Kronologi Kes 6 Kanak-Kanak Yang Hilang Sejak 1996.

 On Monday, June 12, 2017  

Kronologi Kes 6 Kanak-Kanak Yang Hilang Sejak 1996.

Kronologi Kes 6 Kanak-Kanak Yang Hilang Sejak 1996.

Mayat Noor Amila Edrus Norsham, kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun yang dilaporkan hilang di Jinjang Utara sejak 11 Ogos 2016 dijumpai dalam keadaan menyayat hati di kawasan semak Kampung Kemensah, Hulu Kelang hari ini adalah antara beberapa kes kanak-kanak hilang di negara ini, sejak 1996. 


Sebelum ini, seorang kanak-kanak lelaki bernama Ting Song Seng, 9, dilaporkan hilang ketika menunggu bas di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina), Taman Rasah, Klang untuk pulang ke rumah pada 15 Januari 1996. Song Seng masih gagal ditemui sehingga sekarang. 

Pada 20 Ogos 2007, Nurin Jazlin Jazimin dilaporkan hilang selepas keluar ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju. 

Misteri kehilangan akhirnya terjawab apabila mayatnya yang tidak berbaju dipercayai mangsa deraan seks, ditemui oleh pemilik lot kedai di Jalan PJS 1, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya pada 17 Sept 2007 dan setelah ujian DNA dijalankan, ia mengesahkan mayat tersebut adalah Nurin Jazlin. Mangsa dibunuh 24 jam sebelum mayatnya ditemui dalam beg yang ditinggalkan di tangga premis perniagaan tiga tingkat di kawasan itu. 

Pada 9 Jan 2008, Sharlinie Mohd. Nashar, 5, dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya. Sharlinie masih gagal ditemui sehingga hari ini. 

Pada 9 Mac 2008 murid lelaki 11 tahun, Muhamad Asmawi Jalaludin dilaporkan hilang ketika pulang dari sebuah taman permainan berdekatan rumahnya di Lot 127, Rumah Banglo Kayu, Jalan Permai Tujuh. Muhamad Asmawi ketika itu dikatakan dalam perjalanan pulang bersama rakannya dari taman itu berdekatan Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi. Muhamad Asmawi masih belum ditemui hingga kini. 

Pada 1 Mac 2012, Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang dilaporkan hilang dari rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Johor Baharu ketika membeli mi segera dan telur pada 10.30 pagi. Tiga individu termasuk sepasang suami isteri ditahan bagi membantu siasatan. 

Pada 8 Mac mayatnya ditemui rentung di dalam satu lubang di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai. Seorang buruh, Muidin Maidin, 26, didapati bersalah membunuh mangsa di ladang kelapa sawit Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, antara 1 Mac dan 2 Mac 2012 dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati. 

Pada 24 Jan 2013 seorang kanak-kanak Wiliam Yau Zhen Zhon, 6, ditemui mati di Jeti Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, 24 Jan lalu selepas seminggu hilang. William dilaporkan hilang pada 16 Jan di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya selepas dipercayai keluar daripada kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik. 

Pada 8 November 2013, Freddie Joseph, berusia setahun lapan bulan yang diculik dari rumah ibunya di Bangsar. Freddie kemudian dijumpai keesokan harinya bersendirian dalam keadaan lapar dan letih di Taman Tasik Titiwangsa oleh seorang pemandu lori dan seorang pemandu teksi yang kebetulan melalui laluan tersebut kira-kira 12.55 tengah hari. 

Pada 21 November 2014, kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun Mohd Shariqal Sidek hilang ketika bermain di kawasan kebun getah di Kampung Selagon, Beaufort, Sabah. 

Dua hari selepas itu, pada 23 November kanak-kanak tersebut ditemui mati dipercayai dibunuh berhampiran Sekolah Menengah St John di sini kira-kira tujuh kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.- Bernama

Ulang siar entri Kronologi Kes 6 Kanak-Kanak Yang Hilang Sejak 1996. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Kronologi Kes 6 Kanak-Kanak Yang Hilang Sejak 1996. 4.5 5 Unknown Monday, June 12, 2017 Kronologi Kes 6 Kanak-Kanak Yang Hilang Sejak 1996. Mayat Noor Amila Edrus Norsham, kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun yang dilaporkan ...


No comments:

Post a Comment