Dua Beradik Catat Sejarah Orang Asli Pertama Wakil Negara Dan Menang Pingat Sukan Sea 2017.

 On Tuesday, September 5, 2017  

Dua Beradik Catat Sejarah Orang Asli Pertama Wakil Negara Dan Menang Pingat Sukan Sea 2017.

Dua Beradik Catat Sejarah Orang Asli Pertama Wakil Negara Dan Menang Pingat Sukan Sea 2017.

THE UNSUNG HEROINES.
Mereka ini bukanlah Nur Dabitah, mereka ini bukan lah Azizulhasni Awang atau pun Thanabalan.. 
Tiada siapa mengenali mereka yang berasal dari Pos Simpor, Gua Musang kerana mereka adalah remaja perempuan dari kalangan Kaum Orang Asli yang bernama Zumika Azmi dan Sasha Azmi.
Zumika dan Sasha merupakan Orang Asli pertama yang mewakili negara dalam Sukan Sea di KL 2017 dan lebih manis mereka juga adalah Orang Asli pertama yang meraih pingat dalam temasya peringkat ASEAN ini.

Zumika berusia 19 tahun dan adiknya Sasha berusia 17 tahun memenangi pingat gangsa dalam acara kriket.
Bapa mereka Azmi Badol turut meredah hutan untuk tiba di KL bagi melihat kedua - dua anak perempuannya bertanding dan dia terpaksa tidur di rumah saudara di Bidor, Perak selepas bas untuk pulang ke Gua Musang bersama anak-anaknya telah habis di tempah kerana musim perayaan.
Semua pertandingan yang mana telah disertai oleh Zumika dan Sasha di Sukan SEA KL cuma dirakamkan dengan handphone saja untuk ditunjukkan kembali kepada keluarga dan penduduk-penduduk di Pos Simpor ekoran ketiadaan bekalan elektrik dan internet di sana...
-----------------------
Info tentang dua beradik;
1. Zumika dan Shasha Azmi bantu skuad kriket negara raih pingat gangsa acara T20 Sukan SEA menewaskan Singapura dengan 52 larian menerusi 9 over.
2. Dua beradik ini merupakan suku Temiar dan berasal dari perkampungan Orang Asli Pos Gob, Gua Musang, Kelantan.
3. Zumika berusia 19 tahun dan Shasha berusia 17 tahun.
4. Mereka berdua merupakan anak orang Asli pertama yang mewakili negara dan memenangi pingat dalam acara yang disertai.
Nota : Artikel asal Rjuna telah disunting sedikit bagi tujuan sebaran.
Sumber : Rjuna, THR Gegar.

Ulang siar entri Dua Beradik Catat Sejarah Orang Asli Pertama Wakil Negara Dan Menang Pingat Sukan Sea 2017. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Dua Beradik Catat Sejarah Orang Asli Pertama Wakil Negara Dan Menang Pingat Sukan Sea 2017. 4.5 5 Unknown Tuesday, September 5, 2017 Dua Beradik Catat Sejarah Orang Asli Pertama Wakil Negara Dan Menang Pingat Sukan Sea 2017. THE UNSUNG HEROINES. Mereka ini bukanlah ...


No comments:

Post a Comment