Halau Ibu Kandung Ke Pusat Jagaan Selepas Perniagaan Merosot.

 On Sunday, July 2, 2017  

Halau Ibu Kandung Ke Pusat Jagaan Selepas Perniagaan Merosot.

Halau Ibu Kandung Ke Pusat Jagaan Selepas Perniagaan Merosot.

Sebab aku jaga kau lah kedai aku terbakar," itu antara kata-kata dilemparkan anak lelaki kepada seorang penghuni pusat jagaan itu yang berusia 98 tahun kira-kira 12 tahun lalu. 

Ayat itu tidak boleh dilupakan Pengasas Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas Pulau Meranti, Muji Sulaiman yang sedih dengan sikap anak kepada warga emas, Fatimah (bukan nama sebenar), namun menerima kehadiran wanita tersebut di pusat kebajikan diasaskannya dengan hati terbuka. 

Gambar - Berita Harian
Memang saya tak boleh lupakan kata-kata itu sebab anak dia cakap depan saya, dia seolah-olah menyalahkan ibunya punca kedai runcit diusahakan terbakar dan perniagaan merosot ketika menjaga wanita tersebut

Waktu tu saya ada juga tegur perangai anaknya tapi mereka tetap ‘berkeras’ mahu tinggalkan ibunya di pusat jagaan warga emas ini,” katanya warga emas itu tidak pernah tinggal solat sepanjang menghuni pusat jagaan berkenaan. 

Muji berkata, Fatimah yang tidak fasih berbahasa Melayu itu menangis hampir setiap hari selepas dihantar anaknya ke situ dan setelah beberapa tahun hanya seorang anak saudara datang melawatnya. 

Anak kandung yang dinanti setiap hari tak pernah datang menjenguk. Paling hiba, setiap kali menjelang hari raya, dia akan selalu jenguk ke pintu rumah, mungkin tunggu tiga anaknya datang

Tapi pada hari biasa dia tak macam tu. Sedih lihat keadaan dia yang menghidap penyakit tua dan terpaksa memakai lampin pakai buang sebab sekarang dah tak berupaya bergerak,” katanya. Muji dalam pada itu, memohon ahli keluarga terutama anak kandung datang melihat keadaan wanita berkenaan terutama pada Aidilfitri. 

Apa yang saya cerita inilah yang berlaku kepada dia ketika mula-mula dihantar ke sini, saya tak ada tambah cerita," katanya. 

 Beliau yang sudah mengasaskan rumah berkenaan sejak 14 tahun lalu berkata, selain wanita berkenaan terdapat beberapa lagi warga emas yang tidak pernah dilawati ahli keluarga selepas dihantar ke situ.

Sumber : Berita Harian Online

Ulang siar entri Halau Ibu Kandung Ke Pusat Jagaan Selepas Perniagaan Merosot. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Halau Ibu Kandung Ke Pusat Jagaan Selepas Perniagaan Merosot. 4.5 5 Unknown Sunday, July 2, 2017 Halau Ibu Kandung Ke Pusat Jagaan Selepas Perniagaan Merosot. “ Sebab aku jaga kau lah kedai aku terbakar ," itu antara kata-kata ...


No comments:

Post a Comment