Walaupun Bongkok, Atuk Ini Tetap Solat Terawikh 20 Rakaat!
Hah, jangan tak percaya. Bukannya lapan tau tetapi dua puluh rakaat atuk neh solat terawikh dalam keadaan anggota badannya yang membongkok ke hadapan.
Gambar ini sebenarnya dikongsikan oleh saudari Fatin Afika di laman Twitternya.
Menurut Fatin, ayahnya berceritakan tentang kisah seorang atuk yang dia jumpa di dalam masjid. Walaupun dengan keadaan yang separa membongkok (OKU) namun setiap hari tanpa gagal menunaikan solat terawikh sebanyak 20 rakaat.
Menurut Fatin lagi, beliau merasa ter-inspirasi dengan semangat dan kecekalan yang ditunjukkan oleh atuk berkenaan meskipun usianya yang sudah lanjut. Perkongsian gambar itu juga diretweet lebih dari 4,000 kali.
Tambah Fatin, gambar itu diambil di dalam Masjid Asyakirin yang terletak di Singapura. - Sozcyili
Ulang siar entri Walaupun Bongkok, Atuk Ini Tetap Solat Terawikh 20 Rakaat! bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment