Ini Luahan Bekas Penjual Dan Pengedar Supplement..
Oleh : IiUM Confession
Terima kasih admin jika siarkan luahan aku ni. Mungkin ramai yang sudah sedia maklum, baru-baru ni viral mengenai perang supplement dari beberapa orang doktor. Rata-rata mereka cuba untuk ‘brain wash’ masyarakat mengenai keburukan supplement yang begitu terkenal dalam Malaysia yang mana syarikat tersebut menggunakan kaedah MLM.
Bagi pengedar/pengamal supplement ini, saya harap anda baca dengan hati yang tenang. Terima kenyataan ini dengan hati yang terbuka. Ini kisah aku, aku terjebak dengan supplement ni lepas aku tengok member aku jual.
Aku beli dari member aku satu jenis supplement je. Nak beli satu set aku tak mampu. Lepas aku beli, member aku pujuk suruh jadi ahli. Bermulalah penerangan itu ini untuk aku. Katanya pendaftaran seumur hidup, boleh dapat keuntungan kalau jual sebab harga ahli lebih murah dari harga runcit. Keuntungan bersih kalau jual adalah RM10 ke RM30 per botol supplement tersebut.
Kalau supplement paling mahal boleh cecah lebih dari RM50. Malah, setiap supplement ada pointnya. Kalau jual banyak point banyak, maka banyaklah bonus yang kau dapat. Bukan tu saja, kalau cari ahli bawah kau. Then ahli tu penjualan dia pun hebat, dengan kau-kau sekali dapat point. Perghhhh, sape tak best weh. Best kot, untung berganda.
Lepas tu, kalau kau naik pangkat selalunya income kau boleh cecah 4 angka ke 5 angka sebulan yang 6 angka pun ada. Bukan tu saja, syarikat tersebut boleh bagi kereta percuma kat kau, percutian untuk melancong tempat-tempat terpilih yang dorang akan bagi untuk setiap tahun kalau kau mampu capai target point yang dorang dah tetapkan.
Ok, dah habis beliau terangkan kat aku. Aku pun sign up sebagai ahli di bawah dia. Keesokkannya dia masukkan aku dalam group whatsapp.
Tujuan group whatsapp adalah untuk leader ajar cara pengambilan supplement tersebut, ayat nak tarik pelanggan, cara nak meroket ke langit bulan dan bintang. Kalau tak tahu apa-apa, boleh tanya di group whatsapp. Selain dari tu, kena join kursus-kursus yang dorang anjurkan untuk topup ilmu pasal supplement. Ada kursus berbayar ada juga kursus free.
Boleh je kau pilih nak yang mane. Aku akui aku takde la pandai sains sangat pun masa SPM dulu. Tu pun cuma dapat 4B je. Kimia, biologi dengan fizik aku tak ambil. Now, aku senang-senang jadi health consultant tanpa perlu pegi belajar pasal ilmu-ilmu kesihatan yang lebih terperinci.
Rasa nak marah sebab orang kritik supplement tu..
Aku join jual supplement ni lama dah. Pernah timbul isu pasal keburukan supplement tersebut. Maksudnya, dulu syarikat ni dah kena bash dah sekali pastu hilang macam tu je. Sekarang, doktor-doktor memang tak nak bagi peluang dah untuk syarikat tersebut sebab excessive claim dengan salah satu supplement boleh sembuhkan pelbagai jenis penyakit. Dulu aku tak boleh dengar orang blame pasal supplement tu.
Aku rasa nak marah je sebab aku percaya ubat tu memang bagus, sebab ramai yang makan semua nampak kesan positif. Kak ipar aku staff nurse selalu komen-komen jangan makan supplement dalam group whatsapp family kitorang tapi aku diam je.
Dalam hati memang membuak-buak je hati ini. Sama juga dengan kakak aku, walaupun dia suri rumah tapi dia ada degree dalam bidang chemical dari universiti luar negara.
Maksudnya, dorang (ada ilmu tentang sains) tahu apa kandungan supplement dari sudut negatifnya berbanding aku yang zero ni. Aku hanya dihidangkan dengan perkara positif dan feedback-feedback yang positif je.
Dan penghujung bulan Mei baru-baru ni aku rasa ‘panas’ bila orang blame supplement tu lagi. Aku cuba cari maklumat dari sudut positif. Aku terjumpa page Dr. Norman Norawi yang mana doktor tersebut beri penjelasan supplement yang ada di Malaysia tidak mendatangkan kesan samping.
Aku tengok ada sorang lelaki ni post dekat wall dia tentang screen shot pasal kenyataan Dr. Norman. Petang tu, aku cuba cari balik screen shot lelaki tu. Dah tak jumpa, rupa-rupanya dia dah delete. Dalam hati aku, mesti ada sebab dia delete post tu.
Tergerak nak selidik..
So, aku selidik dan selidik. Baru aku tahu, Dr. Norman pun jual supplement weh. Terkejut besar aku. Ohh, patut laa cakap supplement tu baik dan bla bla bla. Aku selidik lagi, aku tetap nak cari kebenaran yang supplement tu negatif atau positif untuk orang amalkan.
Then, aku jumpa beberapa page yang membongkar semuanya dan akhirnya aku dapat menilai. Betullah supplement tersebut terlalu excessive claim dan tak sepatutnya diamalkan oleh orang ramai.
Dua tiga hari aku baca satu-satu, aku buka minda, terima teguran doktor dalam page tersebut termasuklah nasihat kakak dan kak ipar aku sebelum ni. Terima kasih kerana memberi kesedaran kat aku.
Ok kat sini aku share page-page yang aku jumpa supaya korang boleh dinilaikan sendiri baik buruknya;
1. Pseudoscience Watch (memang hard core gile yang ni sebab adminnya doktor-doktor)
2. Dr. Rafidah Abdullah #MedTweetMY (Pakar Perunding Nefrologi yang sangat aktif dengan perang melawan mitos)
3. Dr. Suriyakhtun (Page Dr pakai tudung warna turquoise – Belajar Medical Homeopath di UK, Medical degree di University of Alexandria, Egypt)
4. Dr Hafsah Sazali (Page Dr pakai tudung warna krim – Bahagian Dermatology)
Ini je yang sempat aku selidik page dorang. Korang boleh like dan share info-info yang bermanfaat dari doktor-doktor ni dan doktor-doktor lain yang terlibat.
Taknak ambil risiko dah..
Aku tak nak ambil risiko tersalah jual supplement sebab sesetengah customer hanya google saja supplement yang berkaitan dengan simptom dorang yang rasa-rasa macam ngam dengan sakit dorang tu.
Then terus beli tanpa dorang bagitahu ada penyakit kronik ataupun tak. Aku bagi contoh je lah, contohnya customer tu ada sakit buah pinggang tapi dalam masa yang sama dorang minta untuk beli supplement dot dot dot (supplement tu dorang tak boleh makan dan wajib dielakkan).
Korang pun jual tanpa tanya sebab apa dia nak consume supplement tersebut, dia ada penyakit lain ataupun tak, supplement apa yang dorang boleh atau tak boleh makan, dan berapa dos yang patut dorang boleh ambil. Bayangkanlah, baru lagi korang dalam bidang pengedar tu. Korang takde basic sains perubatan pun.
Cume google-google gitu je tahu skit-skit dari leader dan group whatsapp, lepas tu korang jual. Apa akan jadi pada orang tu?
Healing crisis konon..
Yang korang tahu hanya bagi pendapat customer healing crisis tak minum air banyak dan sebagainya. Banyak komen aku tengok, ada pengedar yang baru berkecimpung suruh makan vitamin c 2biji maksudnya 2000mg dia ambil dalam sehari. Dah lebih dos dah tu!
Dalam google tu bersepah pasal supplement itu ini. Taip je semua keluar, hanya berdasarkan google. Dan yang amalkan pun sama, korang tak tahu tahap kondisi kesihatan korang.
Ikut suka je nak beli.
Antara komen lain yang aku baca ada ramai yang pregnant consume yang serbuk dalam tong tu. Ramai yang anak dorang kena ezcema. Ada yang makan khas untuk milk booster, perapat dan sebagainya tu.
Susu dorang jadi kering, jantung jadi laju dan kerap pening walaupun dah minum air lebih dari 3liter. Feedback-feedback negatif dorang takkan tunjuk. Semua yang positif jelah. Kebanyakan nak jana income bantu family, target nak pegi melancong, nak kereta free dan sebagainya tanpa ambil peduli feedback-feedback negatif dan nasihat doktor.
Perlu ada ilmu..
Tak salah nak target sebab itu saja rezeki untuk korang. Tapi perlu ada ilmu tentang perubatan terlebih dahulu.Yang masih nak consume dan mengedar terpulang pada anda. Pilihan di tangan anda. Jangan nanti terjadi kes korang nak salahkan antara satu sama lain. Atau ayat benteng korang healing crisis.
Aku risau kalau ada pesakit nak claim dari korang kos perubatan disebabkan oleh supplement tersebut. Aku stop jual beberapa tahun lalu disebabkan satu kes ni. Akak ni level paling tinggi sekali dah dia, income dia 6 angka setiap bulan. Siap boleh pakai Alphard kalau tak silap aku. Aku ingat-ingat lupa dah.
Akak tu dengan suami dia alim orangnya, ada pusat anak yatim rasanya. Dah lama aku tak follow dia. Sape yang dah lama dalam bidang ni mesti kenal. Aku pun dah lupa nama dia.
Dia kena fitnah, terus syarikat tu terminated dia. Kes apa dia kena terminated oleh fitnah tu aku betul-betul tak ingat dah. Kalau korang ingat boleh laa komen. Mungkin Allah nak akak tu berada di jalan yang diredhai.
Ada hikmah
Mungkin ada hikmah disebalik dia kena terminated.Kesimpulannya disini, bagi aku bukan untuk menutup periuk nasi korang yang masih menjadi pengedar supplement tersebut. Aku cuma rasa aku patut share dengan korang sebab kasihanilah orang-orang diluar sana. Kebanyakan pengedar-pengedar ada yang ‘tiada ilmu’ tentang perubatan.
Aku pernah rasa terlalu yakin hingga tak percaya pada doktor-doktor ni semua. Kemudian sewenang-wenangnya, suggest itu ini tanpa korang diagnos terlebih dahulu penyakit customer.
Kita tiada alat untuk uji darah dan sebagainya. Sesiapa saja boleh declare diri dia sebagai health consultant tak kiralah baru atau lama dalam bidang ni. Dah macam doktor dah. Andai kata korang tersalah bagi supplement pada pesakit-pesakit kronik. Doktor-doktor kerajaan ni lah yang bakal bersusah payah, perah otak dan tenaga untuk selamatkan pesakit ni. Bukalah minda, bukalah hati anda.
Lastly, aku minta maaf pada sesiapa yang aku dah jual. Aku harap Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk kita semua. Pilihan ditangan anda, buatlah pilihan yang bijak.

Ulang siar entri Ini Luahan Bekas Penjual Dan Pengedar Supplement.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment