"Datang Nak Berbuka Je, Bukan Nak Bersolat, Ambil Udang Tu Satu Jer Dah.."

 On Wednesday, June 14, 2017  


"Datang Nak Berbuka Je, Bukan Nak Bersolat, Ambil Udang Tu Satu Jer Dah.."

Oleh : Penang Kini

Admin, ada seorang orang tua ini, begini ceritanya. Ada seorang perempuan ni nak berbuka, makanan nak berbuka untuk jemaah-jemaah nak berbuka dah dihidangkan oleh orang surau (lokasi surau di Bayan Baru). 

Gara-gara nak tambah lauk..

Tetapi ada kakak seorang ni dia tambah lauk udang lagi dua ekor. Dia ambil daripada periuk sebab dia tengok udang pun banyak lagi. 

Ada seorang Pakcik ini (dipercayai ahli ajk surau tersebut) pun tiba-tiba cakap mana boleh ambil banyak, datang sini nak berbuka saja, bukan nak sembahyang pun, ambil satu saja sudah

Malunya diaibkan..

Gambar - Penang Kini
Perasaan malu pada muka kakak tu saya tak boleh nak bayang, betapa malunya apabila diperkatakan macam itu lebih-lebih di hadapan orang ramai pada ketika itu. 

Kita sebagai seorang manusia yang lemah dan sentiasa melakukan kesilapan, dan apabila kita telah diberi tanggungjawab dan kepercayaan untuk memegang jawatan atau mendapat pangkat sebagai ahli jawatankuasa surau atau masjid sepatutnya kita lebih prihatin dan juga menunjukkan contoh yang baik kepada orang lain. 

Mungkin ada cara yang lebih berhemah boleh dilakukan oleh Pakcik itu pada ketika itu.

Ulang siar entri "Datang Nak Berbuka Je, Bukan Nak Bersolat, Ambil Udang Tu Satu Jer Dah.." bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
"Datang Nak Berbuka Je, Bukan Nak Bersolat, Ambil Udang Tu Satu Jer Dah.." 4.5 5 Unknown Wednesday, June 14, 2017 "Datang Nak Berbuka Je, Bukan Nak Bersolat, Ambil Udang Tu Satu Jer Dah.." Oleh : Penang Kini Admin, ada seorang orang tua ...


Related Post:

  • Jangan Ambil Mudah Dengan Demam Campak. Jangan Ambil Mudah Dengan Demam Campak. Oleh : Dr Rushdan Noor (Medical Mythbusters Malaysia) JANGAN AMBIL MUDAH DENGAN DEMAM CAMPAK Bila sebut demam campak, ramai akan mendakwa pernah mengalaminya dan pada pandangan umum ianya satu jangkitan v… Read More
  • Betul Ke Boleh Rawat Stroke Dengan Terapi Lampu Lip Lap? Betul Ke Boleh Rawat Stroke Dengan Terapi Lampu Lip Lap? Oleh : Dr. Suhazeli Abdullah TERAPI LAMPU LIPLAP Saje nak tegur satu video seseorang yang promosi rawat stroke dengan lampu liplap. Untuk makluman, Stroke ini jika buat physio akan puli… Read More
  • Bolehkah Penyakit Kencing Manis Disembuhkan? Bolehkah Penyakit Kencing Manis Disembuhkan? Oleh : Dr. Suhazeli Abdullah BOLEHKAH KENCING MANIS SEMBUH? Sudah banyak kali para pakar menegaskan bahawa setakat ini dan sehingga kini penyakit kencing manis belum dapat disembuhkan. Ubatan dan gay… Read More
  • Jangan Main-Main Dengan Minyak Angin.. Jangan Main-Main Dengan Minyak Angin.. Oleh : Dr Rushdan Noor  JANGAN MAIN-MAIN DENGAN MINYAK ANGIN Minyak angin adalah sejenis minyak sapuan ataupun topikal yang selalu digunakan oleh masyarakat kita. Terdapat terlalu banyak jenama minyak… Read More
  • Kanak-Kanak Tidak Memerlukan Suplemen Minda. Kanak-Kanak Tidak Memerlukan Suplemen Minda. Oleh : Dr. Rushdan Noor (Medical  Mythbusters Malaysia)  ANAK-ANAK TIDAK MEMERLUKAN SUPLEMEN MINDA Kaedah terbaik untuk memastikan badan dan otak anak-anak anda berkembang dengan baik adala… Read More

No comments:

Post a Comment