Asal Usul Nama Jalan Di Sekitar Kuala Lumpur.

 On Tuesday, July 4, 2017  

Asal Usul Nama Jalan Di Sekitar Kuala Lumpur.

Asal Usul Nama Jalan Di Sekitar Kuala Lumpur.

Nama lama jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur adalah nama pegawai-pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Malaya suatu ketika dahulu dakwa Forumer Cari.com (rujuk).

Semakan di Wikipedia juga menemukan pendapat bahawanya penukaran nama-nama jalan di sekitar Kuala Lumpur sebenarnya diusahakan oleh Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia yang keempat.


Gambar - Google
Selepas dilantik menjadi Perdana Menteri, antara perkara terawal yang dilakukan oleh Mahathir ialah menukarkan nama-nama jalan tertentu di sekitar Kuala Lumpur kepada nama-nama yang lebih bersifat kebangsaan dan kemalaysiaan dan membuang nama-nama ataupun unsur-unsur kebritishan yang terpalit ke atas nama-nama jalan tersebut.

Nama-nama tokoh melayu yang terkenal, berjasa dan berpengaruh diletakkan pada nama-nama jalan bagi mengenang jasa-jasa mereka terhadap negara dan rakyat.

Bagaimanapun sejak kebelakangan ini, nama-nama tempat di Malaysia lebih mengutamakan bahasa lain berbanding Bahasa Malaysia atas alasan ianya lebih bernilai komersil dan glamer serta catchy.

Turut dilaporkan Wikipedia, nama-nama tempat sekitar Tanah Malaya - Malaysia kemudiannya sebenarnya mula ditukarkan secara beransur-ansur selepas Malaysia mencapai kemerdekaan namun ditukarkan secara besar-besaran bermula tahun 1981, iaitu selepas Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Berikut ialah antara nama-nama jalan yang terlibat dalam penukaran tersebut suatu masa dahulu;

1) Jalan Raja Laut = Broadrick Road
2) Jalan Cheng Lock = Foch Avenue
3) Jalan Dang Wangi – Campbell Road
4) Jalan Dewan Bahasa = Old Airport Road
5) Jalan Esfahan = Straits Road
6) Jalan Hang Jebat = Davidson Road
7) Jalan Hang Kasturi = Rodger Road
8) Jalan Hang Lekir = Cecil Road
9) Jalan Hang Lekiu = Klyne Road
10) Jalan Hang Tuah = Shaw Road
11) Jalan Masjid India = Dickson Road
12) Jalan Lebuh Pasar = Market Street
13) Medan Pasar Besar = Old Market Square
14) Jalan P Ramlee = Parry Road
15) Jalan Raja Chulan = Weld Road
16) Jalan Sultan Ismail = Treacher Road
17) Jalan Syed Putra = Loarnie Road
18) Jalan TAR = Batu Road
19) Jalan Tun HS Lee = High Street
20) Jalan Tun Perak = Mountbatten Road
21) Jalan Tun Tan Siew Sin/Silang = Cross Road
22) Changkat Raja Chulan = Hicks Road
23) Jalan Bukit Aman @ Bukit Aman = Bluff Road @ Bluff Hill
24) Bukit Tunku = Kenny Hill
25) Jalan Cenderawasih = Spooner Road
26) Jalan Dato Onn = Brockman Road
27) Jalan Duta = Guillemard Road
28) Jalan Gereja = Church Street
29) Jalan Istana = Taylor Road
30) Jalan Kebun Bunga = Orchid Road
31) Jalan Kinabalu = Old River Road
32) Jalan Langgak Golf = Golf View Road
33) Jalan Mahkamah Persekutuan = Holland Road
34) Jalan Mahkamah Tinggi = Clarke Road
35) Jalan Raja Abdullah = Hale Road
36) Jalan Raja Alang = Hans Road
37) Jalan Raja = Raja Road
38) Jalan Raja Muda Abdul Aziz = Princes Road
39) Jalan Semarak = Gurney Road
40) Jalan Sultan Sulaiman = Swettenham Road
41) Jalan Tangsi = Barrack Road
42) Jalan Traver = Damansara Road
43) Jalan Tun Ismail = Maxwell Road
44) Jalan Tun Razak/Pekeliling = Circular Road
45) Jalan Wisma Putra = Hose Drive
46) Persiaran Mahameru = Swettenham Drive
47) Persiaran Maybank = Court Hill
48) Persiaran Sultan Salahuddin = Clifford Road


Sumber : Wikipedia

Ulang siar entri Asal Usul Nama Jalan Di Sekitar Kuala Lumpur. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Asal Usul Nama Jalan Di Sekitar Kuala Lumpur. 4.5 5 Unknown Tuesday, July 4, 2017 Asal Usul Nama Jalan Di Sekitar Kuala Lumpur. Nama lama jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur adalah nama pegawai-pegawai British yang pe...


No comments:

Post a Comment