulang siar entri Wanita Dikecam Netizens Kerana Pertikaikan Tindakan Mia Sara Menutup Aurat. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment