Event 'Shalom Jerusalem' Di Melaka - Ini Apa Yang Anda Patut Tahu.

 On Monday, June 5, 2017  

Event 'Shalom Jerusalem' Di Melaka - Ini Apa Yang Anda Patut Tahu.

Event 'Shalom Jerusalem' Di Melaka - Ini Apa Yang Anda Patut Tahu.

Beberapa hari lepas tular di media sosial tentang penganjuran event 'Shalom Jerusalem' yang akan dianjurkan di dalam salah sebuah gereja yang terletak di Melaka. 



Ia dijadualkan berlangsung selama 3 hari bermula 15 Jun 2017 hingga 18 Jun 2017.

Majlis itu akan diadakan di Calvary Life Assembly Chinese (CLAC) dengan mendapat kerjasama Jerusalem House Of Prayer For All Nations (JHOPFAN).

JHOPFAN adalah organisasi yang menyokong usaha Yahudi untuk menggali kawasan di bawah Masjidil Aqsa bagi membina kuil ke tiga Yahudi.


Sambutan di Melaka itu adalah anjuran bersama All Malaysian-Golden Gate Revival Convocation (AMGGRC) yang dilantik oleh Golden Gate Nations; Elim Freedom; Melaka Pastors’ Fellowship; Calvary Life Assembly Chinese; AMGGRC Facilitator Council; dan YHWH’s Asia House Of Prayer For All Nations (YAHOPFAN.

Laman web AMGGRC mengatakan Malaysia adalah negara yang termasuk di dalam wilayah pintu gerbang timur di Baitulmaqdis.


Menurut AMGGRC, 2017 adalah tahun yang bersamaan dengan tahun 5777 dalam kalendar Yahudi, adalah masa yang sangat penting, kerana ia adalah tahun jubli emas (50 tahun) pembentukan ASEAN dan penyatuan semula Jerusalem (Baitulmaqdis).

Kenyataan AMGGRC itu bertepatan dengan maklumat dalam The Golden Report, bahawa 2017 adalah tahun jubli emas buat Israel yang meraikan kemenangan perang enam hari yang berlaku pada 5 Jun hingga 10 Jun 1967, ke atas Mesir, Jordan dan Syria.


Event Shalom Jerusalem

1. Shalom ataupun dalam bahasa melayunya;

Shalom (berdasarkan penggunaan) = Sejahtera, Hi, Salam, Kesihatan (pada kamu) , Tiada perpecahan (pada kamu), Selamat Tinggal (semasa berpisah).

Makna sebenar Shalom (literal)  = Damai sejahtera ke atas kamu. 

Sejak beberapa dekad Kebelakangan ini Yahudi dan penganut Kristian telah menvariasikan penggunaan Shalom dengan cara ketika bertemu dan berpisah, ketika membuat dan menjawab panggilan sebab tu berdasarkan penggunaan ianya mempunyai pelbagai definisi.

2. Jerusalem adalah nama kota bagi bahasa Ibrani; manakala Baitulmaqdis adalah nama kota bagi bahasa arab. Kini ia berpecah kepada dua, sebahagian di tangan Israel dan sebahagian yang lain pula di tangan Palestine dan masing-masing mendakwa ia adalah tanah suci yang wajib dipertahankan.

Israel menguasai kawasan barat dan Palestine menguasai kawasan Timur (Aqsa).

Bagi Yahudi dan Kristian; 

Jerusalem ialah tanah suci yang merujuk kepada agama mereka dan wajib berada di dalam jajahan mereka semula atas nama agama. 

Terdapat kuil bersejarah atas tanah Jerusalem sebelum dimusnahkan oleh empayar Babylon dan Rom. Malahan kaum Yahudi dihalau keluar dari penempatan asal mereka selama beratus tahun. 

Kuil pertama didakwa dibina oleh Raja Sulaiman (Nabi Sulaiman). Ia kemudiannya dimusnahkan dalam peperangan dan penaklukan Babylon ke atas Jerusalem. Kuil kedua dibina semula oleh Herodus (Raja Parsi) selepas dimusnahkan dalam peperangan akibat pemberontakan Yahudi terhadap empayar Rom. 

Kesan dari pemberontakan inilah kaum Yahudi diusir keluar beramai-ramai dari Jerusalem. Empayar Babylon, Rom dan Byzantine melarang kaum Yahudi kembali ke Jerusalem.

Kini mereka dalam proses mendirikan kuil kali ketiga di tempat yang sama kerana mendakwa tanah itu adalah tanah suci (tapak kuil pertama yang didirikan Nabi Sulaiman a.s) yang diberi Nabi.

Kristian turut mengaitkan peristiwa Isa disalib berlaku di kota Jerusalem.

Bagi Yahudi dan Kristian, Jerusalem (BaitulMaqdis) ialah tempat paling suci dalam kepercayaan mereka. Bagi penganut Islam, BaitulMaqdis ada nilai dari sudut sejarah dan agama kerana sebagai kiblat pertama orang Islam dan dikaitkan dalam peristiwa Israj dan Mikraj menurut Hadith Sahih.

3. Terdapat percubaan segilintir penganut Kristian di Malaysia yang mahu meraikan peristiwa kemenangan Yahudi mendapatkan semula tanah suci yang hilang akibat peperangan dan penjajahan beratus tahun. Ia adalah berdasarkan sentimen keagamaan.

4. Majlis tersebut dianjurkan kali pertama di Malaysia.

5. Ramai penganut muslim menentang penganjuran majlis tersebut dan mendakwa penganjurannya telah mencabar sensitiviti umat Islam kerana tidak peka terhadap apa yang dihadapi oleh rakyat Palestine. 

6. Setakat ini tiada sebarang respon dari pihak yang sedang dibantah atau adakah event berkenaan akan dibatalkan ataupun diteruskan. Pihak yang menganjurkan berdiam diri dan mengelak dari pihak media. 

Ulang siar entri Event 'Shalom Jerusalem' Di Melaka - Ini Apa Yang Anda Patut Tahu. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Event 'Shalom Jerusalem' Di Melaka - Ini Apa Yang Anda Patut Tahu. 4.5 5 Unknown Monday, June 5, 2017 Event 'Shalom Jerusalem' Di Melaka - Ini Apa Yang Anda Patut Tahu. Beberapa hari lepas tular di media sosial tentang penganjura...


No comments:

Post a Comment